Monday, January 25, 2016

Review Buku : Travelog Faghuzi


Tahun lepas aku berpeluang untuk bertemu dengan penulis buku ini iaitu saudara Ahmad Fauzan Azam di restoran Famous Mama Cafe sambil ditemani oleh seorang sahabat aku Encik Pian. Sebelum itu Ahmad Fauzan atau lebih dikenali dengan nama timangannya Uchan sempat mengubungi aku melalui Facebook Messenger. Kami aturkan masa dan lokasi untuk berjumpa. Aku rasa pada masa itu dia tengah travel satu borneo dan sekaligus untuk menghasilkan sebuah lagi karya travelog beliau. Kental betul semangat dia ni dalam menghasilkan sebuah buku travelog. Sesuatu yang tidak ada dalam diri aku tapi boleh dicontohi oleh orang lain.

Buku travelog ini merupakan salah sebuah produk yang dihasilkan dibawah label Rabak-Lit Press. Ini juga merupakan buku pertama yang aku beli dari label berkenaan. Seperti label-label penerbitan buku indie yang lain seperti Dubook, Lejen, Buku Hitam dan sebagainya, senarai produk bahan bacaan dari katalog Rabak-Lit Press juga sungguh menarik perhatian terutamanya jika anda jenis seorang pembaca yang sukakan buku-buku yang bersifat ekspresi diri secara bebas namun tidak berat untuk dihadam.

Berbalik kepada ulasan buku ini, ianya merupakan sebuah catatan perjalanan seorang watak bernama Faghuzi yang mengembara di beberapa tempat menarik di Indonesia bersama temannya Haeri. Ianya lebih ke arah satu bentuk jurnal peribadi seorang pengembara yang diceritakan dalam bentuk novel. Watak Faghuzi ini mempunyai kekuatannya tersendiri dan salah satu nilai yang ada pada karakter ini ialah dapat mengambarkan secara terperinci pada setiap tempat yang dilawatinya serta watak-watak lain yang temui sepanjang perjalanannya.

Apabila seseorang penulis berjaya menggambarkan sesuatu lokasi dengan terperinci dan bersungguh-sungguh menerangkannya sehingga pembaca mudah memahami buku tersebut, maka penulis tersebut telah berjaya dalam menyampaikan misinya. Itulah juga nilai yang ada pada penulis buku ini. Penerangan yang bagus sehingga dapat membuatkan pembaca membayangkan situasi yang dialami oleh watak-watak di dalam buku ini dengan hampir tepat. Syabas diucapkan. Bukan nak bodek tapi itulah hakikat.

Apa-apa pun semoga Tuan Ahmad Fauzan Azam dapat menghasilkan lebih banyak lagi buku-buku travelog lain. Kalau dia buat buku jenis telenovela pun aku beli jugak. Haha. Janji support. Aku juga berharap ini bukan buku terakhir dari Rabak-Lit Press yang aku beli. Banyak lagi buku-buku menarik dari label ini yang masih belum aku terokai. Lepas ni nak beli buku Anekdot Rabak karya Jayzuan pulak. Haha.


4 comments:

  1. Cammana agaknye tulis buku2 travel gini eh...
    nanti aku nak try baca lah...

    ReplyDelete
  2. wajib baca jika anda jenis yang sukakan pengembaraan.

    ReplyDelete
  3. Thanks sharing...nanti aku try cari...

    ReplyDelete

silakan memberi sebarang komen...whether it's good or bad

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...