Monday, March 28, 2016

Review Pendek : Batman Vs Superman - Dawn Of Justice (2016)

Poster Rasmi

2 tahun lepas, semasa teaser poster filem ini diriliskan di internet, sebenarnya aku agak skeptikal dengan apa yang aku lihat. Aku sebenarnya tidak berapa berkenaan semasa diumumkan Ben Affleck akan memegang watak Bruce Wayne untuk filem ini. Mana pergi Christian Bale? Secara peribadi, Christian Bale masih lagi relevan untuk memegang watak tersebut. Mungkin disebabkan beliau tidak ditawarkan untuk watak itu kembali ataupun dia sudah bosan jadi Batman, ianya di luar pengetahuan aku. Apa yang pasti, tiada lagi kita lihat Christian Bale memegang watak ikon komik itu lagi.

Tapi sangkaan aku silap. Selepas menonton filem ini, rasanya Ben Affleck memang sesuai dengan watak Bruce Wayne. Seolah-olah dia yang sebenarnya dan sepatutnya menggalas watak itu dalam Dark Knight Trilogy arahan Christopher Nolan sebelum ini. Ok, mungkin agak keterlaluan untuk aku katakan begitu. Namun lihat saja lah lakonan beliau dalam filem ini. Memang jauh dari sifat Ben Affleck yang agak talkative dalam memegang mana-mana watak di dalam filem-filem beliau. Sebab itulah nama Ben Affleck sebelum ini agak sinonim dengan filem-filem berbentuk drama mahupun romantic-comedy, sebab cerita sebegitu memerlukan dialog yang banyak. Kali ini Ben nampak cool. Jadi ianya adalah 2 ibu jari ke atas buat aku. 

Henry Cavill sebagai Superman a.k.a. Son Of Krypton pula bagi aku ok saja lah. Dia telah membuktikan yang beliau adalah calon yang sesuai memegang watak komik lagenda ini berbanding Brandon Routh (rujuk filem Superman Return yang epic fail itu). Nasib baik lah dia hidup lagi selepas berlakon dalam filem Man Of Steel. Jadi terbuktilah sudah bahawa "Sumpahan Superman" adalah lagenda urban belaka. Watak Lois Lane yang dipegang oleh Amy Adams pula memang memberansangkan dan membantu untuk menaikkan mood penonton sepanjang filem ini (maksud aku bukan setakat babak Lois dan Clark di dalam bilik mandi itu. Jangan salah faham ya hehe). Cuma aku rasakan Amy Adams terlalu tua untuk watak ini. Umur dia pun dah 43 rasanya. Maaf, jangan kecam aku atas kritikan itu. Sekadar pendapat sahaja. Chill bro. Haha. Tapi watak Alfred yang dipegang oleh Jeremy Irons memang teramat sesuai. Kita pun sedia maklum yang Michael Caine sudah terlalu berusia untuk watak sebegini kan?

Kali ini Christopher Nolan hanya sekadar menjadi salah seorang penerbit sahaja. Zack Snyder yang buat kerja pengarahan filem ini, dibantu oleh isteri beliau Deborah Snyder selaku salah seorang penerbit juga. Jalan ceritanya yang tersusun dan beberapa plot-plot kecil yang menarik membuatkan ramai penonton rasa terhibur menonton filem ini sehingga ke akhirnya. Sampaikan masa end credit ditayangkan, siap ada beberapa orang yang tengok wayang menunggu scene akhir seperti yang selalu dibuat oleh mana-mana filem Marvel. DC Comics tidak mengambil pendekatan sedemikian. Sedih betul.

Kalau anda bukan peminat hardcore untuk mana-mana komik Superman mahupun Batman, and jangan bersusah hati. Cukuplah sekadar anda pernah menonton filem-filem dari Dark Knight Trilogy dan Man Of Steel. Tidak perlu berhabis-habisan menelaah mana-mana komik yang rata-ratanya terlalu banyak versi. Tidak perlu pening-pening. Cukuplah sekadar merujuk kepada filem-filem yang aku nyatakan tadi sebagai bahan rujukan.

Aku masih tidak faham kenapalah beberapa laman sesawang khas untuk kritik filem seperti Rotten Tomatoes, Variety dan sebagainya memberi ulasan yang agak teruk untuk filem ini. Bagi kebanyakan peminat komik yang aku tahu, hampir kesemuanya OK sahaja dengan filem ini walaupun ianya tidaklah sama jalan ceritanya seperti di dalam komik. Kena ingat, cinematic universe sememangnya agak berlainan dari dalam komik. Pengkritik filem seperti yang aku nyatakan tadi memang tak faham rasanya dengan konsep itu. 

Apa-apapun filem ini memang terbaik. Rating aku? 4/5

Batman Boroi Vs Superman Botak

Official Trailer

8 comments:

  1. Jeremy irons berlakun ye, aku suka dekni berlakon filem2 period drama. Elizabeth kot? Merchant of venice...
    so aku makin tertarik nak cek out ni pilem batman superman ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. serius, aku tak perasan pun watak alfred adalah lakonan jeremy irons... bila baca kredits baru tau

      Delete
  2. peminat filem aksi akan kata filem ni best (puas hati batfleck belasah kal-el sampai lembik), peminat filem berdrama dan suspens akan kata jalan cerita filem ni membosankan

    ReplyDelete
  3. Apa yg aku baca kat intenet christian bale akan terima watak batman tu balik kalo nolan yg direct movie ni.selain nolan dia mmg tanak.jeremy irons mmg cool aku suka dia pegang watak alfred.lagi satu kalo ko perasan,jason momoa (conan the barbarian) yg cameo Aquaman tu

    ReplyDelete
  4. aku baru tengok semalam...nanti aku buat entri...

    ReplyDelete
  5. nice yg bikin semangat mau tgk ni...

    ReplyDelete
  6. Henry Caville - best Superman since Christopher Reeves.
    Ben Afflect - mmmm I reserve my comments until after I see this show. Christian Bale is still the best Batman, but I'm open to new things. Kelak madah gik, belum sempat nanga. Hehe

    ReplyDelete
  7. sape hero.. sape villain..? aku belum tengok lagi ni..

    ReplyDelete

silakan memberi sebarang komen...whether it's good or bad

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...