Monday, March 26, 2018

Ulasan Filem : Pengabdi Setan (2017)


Baru berkesempatan menonton filem ini. Jalan ceritanya menarik walaupun tersasar jauh dari storyline filem asalnya. Ianya sebuah filem yang bagus kerana punyai kesan khas (CGI) yang sederhana dengan adegan "jump scare" yang tidak keterlaluan namun mampu mengekalkan momentum seramnya sehingga ke babak terakhir.

Mengenai lakonan Bront Palarae, satu pujian harus diberikan buat beliau kerana berjaya membawa watak Ayah di dalam filem ini dengan baiknya. Walaupun ramai yang mengkritik watak Bront di dalam filem ini di mana semacam tidak sesuai dengan beliau atas sebab faktor usia (Bront dirasakan agak terlalu muda untuk bawa watak ayah), namun bagi aku ianya masih dikira dalam tahap bagus juga kerana lakonannya yang memberansangkan.

Cuma alangkah baiknya jika filem ini menggunakan tajuk yang lain. Mungkin sekadar pendapat peribadi aku sahaja. Bukan apa, mungkin aku masih lagi terkesan dengan vibe seram dari filem asalnya dahulu. Lantas membuat aku berharap agar ianya mempunyai storyline yang sekurang-kurangnya tidaklah lari jauh sangat dari filem asal. 

Pada pengakhiran filem ini pula, aku rasa pengarahnya sengaja membuatkan jalan ceritanya tergantung bagi membuka ruang untuk diadakan sequel di masa hadapan. Satu taktik yang bagus pada hemah aku. Apa-apapun buat peminat filem seram, semestinya anda tidak harus ketinggalan menyaksikan movie ini. Diharap akan ada pula remake untuk filem seram lain seperti Mystic In Bali, Nyi Roro Kidul, Misteri Rumah Tua (lakonan Noor kumalasari) ataupun Malam Jumaat Kliwon. Sekadar cadangan sahaja.

Pengabdi Setan Official Movie Trailer

5 comments:

silakan memberi sebarang komen...whether it's good or bad

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...