Blog catatan merapu yang aku buat tentang kehidupan aku sebagai seorang pemuzik amatur (tahap bohemian), seorang ayah and loving husband, seorang penjawat awam, movie addict, pengkritik makanan, seorang muslim dan semestinya sebagai seorang pemerhati kepada sesuatu yg berlaku di persekitaranku.
Terpanggil untuk membuat entri ini disebabkan sering membaca blog Kaboi Tanduk yang baru2 ini sering membicarakan tentang ulamak2 tersohor yang beliau hormati. Beberapa bahan bacaan2 serta link yang beliau sertakan dalam entrinya amat menarik perhatian aku. Bagi aku pula, ada beberapa ulama yang sering aku follow. Di antaranya ialah Sheikh Ahmed Deedat. Jika anda masih tidak mengetahui siapa beliau, sila klik di sini.
Beberapa bahan bacaan karangan Sheikh Ahmed Deedat yang aku miliki
Mungkin ada yang berasa kurang selesa dengan topik yang sering dibincangkan oleh arwah Sheikh semasa hayatnya, lebih2 lagi apabila ianya melibatkan isu perbandingan agama, saya mohon seribu kemaafan. Akan tetapi senantiasa bahan bukti yang beliau perbincangkan semasa sesi debat beliau dengan ketua2 agama lain mempunyai fakta yang kukuh dan berbentuk rasional. Demi nawaitu untuk menimba ilmu, saya rasa apa yang pernah beliau sampaikan dahulu amat berguna untuk seluruh umat Islam. Di bawah merupakan salah satu di antara perdebatan beliau yang pernah diperkatakan di khalayak masyarakat antarabangsa suatu ketika dahulu.
Debat di antara Sheikh Ahmed Deedat & Pastor Stanley Sjonberg
Thom Yorke selaku ketua kumpulan serta vokalis utama kumpulan alternative rock tersohor, Radiohead merupakan di antara jutaan selebriti di dunia ini yang tidak suka di temuramah oleh pihak media. Bagi beliau perkara sebegini hanyalah "a f**king waste of time" (aku sekadar mengulangi quote yang sering diajukan oleh beliau setiap kali diajukan pertanyaan samada beliau selesa jika ditemuramah). Beliau sering mengelak jika diminta memberi ulasan tentang beberapa perkara yang melibatkan dirinya ataupun mana2 ahli kumpulannya, akan tetapi jika melakukan hal2 activism seperti kegiatan Fair-Trade Practice, Hak Asasi Manusia, Anti Peperangan dan Trade Justice Movement, beliau merupakan spokeperson yang baik. Hubungan beliau dengan beberapa selebriti lain pun bukan nya bagus sangat. Beliau sering dianggap "ignorant and rude" oleh kebanyakan artis seperti Kanye West, Miley Cyrus (ni musuh besar nih hehe), Jack Black, Ronan Keating, Peter Gabriel dan Kelly Jones (vokalis kumpulan Stereophonics).
Di bawah merupakan sebuah klip video yang boleh dikatakan agak rare. Ianya merupakan sebuah produksi sebuah channel hiburan berbayar iaitu Channel V (rasa2nya sekarang channel ni dah takder lagi dalam pakej ASTRO). Di dalam sesi ini beliau menerangkan tentang perubahan arah muzik yang dibawa oleh Radiohead dalam album Kid A, bagaimana beliau menghadapi sindrom writer's block, pengaruh2 muzik beliau dalam dunia muzik Electronica (seperti Aphex Twins dan Autechre) dan perhubungan beliau dengan rakan2 seperjuangan di dalam band tersebut.
Moral Of The Story: Aku rasa apa yang Thom hendak dari kita ialah, ambil peduli pasal muzik mereka tapi JANGAN AMBIL PEDULI pasal personal life dia...sebab mamat ni terkenal dengan sikap neurotic dan paranoid nya yang kadang2 over la pulak. Nevertheless, Thom is still one hell of a genius when it comes to making music!
