Monday, June 25, 2018

Ulasan 12" EP : Ghost "If You Have Ghost" (2013)

 The 12" EP

Sedang berputar dan berkumandang lagu-lagu berhantu dari EP 12" "If You Have Ghosts" dendangan kugiran beraliran pengabdi setan iaitu Ghost. Ada vibe yang menyamankan dari aspek pendengaran namun lirik-lirik lagunya tetap jahat dan angker.

EP yang mengandungi 5 buah lagu sahaja ini mempunyai keunikannya tersendiri. Antara yang menariknya ialah Dave Grohl (Nirvana / Foo Fighters / Scream) juga menyumbangkan kreativiti beliau di dalam pembikinan EP; Dave bermain drums dan gitar untuk beberapa lagu. Dalam EP ini juga ada sebuah lagu cover yang bertajuk "I'm a Marionette" asalnya dendangan ABBA, kumpulan pop terkemuka dari Sweden. Versi Ghost untuk lagu ini ternyata amat berbeza sekali dan sesuai dengan muzik bawaan mereka. 



Walaupun durasi EP ini teramatlah singkat, namun nilai estetika rilisan ini amatlah berbeza berbanding album-album mereka yang lain. Lepas ni nak kena tunggu album baru pulak yang bakal diriliskan pada tahun ini juga.

If You Have Ghost - Ghost

6 comments:

  1. lgu Crucified tu pn cover dr band lgbt Army of Lovers kan, mmg cover2 song dlm ep ni smua best

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup....maksud tersirat lagu tu pun evil sgt, mcm tak kena dgn band LGBT army of lovers tu. tapi versi ghost lebih best didengar.

      Delete
  2. lirik setan...tapi lagu sedap..haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. marketing stratrgy ni boss hahah tapi nampak berjaya

      Delete
  3. Dalam list.tapi tak dpt2 lagi

    ReplyDelete

silakan memberi sebarang komen...whether it's good or bad

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...