Monday, June 7, 2021

ULASAN RINGKAS FILEM : NOBODY (2021)

Aku mula mengetahui mengenai filem ini lebih kurang dua atau tiga bulan sebelum tayangan perdana nya pada Mac lepas. Melalui trailer filem ini sahaja aku sudah dapat rasakan yang ianya ada kaitan dengan filem franchise John Wick (dari aspek pembikinan). Ternyata tekaan aku benar belaka apabila nama Derek Kolstad muncul semasa aku buat research pasal filem ini. Siapa Derek Kolstad? Derek merupakan penulis skrip serta salah seorang penerbit asal untuk filem franchise John Wick. Beliau juga bertanggungjawab dalam menyediakan skrip untuk beberapa filem John Wick akan datang (bahagian 4 dan 5).

Tetapi siapa pula Bob Odenkirk yang melakukan watak utama Hutch Mansell di dalam filem ini? Seriously aku tidak kenal siapa mamat ni sebelum menonton filem ini. Setelah membuat siasatan terhadap latar belakang Bob Odenkirk, rupa-rupanya beliau merupakan beberapa penulis skrip penting di dalam rancangan TV yang terkenal di USA iaitu Saturday Night Live yang lebih memfokuskan kepada sketsa lucu serta stand-up comedy. Bob sebenarnya bukan nama asing dalam dunia hiburan terutama sekali dalam komedi dan beliau juga banyak menjadi penerbit serta pelakon dalam beberapa siri popular seperti Breaking Bad, Ed dan Futurama.
Berbalik kepada filem Nobody ini, ianya merupakan satu anjakan paradigma di mana kita dapat saksikan sebuah filem aksi yang penuh dengan adegan pergaduhan ganas dan diselitkan dengan dark comedy. Ianya sesuatu yang tidak ada dalam filem John Wick tetapi dilihat amat sesuai dengan "Nobody". Konsep revenge dan pertarungan face to face di dalam filem ini juga amat menarik di mana kita dapat perhatikan bagaimana watak utama berkembang dari awal hingga akhir.
Secara peribadi, "Nobody" merupakan sebuah filem aksi yang engkau rasa engkau perlu tengok secara tidak sengaja. Jalan cerita yang menarik ditambah lagi dengan kehadiran beberapa pelakon
hebat
seperti Christopher Lloyd (pemegang watak Dr. Emmet Brown di dalam trilogi filem "Back To The Future") dan RZA (penghulu kepada kumpulan hip hop legenda Wu Tang Clan) membuatkan filem ini berbaloi untuk ditonton dari babak awal hingga ke penamat.
P/S : Untuk fan Liverpool mungkin suka filem ni kot, sebab ada lagu "You Never Walk Alone" nyanyian Gerry And The Pacemakers tiba-tiba muncul semasa babak pergaduhan di antara watak utama dan beberapa antagonis lain.

Rating? 4 / 5



No comments:

Post a Comment

silakan memberi sebarang komen...whether it's good or bad

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...