Apakah itu Punk Rock? Adakah ianya gaya hidup ataupun sekadar muzik? Sejauh mana anda mengetahui tentang sub-budaya ini? Dan soalan paling penting untuk ditanya ialah...agak2nya bila Punk Rock ni mula menular di negara kita yang bertuah lagi berdaulat ni? Persoalan ini semua dengan mudahnya dirungkai secara ringkas tetapi padat dalam sebuah buku yang bertajuk PUNK ROCK : Disebalik Fesyen & Muzik Bising terbitan bersama di antara Deleted Book Press, Koleksi Kaki Ketik (Zines and Literature) dan Papakerma.
Buku ini sebenarnya memfokuskan tentang interpretasi Punk Rock itu sendiri melalui kacamata serta fahaman beberapa penulis zine/pemuzik punk yang sudah sekian lama (ada yang sudah hampir 20 tahun bergiat dalam penulisan zine punk & hardcore) berada di bawah radar media perdana, pendek kata mereka semua ni merupakan golongan Marhaen berpaksikan budaya Punk Rock! Antara mereka2 yang aku maksudkan ialah:
Fazri : Editor zine DRSA serta pemain bass untuk kugiran punk seperti Karut, Kasih Sayang dan Inikah Hidup.
Mat Yie : Cikgu Bahasa Inggeris serta penulis zine seperti Semenanjung Register, The Coalition serta menjadi gitaris/frontman kepada kugiran2 seperti Dakootyroaches, Kuswadinata dan Hulk Ogan.
Hafeez : Peguam sepenuh masa serta antara individu terawal dalam scene Punk/Hardcore di Malaysia yang mengangkat scene ini serta bergerak aktif mengeluarkan zine seperti Abstained Agogo dan newsletter Cintakan Aman. Beliau juga merupakan vokalis/pemain bass untuk kugiran Ancaman.
Wolf : frontman untuk band punk rock kegemaran aku suatu ketika dahulu iaitu Spunky Funggy.
Nan : Pereka Grafik/Pelukis Komik sepenuh masa dan juga selaku pemain bass untuk kugiran LoRSA, beliau juga merupakan editor untuk zine Think Smart Act Blur.
Zaki : pengusaha record label Dogma Artistic Guerilla dan juga editor zine seperti A Dream?, Diriku Untuk Dijual dan Ember.
Shabri : Cikgu di sekolah khas di Terengganu dan juga merupakan frontman untuk kugiran Kasih Sayang.
Din : Operator Kren sepenuh di Tanjung Pelepas, Johor dan juga merupakan editor zine Jalan.Jatuh.Lari serta penulis blog Redup Pemikiran.
Dhani : pekerja IT sektor awam. Pernah menerbitkan buku hasil tulisan pendukung DIY punk rock berjudul Goblog serta bergerak aktif dalam Network of Solidarity Collective.
Nizang : Editor bersama untuk buku ini (disamping Dhani), editor zine Mash dan pengasas Nervhous Records and Distribution. Beliau kini bertugas sebagai pensyarah di sebuah universiti swasta di KL.
Apa yang menyeronokkan ketika membaca buku ini ialah, gaya penulisan yang agak santai, bersahaja, sedikit lawak sana sini, akan tetapi disusuli beberapa kata2 hikmat yang mengajak kita berfikir tentang tujuan sebenar Punk Rock itu wujud ditengah2 gelombang budaya masyarakat kita. Ianya juga berbentuk informatif disamping membawa kita mengenali apa itu budaya Punk dari perspektif yang berbeza, tidak hanya bergantung kepada maklumat2 yang dihidangkan melalui media arus perdana yang rata2 bertindak untuk condemn serta menjahanamkan pemikiran2 anak muda yang agresif ini.
Buku Punk Rock disertakan dengan brochure "Apa Anda Perlu Tahu Tentang ISA?" sebagai bookmark aku haha...ini betul2 rebel!
Apa2pun aku berharap kalian memiliki buku ini kerana ianya benar2 mengetengahkan definasi sebenar Punk Rock di dalam negara kita secara khususnya. Jika anda berminat untuk mendapatkan buku ini, silalah ke http://deletedbooks.blogspot.com/ untuk keterangan lanjut.
Carburetor Dung performing "Boo Hoo Clapping Song", antara band yang terawal muncul dalam scene muzik Punk Rock di negara kita.