Thursday, May 12, 2022

ULASAN RINGKAS SIRI ANIME : ASOBI ASOBASE (2018)

 ULASAN RINGKAS SIRI ANIME : ASOBI ASOBASE (2018)

Pernah dengar tak dengan ungkapan "don't judge a book by its cover" atau dalam bahasa Melayunya bermaksud "jangan menilai sesuatu dari luaran sahaja"? Kata-kata ini juga boleh diaplikasikan ke dalam dunia anime juga. Tidak semua anime sesuai untuk ditonton oleh kanak-kanak. Dari luaran ataupun melihat kepada imej watak utama, mungkin ada beberapa anime nampak seperti "children friendly" namun hakikatnya ianya mempunyai tema dewasa yang sangat tidak sesuai untuk tontonan kanak-kanak.
Sama juga dengan apa yang dipersembahkan oleh anime yang berjudul "Asobi Asobase" ini. Jika kita perhatikan 3 watak utama dari anime ini sekali imbas, mereka nampak sangat comel (kawaii) dan innocent. Tapi jika anda selesai menonton kesemua 12 episod nya, anda akan terdedah dengan koleksi lawak-lawak dewasa yang seringkali dikaitkan dengan golongan lelaki.
Harap jangan salah faham, anime ini bagi aku ianya sangat bagus sebenarnya. Ianya sangat kelakar sehinggakan boleh buat kau rasa mind-blown disebabkan kau tidak menyangka yang watak-watak utama ini "bodoh" nak mampus! Tiga gadis comel tetapi bangang iaitu Hanako (gadis periang yang datang dari keluarga kaya), Olivia (gadis berasal dari Amerika tetapi tidak pandai berbahasa English) dan Kasumi (gadis nerd yang ada masalah dalam subjek pelajaran English) mempunyai chemistry yang sangat bagus dalam membawakan beberapa skit lawak mereka.
Aku harap akan ada musim kedua untuk anime ini disebabkan aku masih nak tengok lawak-lawak tak masuk akal 3 gadis genit ini. Anime ini juga boleh ditonton melalui aplikasi Netflix.



No comments:

Post a Comment

silakan memberi sebarang komen...whether it's good or bad

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...