Monday, December 28, 2015

Penyahtinjaan Tahi Suci di Burn The School Bus #3 Gig (19 Disember 2015)

Malas lah nak review panjang-panjang gig kali ini. Aku cuba tulis seringkas mungkin. Maaf juga jika kualiti gambar-gambar tidak berapa bagus. Kena terima hakikat aku bukan jurugambar yang bagus. Huhu... 

Ini merupakan gig penutup tahun (?) yang dianjurkan oleh komuniti metalheads Bintulu iaitu Titan Empire. Kebiasaanya mereka-mereka yang menjadi AJK dalam pembikinan gig ini adalah dari kalangan darah muda dan berkemampuan dari segi dana mahupun tenaga kerja. Tabik hormat buat komuniti Titan Empire. Aku yang dah meningkat usia ini pun rasanya dah tak larat nak organize gig lagi. Tapi Tuhan sahaja yang tahu apa akan jadi di masa akan datang. Mungkin selera aku akan berubah. Mungkin akan diberi kekuatan untuk menganjur gig lagi hasil kerjasama dengan rakan-rakan seperjuangan. Kita hanya tunggu dan lihat.

Berbalik kepada gig ini tadi, band aku Tahi Suci (genre experimental grindcore) dijemput untuk menyertai event yang happening ini. Sebelum itu kami ada juga jamming untuk beberapa malam. Itu pun kira macam last minute sahaja (typical!). Apa-apapun kami rasa bertuah dapat berkongsi ruang untuk membuat persembahan bersama band-band metal generasi baru UG di Bintulu seperti Dark Clown, Burning In Motherland, Nogas, Overdrill dan banyak lagi. Ada juga band-band dari genre berlainan yang turut perform pada masa itu seperti T.O.Y.S. dan Generation of Oi! (aku sangat menyukai band ini!). Cheers to all!

 The flyer


 The pub


 Penyangkai Temuai


 Rashid The Goatfather (drummer band black metal Curse Of God). Abaikan botol di tangan. Dia acah-acah mabuk. Sudah 3 tahun dia tak sentuh benda alah tu. Dia betul-betul sudah bebas alkohol. Aku sendiri jadi saksi. Tahniah Rashid!


 TxSx semasa soundcheck


 TxSx soundcheck lagi

 Tak habis-habis soundcheck


 Bila nak habis soundcheck ni?


 Kali ini saudara Nizam (from Busseg, another grindcore band from Bintulu) menggalas tugas penyanyi di dalam band TxSx.


 Generation of Oi!


 Saudara Othman Ahmad selaku vokalis band Generation of Oi!


Garu-garu badan...



Tahi Suci : Live at Burn The School Bus 3 Gig

Songlist:
1. No One Gives A Shit (Wormrot Cover)
2. Mari Menari Gangnam Style Bersama Ayatolah Khomeini
3. Syiah Itu Najis Mughallazah
4. Fuck Buletin Utama
5. Scum (Napalm Death Cover)
6. Garam Masala (Damage Digital Cover)
7. You Suffer But Why Is It My Problem (Wormrot Cover)

The line-up:
Yang Arif - Drummer
Darth Nizam - Vocals
Pendekar Mustar - Guitar & Vocals

Sorry for the poor quality of the sound in this video.


6 comments:

  1. blm pernah masuk lagi penyangkai temuai ni, rasa2 lagi bagus daripada telaga kumang dari segi staging?

    ReplyDelete
    Replies
    1. pub ni pun sama, xda stage...cuma ianya bersih sedikit dan asap rokok yg terperangkap di dalam ruang pub tidaklah seteruk Telaga Kumang

      Delete
  2. Replies
    1. biasa saja ni bro. gathering kwn2 saja.

      Delete
  3. tajuk lagi kompom kena ban kat stesen radio.. hail tAHISUCI

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha tq bro. kami pun tak berniat nak jadi radio-friendly.

      Delete

silakan memberi sebarang komen...whether it's good or bad

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...