Monday, November 2, 2015

Movie Review : Somewhere In Time (1981)


Official Movie Posters

Somewhere In Time (1981)

Jika ditanya filem apakah yang pertama sekali mampu membuat anda menangis? Jawapan saya adalah filem ini.

Ini merupakan sebuah filem lakonan Christopher Reeves dan Jane Seymour yang pada masa itu boleh dikategorikan pasangan skrin yang so sweet tetapi sudah dilupakan. Boleh dikategorikan seperti Awie dan Erra Fazira pada dekad 90'an dahulu, paling tidak pun macam Hail Amir dengan Uji Rashid di era 70'an. Walaupun di tahun yang sama filem Superman diriliskan namun filem Somewhere In Time ini nampak sangat lakonan Christopher Reeves dipinggirkan di mata peminat beliau sendiri. Sedangkan watak yang dibawa oleh hero Superman ini lebih menyerlah lakonannya. Mana nak cari filem yang berjaya menggabungkan elemen time travelling dengan genre romantik tahap bollywood ala guling-guling atas rumput. Oh, Jane Seymour di usia mudanya memang cantik, secantik Neelofa semasa dia masih belum berhijab dahulu. Suka sangat filem ini tapi rasanya banyak yang tak tahu dan tak mahu tahu. huhu gua forever alone.

My rating? 5/5

Somewhere In Time - A Tribute Video

9 comments:

  1. caught somewhere in time... oh oh oooooo~

    ReplyDelete
  2. Aku ingatkan review iron maiden somewhere in time..heheh..baru tau yg christoper revees ada belakon filem mcm ni.ingatkan superman je

    ReplyDelete
  3. aku tahu dan pernah tengok...tapi seriusly aku dah lupa dah jalan ceritanya...nak kena tengok semula ni...tapi masa aku budak2 dulu Jane Seymour ni memanglah nyum nyum....

    ReplyDelete
  4. Tahu pasal jalan cerita filem ni, tapi dah ingat lupa ending dia....
    Setuju ni filem ada kala aku jumpa dalam artikel2 disebut kalau kita baca artikel2 tentang perfileman, dan jugak kalau artikel2 pasal hubungan emosi, pasal cinta sejati..., etc

    ReplyDelete
  5. Cerita ini juga berjaya membuat airmata saya bergenang masa pertama kali menonton pada umur 12 tahun...lagu background nya juga sangat popular, mengasyikkan...cerita ini menyentuh hati dan pelakon2nya adalah aktor dan aktres yang bagus pada zaman itu...

    ReplyDelete
  6. somewhere in time..soundtrack from john barry..almost setiap pagi ahad aku layan lagu ini..meremang jiwa..almost 15years still same..drpd sejak bujang smpilah dh kawin nie..ank pun dh besar..ntahlah something missing..setiap kali dengar lagu nie..exactly 3minutes 40seconds balik hidup masa lampau untuk 5years masa tu..n then kembali ke hidup reality sebenar..berulang2 xtaulah sampai bile..one day aku nk move on..tp tak tahu bile..aku tahu aku mengejar bayang2..how stupid im..

    ReplyDelete

silakan memberi sebarang komen...whether it's good or bad

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...