Wednesday, November 23, 2016

Cerkas : Tiupan Trumpet Sangkakala Dari Tanahair Pakcik Sam

Nicholas merenung ke jendela rumah buat seketika. Malam itu bagaikan terlalu panjang dirasanya. Matanya meliar merenung ke luar jalanan di basah pangsapurinya melalui jendela itu. Kegusaran hatinya semakin menebal.

Nicholas kemudiannya menutup jendela itu lalu dicapainya tukul, paku serta beberapa kepingan kayu. Tanpa berfikir panjang, Nicholas menutup setiap jendela di tempat kediamannya itu dengan menggunakan kayu-kayu tadi. Kayu-kayu dihentak dengan penukul. Walaupun hasil tukangannya tidak kemas, namun hampir setiap jendela di dalam rumahnya itu telah ditutup dengan kayu penghadang.

Setelah selesai berbuat demikian, Nicholas terdengar ada satu letupan berlaku di bawah pangsapuri. Bunyinya amat membingitkan. Sebuah kereta di tepian jalan telah meletup. Selang beberapa minit kemudia, terdapat segerombolan manusia merusuh di jalanan. Ada yang memecah cermin-cermin kereta yang elok terparkir di tepi jalan. Ada yang membaling beberapa botol berisi minyak yang dinyalakan api ke arah bangunan-bangunan. Kebakaran berlaku dengan pantas. Mujur ianya tidak terkena dengan pangsapuri yang didiami oleh Nicholas itu.

Tanpa membuang masa, Nicholas lantas bergegas dan berlari menuju ke kamarnya. Di dalam kamar tersebut, isteri serta anak perempuan duduk di bucu katil dalam keadaan takut. Mereka berdua saling berpelukan.

Nicholas menghampiri mereka dan cuba menenangkan isteri serta anaknya itu. Anaknya Britney menangis teresak-esak setelah mendengar letupan tadi. Nicholas mencium dahi anaknya itu lantas memeluknya dengan erat. Dia berjanji kepada isterinya bahawa mereka akan keluar dari tempat ini pada keesokan hari. Mengikut perancangan Nicholas, dia sudah membuat perjanjian dengan sahabatnya untuk keluar dari negara itu bersama keluarganya melalui sempadan Mexico. Mudahan semuanya berjalan lancar keesokannya.

Pada malam itu, genap seminggu Donald Trump telah dilantik menjadi presiden di negaranya. Semenjak Trump mengambil alih puncuk pimpinan negaranya itu, keadaan semakin menjadi kucar-kacir. Rusuhan kaum berlaku di mana-mana, baik dari New York sehinggalah ke Los Angeles. Amerika sudah menjadi semakin bergolak. Jika keadaan ini berlarutan, tidak mustahil akan berlaku peperangan saudara di dalam negara tersebut.

Nicholas serta isterinya duduk berteleku di bucu katil. Anaknya Britney dibiarkan baring di atas katil tersebut. Pada saat itu, Nicholas berdoa kepada Tuhan agar menyelamatkan mereka daripada segala ancaman. Sebelum ini, Nicholas bukanlah seorang yang mengutamakan agama sangat. Sejak memasuki alam dewasa, Nicholas sudah jarang pergi ke gereja di hujung minggu. Entah kenapa, pada ketika ini hanya berdoa sahajalah yang dapat dilakukan olehnya serta isteri. 

Mungkinkah doanya akan didengari oleh Tuhan?

Dirompak dari Google

10 comments:

  1. Donald Trump sebagai pemimpin tak boleh beri lampu hijau untuk seseorang atau satu kaum secara terbuka membenci dan berniat buruk terhadap kaum atau seseorang yang lain.
    Malangnya Donald Trump dah lakukan.
    Sekarang susah untuk dia tarik balik.
    Kaum yang bencikan kaum lain, agama lain, akan DEMAND Donald Trump mengkotakan janji dan kata kata nya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dan kita di Malaysia akhirnya dapat melakukan "Final Solution" terhadap kaum cina babi kafir di tanah Melayu ini! Death to DAP!!! Bunuh semua cina babi kafir!!!

      Delete
    2. Racist betul anonymous ni mcm euronymus mayhem lak..hahah

      Delete
  2. donald trump ni, aku salute dia masa jadi hos siri the apprentice tu, lain2 dari tu no komen (lantak dia lah.. hahahah)

    btw.. jom singgah ke blog yusrina bro, ada kisah terbaru Bon JOvi.. ayuhh

    ReplyDelete

silakan memberi sebarang komen...whether it's good or bad

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...