Friday, October 25, 2013

Movie Review : Beberapa Movie Yang Aku Tengok Pada Hujung Minggu (Part 1)

Mud (2012)


Sebuah filem drama lakonan Matthew McConaughey tentang kisah 2 budak lelaki yang menemui seorang lelaki bernama Mud di sebuah pulau kecil di kawasan paya bakau. Berlatarabelakangkan suasana di Texas, vibe drama heart breaker sememangnya terasa dalam movie ini. Mungkin bukan di antara filem terbaik lakonan Reese Witherspoon cuma apa yang aku suka tentang filem ini ialah chemistry 2 watak lakonan Resse dan Matthew yang seakan2 tidak ada interaksi secara langsung walaupun hakikatnya hubungan percintaan mereka berdua adalah di antara kekuatan filem ini. 

3/5

Now You See Me (2013)


Di antara filem yang dinantikan dalam tahun ini. Ok, mungkin aku tak berap up-to-date dalam review filem tapi suka tengok filem sebegini apabila kualiti visualnya sudah berada di tahap yang memuaskan. Filem senggama minda sebegini sememangnya seronok untuk ditonton. Plot ceritanya yang menarik dan sukar diramal sememangnya menjadi kekuatan dalam filem ini. Imej nerdy Jesse Eisenberg semakin jauh dari pandangan, ketepikan dahulu filem sebelumnya ialah Social Network, kini wataknya lebih slick dan bergaya. Akan tetapi, sungguh tidak diduga, lakonan Mark Ruffalo adalah yang terbaik dalam filem ini. Gaya ajen FBI bawaan beliau yang agak cocky dan bangang pada awal ceritanya mempunyai twist yang menarik di pengakhiran movie ini.

4/5

Pacific Rim (2013)


Don't get me wrong, aku memang peminat setia filem arahan Guillermo Del Toro, akan tetapi Pacific Rim ini gagal mengembalikan vibe yang ada pada movie arahan beliau sebelum ini seperti Hellboy dan Blade 2. Entah kenapa pada babak pertengahan filem ini agak membosankan bagi aku akibat terlalu banyak drama dan kurang aksi sampaikan aku boleh tertidur. Akan tetapi momentumnya kembali ke climax apabila adegan aksi mula memonpoli di pengakhiran filem tersebut. Mungkin dari segi kutipan, filem ini masih boleh dikategorikan sebagai blockbuster tahun ini. Namun bagi aku, sentuhan Guillermo Del Toro sudah sedikit hilang taringnya.

2/5

Pain & Gain (2013)

Antara filem genre dark comedy yang menarik untuk ditonton pada tahun ini. Daripada kisah benar, ianya mengisahkan tentang gym trainer yang bercita2 tinggi untuk hidup senang akan tetapi akhirnya terjebak dalam kancah jenayah. Lakonan Dwayne "The Rock" Johnson memang hilarious dalam filem ini. Mungkin anda pernah menonton filem komedi beliau sebelum ini dari produksi Disney, namun kali ini ianya agak berlainan. Imej humor beliau memang betul2 kelakar. Watak Marky Mark Mark Wahlberg pula memang bad ass dan lucu pada beberapa babak. Wajib tonton jika anda peminat The Rock dan Mark Wahlberg.

3/5

The Place Beyond The Pine (2013)


Filem ini merupakan gandingan kedua di antara Ryan Gosling dan pengarahnya Derek Cianfrance, sebelumnya dalam filem Blue Valentine (nice romantic movie!). Filem bergenre crime drama ini mempunyai plot yang menarik walaupun pada awalnya agak bergerak perlahan. Mengisahkan tentang seorang stunt man yang ingin memulakan kehidupan baru bersama bekas teman wanitanya akan tetapi dihalang oleh beberapa situasi yang mengakibatkan beliau terlibat dengan aktiviti jenayah iaitu beberapa siri rompakan bank. Imej cool Ryan dalam filem ini masih sama seperti dalam filem lakonan beliau sebelum ini berjudul Drive. Semacam tak ada perubahan pulak, lakonan hanya statik. Manakala Bradley Cooper pula memang terbaik, imej paranoia kembali lagi (sebelum ini dalam filem Limitless lakonan bersama Robert De Niro) dan lakonan seriusnya memang menjadi. Antara filem yang harus ditonton tahun ini.

