Friday, April 30, 2021

ULASAN RINGKAS FILEM : GODZILLA VS KONG (2021)

ULASAN RINGKAS FILEM : GODZILLA VS KONG (2021)
Filem ini merupakan antara yang ditunggu-tunggu pada tahun ini kerana ianya adalah susulan kepada beberapa franchise filem Godzilla dan King Kong sebelum ini dan juga sebahagian daripada Legendary'S Monsterverse. Filem yang diarahkan oleh Adam Wingard (pernah menghasilkan filem-filem seperti The Blair Witch Project dan Death Note) ini telahpun berada di beberapa pawagam pada 24 Mac yang lepas.
Filem ini lebih kepada menceritakan bagaimana pertembungan dua raksasa iaitu Godzilla dan Kong berlaku di mana kedua-dua mempunyai perselisihan pada awal ceritanya. Plot ceritanya juga sangat menarik walaupun nampak agak kelam kabut dan beberapa watak seakan-akan berjalan tidak seiring dengan storyline. Dari segi CGI pula, ianya sangat bagus dan memberi impak yang memberansangkan jika kita menontonnya di dalam pawagam disertai dengan sound system yang
mantap
.
Antara elemen lain yang menjadi tarikan dalam filem ini ialah konsep "Hollow Earth" yang diperkenalkan olehnya. Pertama kali aku mengetahui tentang konsep ini ialah melalui filem anime "Children Who Chase Lost Voices" arahan Makoto Shinkai, namun teori yang diketengahkan di dalam filem ini lebih bersifat afterlife atau purgatory. Sedangkan teori kewujudan "Hollow Earth" ini sudah pun digunapakai sejak tamaduan Yunani dan Mesopotamia lagi. Apa yang menyedihkan, teori ini hanya dianggap pseudoscience di zaman sekarang dan layak digunapakai dalam filem fiksyen seperti Godzilla Vs Kong.
Secara keseluruhan, filem ini tidaklah mengecewakan walaupun ada beberapa plot yang sering dipertikaikan oleh penonton seperti bagaimana Godzilla boleh terapung di atas permukaan lautan sedangkan jurang di bawah jauh lebih dalam daripada ketinggian makhluk tersebut (debat ini sudahpun diperkatakan sejak filem Godzilla : King Of The Monsters rilisan tahun 2019 lagi). Penyelamat sebenar filem ini ialah babak pertarungan raksasa-raksasa ini yang dilakukan dengan bantuan CGI.
Rating? 4/5


4 comments:

  1. ulasan - cicak gergasi lawan gorilla, tamat

    ReplyDelete
  2. Beberapa kali dah cuba nak tengok... Tapi tak jadi.. Ntah lah mood untuk menonton cerita genre sebegini semakin berkurangan

    ReplyDelete

silakan memberi sebarang komen...whether it's good or bad

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...