Friday, June 4, 2021

ULASAN RINGKAS FILEM ANIME : PAPRIKA (2006)

 ULASAN RINGKAS FILEM ANIME : PAPRIKA (2006)

Aku mula mengetahui tentang filem ini apabila setelah selesai menonton "Perfect Blue" sebuah karya dari pengarah yang sama iaitu Satoshi Kon. Agak lama juga mencari filem ini di kebanyakan sumber, namun tahun ini akhirnya ianya boleh diakses melalui aplikasi Netflix sahaja. "Paprika" merupakan antara karya Satoshi Kon yang banyak memberi impak kepada budaya pop masa kini.
"Paprika" merupakan sebuah filem anime yang bergenrekan fiksyen sains dan psychological thriller dalam masa yang sama. Ianya menceritakan tentang sebuah kumpulan saintis yang menghasilkan alat yang mampu memasuki mimpi pesakit mental. Diselangi dengan beberapa plot yang menarik dan menguji minda, Paprika berjaya membawa para penonton memasuki satu ruang fantasi yang jarang diterokai iaitu mimpi.
"Paprika" merupakan filem anime keempat dan terakhir arahan Satoshi Kon di mana pada 2010 beliau meninggal dunia akibat kanser pankreas. Impak yang ditinggalkan oleh filem ini sungguh di dalam dunai sinematografi antarabangsa sehinggakan ianya menjadi sumber inspirasi buat Christopher Nolan menghasilkan filem yang mempunyai konsep hampir sama iaitu "Inception" (2010).
Buat mereka yang suka menonton filem gaya Nolan, "Paprika" ini sesuai dengan selera anda. Apa yang pasti ianya mempunyai jalan cerita yang senggama minda dan memaksa para penonton untuk fokus pada setiap babak yang dipersembahkan.
Rating? 4.5 / 5



Official Movie Poster



Official movie trailer


No comments:

Post a Comment

silakan memberi sebarang komen...whether it's good or bad

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...