Monday, November 6, 2017

Ulasan CD : Dire Crown – Self Titled EP

Cover EP Dire Crown

Ulasan CD : Dire Crown – Self Titled EP

Seperti juga Bintulu, Miri merupakan salah sebuah bandaraya di mana industri utamanya iaitu gas dan minyak adalah antara penyumbang terbesar di dalam pertumbuhan ekonomi negara. Walaupun mengalami kepesatan dalam pembangunan semenjak dekad 70’an lagi, namun Miri pada asalnya tidak menghasilkan banyak band rock mahupun metal yang benar-benar mampu bertahan sehingga kini. Namun ada juga beberapa kugiran yang mampu menghasilkan material sendiri lantas aktif beraksi di pentas-pentas gig mahupun acara rasmi, sebagai contohnya band Heavy Duty (merupakan antara band heavy metal yang disegani di Sarawak dan mulai aktif sejak akhir dekad 80’an lagi) dan Dire Crown.

Pada asalnya ada beberapa personel di dalam band Dire Crown ini pernah menganggotai sebuah lagi band heavy metal iaitu Dark Throttle. Akan tetapi disebabkan perubahan line-up yang ketara pada beberapa ketika, formasi baru telah tercipta dan kini mereka dikenali sebagai Dire Crown. Kini, scene muzik ekstrim underground di Miri semakin meriah dengan tertubuhnya band Dire Crown dan beberapa band lain lagi yang juga turut aktif di beberapa siri gig. Suatu revolusi telah tercipta dan ini merupakan satu perkembangan yang amat bagus.

Berbalik kepada ulasan CD self-titled EP mereka ini, ianya juga melalui proses rakaman dan mixing yang amat bagus walaupun hanya dibuat melalui kaedah “home recording”. Ternyata usaha mereka tidak sia-sia dan material berbentuk mandiri ini mampu menarik perhatian para pendengar yang meminati genre sebegini. Ada aura Cromok, Iron Maiden mahupun Megadeth berlegar di dalam lagu-lagu mereka ini namun disebalik perbandingan tersebut, ada beberapa ciri yang membentuk identiti mereka tersendiri. Elemen seperti “double solo” dan riff-riff berharmoni ini ternyata menjadi salah satu tarikan utama di dalam lagu-lagu mereka.


CD EP mereka ini mengandungi 3 buah lagu dan kesemuanya hebat-hebat belaka. Anda boleh menghubungi mereka melalui page rasmi mereka di facebook iaitu www.facebook.com/direcrown/


2 comments:

  1. Bro! Bila lu mau buat itu band penang non serviam punya review?!?! Aiya!!! Ching chong chong ah??!!

    ReplyDelete
  2. ooo thank you for sharing. baru tahu kewujudan band ni. Mesti interesting ni....

    ReplyDelete

silakan memberi sebarang komen...whether it's good or bad

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...