Thursday, June 10, 2021

ULASAN RINGKAS MINI SERIES : THE FALCON AND THE WINTER SOLDIER (2021)

Pada awalnya aku ingatkan pihak Marvel akan menghasilkan filem untuk rilisan ini. Rupa-rupanya pihak Marvel membuat keputusan untuk menjadikan ia sebagai mini series dan diriliskan melalui aplikasi Disney Plus. Individu yang bertanggungjawab menghidupkan siri ini ialah Malcolm Spellman, yang sebelum ini pernah menjadi penerbit serta penulis skrip untuk siri TV "Empire" serta "Hip Hop Uncovered".

Mini series ini mempunyai 6 buah episod kesemuanya dan ianya diarah oleh Kari Skogland, individu yang pernah mengarahkan siri TV yang lain seperti "The Walking Dead", "The Punisher" dan "Vikings". Jalan cerita secara keseluruhannya berlaku selepas filem "Avengers : Endgame" (2019) di mana kedua-dua watak utama iaitu Sam Wilson a.k.a. The Falcon dan Bucky Barnes a.k.a. The Winter Soldier menjalani kehidupan masing setelah ketiadaan Steve Rogers iaitu Captain America yang pertama.
Ya, betul. Dalam siri TV ini juga membincangkan bagaimana berlakunya pembentukan watak Captain America yang tidak lagi dipimpin oleh Steve Rogers. Ianya juga menceritakan bagaimana sebahagian manusia yang terkesan dengan situasi "The Blip" (rujuk beberapa filem "Avengers" sebelum ini) sehingga mereka sanggup untuk memberontak serta melawan pihak berkuasa yang disangkakan akan menghalang misi mereka.
Di dalam siri ini juga mengembalikan beberapa watak lama seperti Helmut Zemo serta Sharon Carter yang membantu dalam menghidupkan lagi jalan ceritanya. Di dalam siri TV ini juga ada beberapa isu yang menjadi persoalan serta sering diperkatakan oleh ramai peminat komik Marvel iaitu tentang kewujudan bandaraya pro jenayah iaitu "Madripur", kisah kehidupan seorang super soldier berkulit hitam bernama Isaiah Bradley dan kebangkitan Captain America 2.0 serta 3.0 haha.
Secara keseluruhan, jalan ceritanya sangat menarik dan sesuai dijadikan dalam bentuk mini series. Kalau dibuat dalam bentuk filem nanti banyaklah pula babak yang terpaksa dipotong demi mengatur semula filem tersebut bersesuaian dengan durasi masa yang sepatutnya dan menuruti kehendak para boss di studio produksi.
Rating? 4 / 5



                                                                        Official Trailer

2 comments:

  1. Lani time PKP dan WFH saya suka layan siri animasi Budak Besi TV 2 pukul 7am hehe...

    ReplyDelete

silakan memberi sebarang komen...whether it's good or bad

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...