Monday, December 18, 2017

Ulasan Filem - Justice League (2017)

Poster Rasmi

Ulasan Filem - Justice League (2017)

Justice League merupakan antara filem pecah panggung yang dinantikan oleh kebanyakan peminat filem Hollywood mahupun kaki komik sedunia. Kebanyakan watak-watak dalam filem Justice League ini kita sudah maklum tentang perihal mereka. Malah kebanyakan kita membesar bersama watak-watak seperti Batman, Flash atau Wonder Woman.

Sekali lagi, Zack Snyder (dan dibantu oleh Josh Whedon) diberi kepercayaan untuk menggalas tugas sutradara untuk filem epik berdasarkan watak-watak adiwira dari DC Comics ini. Seperti yang kita sedia maklum, melakukan kerja adaptasi dari komik ke filem sebenarnya bukan kerja mudah. Sebaliknya perlu ada beberapa modifikasi bagi menyesuaikan filem tersebut kepada para penonton yang bukan peminat komik. Sekadar pandangan peribadi, pengarah amat bijak mengendalikan jalan cerita untuk filem ini.

Pengarah berjaya mengurangkan babak-babak yang melibatkan emosi serta drama pada setiap watak utama. Beliau lebih fokus kepada mencapai matlamat untuk membawa para penonton kepada objektif utama filem tersebut. Dari aspek CGI, boleh dikatakan pihak DC sudah berada pada kedudukan yang sama dengan Marvel. Mungkin ada sedikit cacat cela di mana ramai pengkritik filem menyamakan CGI filem ini dengan permainan video yang ketinggalan zaman (rujuk beberapa komendi Rotten Tomatoes) namun bagi aku ianya masih di peringkat yang boleh dibanggakan. 

Akhirnya, tuan direktor mengambil pendekatan yang hampir sama dengan kebanyakan filem Marvel di mana ada kejutan pada end credit yang akan menjadi kesinambungan pada franchaise akan datang. Mungkin formula ini agak terikut-ikut namun kenyataannya inilah yang dimahukan oleh kebanyakan peminat filem. Apa yang pasti, eksekusi pada filem ini adalah di penghujungnya yang pastinya akan membawa para penonton ke arah kegelisahan dan tidak sabar menunggu kedatangan filem Justice League bahagian kedua. 

Rating aku? 4.5/5

Official Movie Trailer

7 comments:

  1. penjahat "terpijakserigala" yang gagah perkasa akhirnya jadi poyo selepas babak perlawanan akhir...

    ReplyDelete
  2. Hahah..aku setuju dgn ijau.part last yg deathstroke jumpa lex luthor tu aku rasa sambung kt filem solo batman nanti kot

    ReplyDelete
  3. aku masuk panggung dua tahun sekali - star wars.
    tengok show 1.30pagi, exit 4.30 pagi... lepas tu sumpah2 satu dua karakter jantan kaberet.

    ReplyDelete
  4. tu hari aku ada 2 pilihan samaada nak tengok ni atau Coco...tapi sebab aku kurang sikit bab2 citer superheroes ni...dan anak aku nak sangat tengok Coco...so aku pilih Coco...haha..

    ReplyDelete
  5. Tunggu hbo saja lah tak ada masa nak ke panggung skg ni..

    ReplyDelete
  6. Batman... wimp. Tak macho. Lembik. Tak depressif.

    ReplyDelete

silakan memberi sebarang komen...whether it's good or bad

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...