Blog catatan merapu yang aku buat tentang kehidupan aku sebagai seorang pemuzik amatur (tahap bohemian), seorang ayah and loving husband, seorang penjawat awam, movie addict, pengkritik makanan, seorang muslim dan semestinya sebagai seorang pemerhati kepada sesuatu yg berlaku di persekitaranku.
Bagi menutup tirai tahun 2012 dan menyambut hari terakhir pada bulan disember ini, rasanya mungkin agak sesuai kalau tengok video dari band Counting Crows ini yang bertajuk A Long December. Lagipun ianya ada banyak kena-mengena dengan bulan Disember hehe...Enjoy!
Counting Crows - A Long December (Official Video)
P/S: Perhatikan seorang selebriti dari rancangan sitcom terkenal dekad 90'an dahulu ada buat cameo dalam music video ini. Cuba teka siapa? Oh hampir terlupa, aku malas nak buat summary pasal aktiviti aku sepanjang 2012...banyak yang tak menjadi dan ada juga azam lama yang tak tercapai...sedih
Despite All My Rage, I Am Still Just A Rat In A Cage... (Bullet With Butterfly Wings)
Jika diimbas kembali semasa dekad 90'an dahulu, ianya seolah2 menyaksikan pelbagai perubahan dalam scene muzik di peringkat antabangsa terutama sekali untuk genre muzik rock. Zaman kejatuhan glam rock, kebangkitan (serta kejatuhan) scene muzik grunge, pertembungan buat pertama kali elemen rap dan rock (sehingga terhasilnya genre nu-metal dan rapcore) dan semestinya era kegemilangan muzik alternative rock...semuanya berlaku pada dekad ini...the 90's.
The double-disc album
Jika difokuskan hanya pada genre muzik alternative, album Mellon Collie and the Infinite Sadness dari band The Smashing Pumpkins ini merupakan di antara album terpenting dari dekad tersebut dan ianya juga dipilih oleh majalah Rolling Stone sebagai di antara The 500 Greatest Albums Of All Time. Setelah mendapat nama dalam arena muzik alternative rock di USA pada ketika itu, melalui kesuksesan dari album Gish (debut album dan dirilis pada tahun 1991) dan album kedua Siamese Dream (rilisan tahun 1993 dan mempunyai hit singles berjudul Today serta Disarm), pada album ketiga mereka ini The Smashing Pumpkins kembali dengan sebuah album yang boleh dikategorikan sebagai epic zaman moden dari perspektif muzik alternative rock.
CD ini aku beli melalui eBay dan sampai ke tangan aku pada 21 Disember (hari khamis) yang lepas. Sebenarnya aku pernah memiliki album ini dalam versi kaset, akan tetapi itu semua cuma tinggal kenangan kerana kaset tersebut sering beralih tangan dari seorang rakan kepada rakan yang lain. Maklumlah zaman tu aku berada sekolah menengah lagi, era yang tidak bergantung pada mp3 untuk mendengar muzik, so kalau nak suruh member dengar lagu2 kesukaan kita, kenalah share kaset tersebut. Aku rasa situasi ini juga pernah berlaku pada kalian juga kan? Apa2pun at least sekarang aku berjaya memilikinya kembali dalam versi CD walaupun ianya hanya used item.
Cover belakang CD ini yang mempunyai senarai sebanyak 28 buah lagu dari album ini
Berbalik kepada CD ini, ianya merupakan sebuah album dalam format double-disc dan dikatakan bahawa Billy Corgan (frontman) cuba untuk membuat sebuah album yang berkonsepkan life and death serta mempunyai mood yang berlainan pada setiap lagu. Tapi walaupun begitu album ini bukalah sebuah concept album, ianya cuma kompilasi lagu2 terbaik karya Billy Corgan yang sungguh produktif menghasilkan killer songs pada ketika itu sehingga pihak label terpaksa membuat sebuah kompilasi album (boxset) yang berjudul The Aeroplane Flies High pada tahun 1996, setahun selepas terhasilnya album ini, bagi memberi ruang kepada lagu2 lain untuk didengari peminat.
