Monday, January 11, 2016

Puisi : Teori Konspirasi Basi

Illuminati ada di mana-mana
Di sekolah
Di pejabat
Di perpustakaan
Di tandas awam
Di dewan sivik
Di rumah-rumah ibadat
Di Seri Perdana mahupun Rumah Putih
Di bilik mandi
Di dalam mangkuk tandas
Di dasar tangki septik
Di liang lahad

Illuminati ada di mana-mana
Ketika kau sibuk membeli-belah di pasaraya
Ketika kau sedang berasmara dengan kekasih hati
Semasa kau beristinjak dan menyahtinjakan isi perutmu
Tika kau hanyut dibuai keasyikan melayan rancangan realiti di TV
Bahkan semasa kau nazak menunggu ajal

Illuminati ada di mana-mana
Tak usah kau sibuk menyisih
Datanglah saja merapat
Luruskan saf
Reka sahaja senyuman plastik
Teori konspirasi tolak ketepi
Persetankan saja basa-basi
Ayuh bersedia
Marilah terjun gaung sama-sama

November 2015


8 comments:

  1. bagus puisi ni, mesejnye sampai

    ReplyDelete
  2. Melayu mesti ada suka percaya benda2 tahyul gini...
    kalau tak bukan melayu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Illuminati will sodomise you and your malay ass!!!!1111

      Delete
  3. aku peminat teori konspirasi hehe

    ReplyDelete
  4. bro pc kokak, yang ni cuma reverse psychology. haha. xpa saya pun suka konspirasi teori.

    ReplyDelete
  5. nasi lemak pun agenda illuminati..

    ReplyDelete
  6. Illuminati is Satan... Malaysia is under Illuminati anal...

    ReplyDelete

silakan memberi sebarang komen...whether it's good or bad

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...