Monday, July 18, 2016

Ulasan Filem : Ada Apa Dengan Cinta (2016)

Poster filem dirembat dari akhbar Metro

Sequel ini sebenarnya telah lama dinantikan oleh ramai peminat watak Rangga dan Cinta setelah beberapa teaser trailer diviralkan melalui kebanyakan media sosial semenjak setahun yang lepas. Pasti ramai antara kita pernah menonton filem pertamanya yang berjudul "Ada Apa Dengan Cinta" sekitar tahun 2001 begitu. Ianya semestinya menggamit kenangan terutamanya jika pada tahun 2001 tersebut anda masih lagi muda remaja, boleh jadi masih lagi di sekolah menengah mahupun di IPT (macam aku). Secara peribadi, semasa pertama kali aku menonton filem yang pertamanya dahulu, aku tidaklah terlalu mendalami sangat setiap perincian cerita yang dipersembahkan. Semasa filem pertamanya diriliskan dahulu, penerimaan daripada penonton agak perlahan pada mulanya. 

Akan tetapi tidak lama selepas itu, filem AADC menjadi satu fenomena luarbiasa baik di Indonesia mahupun Malaysia. Watak Rangga dan Cinta mula digilai oleh kebanyakan remaja. Watak-watak yang dilakonkan oleh Dian Sastrowadoryo (sebagai Cinta) dan Nicolas Saputra (sebagai Rangga) mula menjadi iconic dan sekaligus membuatkan filem arahan Rudy Soedjarwo ini diingati sehingga kini. 

Pada mulanya aku bukannya suka sangat filem ini. Mungkin disebabkan watak Rangga bawaan Nicolas Saputra. Angkuh dan sombong, ini adalah antara sebab kenapa aku bosan dengan watak tersebut dan membuatkan aku tidaklah taksub sangat pada filem ini. Mungkin disebabkan watak Rangga ini dilakonkan oleh seorang pretty boy seperti Nicolas ini agak tidak best bagi aku pada ketika itu. 

Tapi setelah kejayaan filem AADC ini, baik Nicolas mahupun Dian, telah mengorak langkah jauh ke dalam industri perfileman Indonesia. Dian berjaya berlakon dalam beberapa filem yang bermutu seperti "Ungu Violet" malah sama juga seperti Nicolas dengan filemnya "Janji Joni". Mereka berdua telah membuktikan bahawa mereka memang berbakat dalam bidang lakonan, bukan hanya bersandarkan pada wajah yang cantik dan kacak. 

Secara tidak sengaja, filem AADC dahulu telah membuka mata pelbagai pihak tentang keindahan dunia sastera Indonesia. Semestinya melalui sajak-sajak yang dikarang oleh watak Rangga dan Cinta. Namun begitu, disebabkan filem ini jugalah buku AKU karangan Sjuman Djaya tiba-tiba menjadi best seller semula kerana ianya telah dikaitkan dengan watak Rangga. Ya, memang betul sesiapa yang membaca buku tersebut disebabkan atas alasan watak Rangga membacanya dikira poser. Namun jika sudah membaca buku tersebut, ternyata dengan mudah kita telah terjun dalam dunia sastera Indonesia yang serba unik. Bukan untuk membandingkan di antara sastera Malaysia dengan Indonesia, cuma kita perlu lebih linean dan bertoleransi. Seniman Usman Awang juga dahulu sering memberi pujian kepada karya-karya WS Rendra mahupun Chairil Anwar yang ternyata lebih tulus dan jujur. 

Berbalik kepada filem AADC2, ianya dibuat dengan cara yang lebih casual tetapi masih menerapkan nilai seni yang tersendiri. Kali ini sajak-sajak karya M Aan Mansyur, seorang seniman kontemporari Indonesia yang sudah dikenali di Indonesia pada ketika ini menjadi sandaran. Disebabkan filem ini juga, beberapa buku puisi karya M Aan Mansyur menjadi best-seller, baik di Indonesia mahupun Malaysia. Sama nasibnya dengan buku "AKU" karya Sjuman Djaya yang pernah dipopularkan menerusi filem pertamanya dahulu. Jalan ceritanya pula masih berkait rapat dengan filem asalnya, cuma kali ini watak Rangga dan Cinta diolah menjadi lebih matang. Sudah 14 tahun berlalu, tentunya watak-watak ini menjadi lebih dewasa. 

Pemilihan lokasi penggambaran juga menjadi salah satu faktor penarik untuk AADC2. Antara lokasi yang menjadi tarikan ialah kotaraya New York, Jakarta dan paling menyentuh sekali ialah bandar Jogjakarta. Jogjakarta terkenal dengan pertembungan antara budaya klasik Indonesia dengan kesenian kontemporari. Ada beberapa lokasi bersejarah yang diambil semasa shooting filem ini. Antara babak yang paling menarik dan penting ialah apabila watak Rangga membawa Cinta melihat keindahan alam serta bandar Jogjakarta di waktu subuh dari puncak bukit. Ini sebenarnya adalah di antara momen yang sukar dilupakan. 

Filem arahan Riri Reza ini juga sarat dengan pelbagai mesej. Ianya merangkumi tema seperti persahabatan, kekeluargaan dan semestinya perhubungan intimacy. Pengarahnya bijak mengatur mood setiap watak mengikut babak-babak yang berjalan. Watak Rangga dilihat lebih matang, mudah meminta maaf, lebih relevan dan helpless romantic. Manakala watak Cinta pula sesuai dengan usianya, dimana dia dilihat sebagai wanita yang berdikari dan berperinsip. 

Kesinambungan untuk filem AADC ini dibuat secara teliti agar nilai penerapan seni dan storyline nya berjalan dengan seiring. Sejujurnya sequel ini diberi keadilan yang sepatutnya kerana ianya cukup lengkap dengan pelbagai tarikan, baik dari segi kontemporari mahupun seni halus. 

My rating? 5/5

Official Movie Trailer

11 comments:

  1. adegan yang mereka berjalan-jalan berdua tu buat aku teringat pada trilogy Before Sunrise, Before Sunset dan Before Midnight...mungkin ada pengaruhnya di situ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan...saya pun perasan macam tu jugak.

      Delete
    2. kan...saya pun perasan macam tu jugak.

      Delete
  2. tunggu dvd dia saja masuk malaysia ni. belum tgk lagi aku

    ReplyDelete
  3. waduhhh!! aku jatuh cinta bangat sama itu dian sastrowordoyo gitu.. hehe
    ngapain...?

    ReplyDelete
  4. Masuk blog ni baru aku tahu exist pilem2 art cam gini

    ReplyDelete
  5. Riri riza berjaya membawa sequel filem ini ke tahap kelas tersendiri dibandingkan AADC yang pertama. Watak dalam filem berjaya berkembang dengan baik dan pelbagai eleman baru seperti perlancongan dan kebudayaan diperkenalkan.

    Kawasan kuil purba di waktu subuh itu dah mula tidak ekslusif dan ramai sejak AADC2 perkenalkan. Sayang filem kali ini tak ada momento item mcm buku AKU dalam AADC.

    Adakah aku seorang yang perasan Dian Sastrowordoyo mcm lagi lawa dari waktu muda dulu..? hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. pasal Dian tu haha...yang tu memang obvious.

      Punthuk Setumbu tiba2 jadi tempat hype untuk melancong skrg

      Delete

silakan memberi sebarang komen...whether it's good or bad

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...