End credit serta gambar band photo, line-up asal mereka (dari kiri) Billy Corgan, D'Arcy Wreztky, Jimmy Chamberlin dan James Iha
Di antara penyebab2 album ini sungguh unik pada pandangan aku ialah, selain mempunyai lagu2 hit seperti Bullet With Butterfly Wings, Tonight Tonight, 1979 dan Thirty-Three, ialah ianya sebuah album yang mempunyai pelbagai stail muzik seperti hard rock, folk akustik, sedikit elemen electronica (untuk lagu Love) dan heavy metal (ianya amat ketara pada lagu2 seperti Zero dan An Ode To No One). Ianya juga menyerlahkan lagi bakat Billy Corgan sebagai composer serta penulis lirik. Billy Corgan juga menyifatkan album ini ialah "The Wall" versi Generation X, sebagai satu perbandingan untuk album Pink Floyd rilisan tahun 1979 itu.
Lukisan2 dalam inlay nya juga agak menarik dan unik, Arnab hisap shisha?
Secara peribadi, CD ini merupakan GAS terakhir aku pada tahun 2012 ini. Adakah mengumpul CD layak dikategorikan sebagai penyakit GAS? Hantam sajalah, aku peduli apa. Apa yang penting, kini aku dah dapat balik sebuah album yang mendorong aku menjadi seorang pemuzik dari dahulu sehingga sekarang. Ianya boleh dikategorkan sebuah album KLMJ juga (Kenangan Lama Mengusik Jiwa). Thanks to The Smashing Pumpkins for the wonderful songs that you guys have made.
The Smashing Pumpkins - Tonight Tonight (Official Music Video)
The Smashing Pumpkins - Bullet With Butterfly Wings (Official Music Video)
The Smashing Pumpkins - Zero (Official Music Video)
The Smashing Pumpkins - Thirty-Three (Official Music Video)
The Smashing Pumpkins - 1979 (Official Music Video)
Aku rasa nama band punk/alternative/ska/pop/dance-hall iaitu No Doubt tidak perlu diperkenalkan lagi di mata muzik dunia. Dengan 6 buah album sepanjang karier mereka semenjak tahun 1992 di dalam music business, memenangi pelbagai anugerah, keadaan mereka agak kukuh dalam industri muzik baik dalam dunia punk/ska mahupun pop.
Pada tahun 1997 band ini telah membuat cover untuk lagu Oi To The World! dendangan asal oleh sebuah lagi band punk legenda iaitu The Vandals. Kedua-dua band ini berasal dari tempat yang sama iaitu Orange County, California dan mereka semua juga merupakan sahabat karib.
Kali pertama aku dengar lagu ini dulu, aku ingatkan ianya memang lagu asal dari No Doubt. Video muzik rasmi untuk lagu ini (dendangan No Doubt) juga sangat menarik kerana ianya berlatarbelakangkan suasana di India. Sebab kenapa mereka sepakat untuk membuat penggambaran video muzik di sana, aku pun tak berapa pasti. Tapi apa pastinya, video muzik tersebut memang hilarious dan seronok ditonton. Aku suka tajuk lagu ni, despite the old christmas song, Joy To The World, this version (Oi To The World!) is more punk-rock and a bit bad-ass!
No Doubt - Oi To The World! (Official Music Video)
No Doubt - Oi To The World (Live at MTV Live & Loud in 1997)
Oh sebelum terlambat, di sini aku nak mengucapkan Selamat Menyambut Hari Natal (Krismas) kepada rakan-rakan blogger yang beragama Kristian, terutama sekali sis Coffee Girl yang sering singgah dan memberi komen serta nasihat membina di blog Molotov Cocktailz aku yang tidak seberapa ini (humble siot). Merry Christmas And Happy New Year!