4/5

Monday, October 21, 2013

Beberapa Gambar Menarik Sepanjang Tayangan Secara Umum Perlawanan Suku Akhir Piala Malaysia : Pahang lwn Sarawak (20 Oktober 2013)

Pada hari sabtu yang lepas, tepat pukul 8:30 malam begitu, telah diadakan satu tayangan perlawanan bolasepak suku akhir Piala Malaysia di antara pasukan Pahang menentang Sarawak di Stadium Darul Makmur menggunakan 2 skrin besar di padang Dewan Suarah Bintulu. Tayangan umum ini sebenarnya adalah salah satu aktiviti yang dianjurkan oleh pihak pejabat residen serta Bindiv (stands for Bintulu Division yang juga sebuah komuniti penyokong2 pasukan Sarawak tegar hehe). Ramai juga yang datang menonton tayangan percuma tersebut termasuklah geng2 metalheads, siap ada di antara kami yang ikut serta dengan aktiviti chanting dan drumline.

Pasukan Sarawak kalah malam itu, dengan jaringan Pahang 3 dan Sarawak 1. Mungkin tidak ada rezeki di tempat orang rasanya. Strategi perlawanan untuk pasukan Sarawak pada separuh masa pertama juga goyah sedikit terutama sekali pada bahagian serangan. Nak salahkan Sani Anuar Kamsani selaku goalkeeper pun tak patut juga, dia dah sedaya upaya menyelamatkan keadaan namun nasib tak menyebelahi pasukan Sarawak. Cuma goal ketiga dari Pahang tu yang buat aku menyirap jugak la, ada ker patut dibiarnya kosong tiang gol pada saat genting sebegitu? Nasib baik permainan Guy Bwele malam itu agak konsisten berbanding perlawanan yang sebelumnya, kalau tidak memang kenduri gol la team Pahang malam tu. Ketiadaan Joseph Kalang Tie selaku kapten dalam perlawanan ini sedikit sebanyak membantutkan serangan pasukan Sarawak.

Tapi tidak mengapa, masih terlalu awal undur mengaku kalah, ada lagi perlawanan timbal balik yang akan diadakan di Stadium Negeri di Kuching pada 26hb Oktober nanti. Robert Albert masih ada masa untuk merangka strategi yang mampu menumbangkan pihak lawan. Diharap performance dari beberapa pemain hebat2 Sarawak seperti Muamer Salibasic, Jr Eldstal, Zamri Morshidi, Bobby Gonzales, Ramesh Lai, Ashri Chuchu dan semuanya semakin bertambah baik pada perlawanan 26hb ini nanti. Tapi sebelum itu, jom layan beberapa pics menarik yang aku sempat ambil semasa tayangan perlawanan tersebut di Dewan Suarah Bintulu malam sabtu lepas.

P/S: Seriously, entri ni buat aku macam penulis blog sukan pulak dah hahaha...

 Kelihatan 2 skrin besar yang disediakan untuk pengunjung menonton siaran secara langsung perlawanan tersebut

Saudara Korawk (berbaju putih dan sedang gigit cd band grindcore Tahi Suci, tuan punya blog Geng Kereta Sapu) juga turut hadir bersama sahabat kamu juga bro Zamry.

Kelihatan penyokong pasukan Sarawak sedang chanting beberapa lagu anthem mereka disertai dengan ketukan drumline.

Makin hangat dan bertenaga sorakan penyokong Sarawak pada malam itu 

 "Siapa Sayang Sarawak, Tepuk Tangan!" antara lagu chanting yang happening pada malam itu

Kelihatan Encik Borhan (tauke 36 Studio, paling kanan sekali) dan saudara Bob Kandar (drummer Metuk Ulau Project, 2 dari kanan) sedang asyik mengetuk snare dan tom tom.

Saudara Marus (tuan punya blog Barangkali Marus, paling kanan sekali dan berambut dreadlock) sedang asyik bermain djembe beliau. Kelihatan juga bro Rashid (drummer band Curse Of God, paling kiri) juga ikut serta dalam drumline tersebut.

Korawk membuat gaya Varg Vikernes nya di hadapan skrin besar tersebut! 

Rashid sudah naik sheikh ketika ini...memang non-stop ketukan snare beliau 


Chanting yang betul2 happening, terasa seperti di Stadium Negeri pulak



Persembahan "flare" dari beberapa individu mencuri perhatian pengunjung2 yang datang

"Horns Up, Bujang Senang!" mungkin itu yang dikatakan oleh Korawk 

Di hadapan perkarangan Dewan Suarah Bintulu 

Banner "BinDiv Sarawak Supporters" dengan tema "Luk Lalai" (yang bermaksud Jangan Leka dalam bahasa  melanau baie)

Eh? Ada jugak terserempak dengan geng2 opis kat sini. Yang paling hujung belah kanan tu si Ezzah tuan empunya blog www.ezzahmemo.blogspot.com

Barisan ahli2 drumline penyokong pasukan Sarawak pada malam itu 




Bergambar kenang kenangan di kalangan supporter Sarawak (Bintulu Division)


P/S: Maaf kualiti gambar tidak memuaskan, huh...dah banyak kali dah aku cuci lens kamera aku ni, tapi masih jugak macam tu. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...