Friday, March 28, 2014

Akhirnya Blog Ini Sudah Mempunyai Pageview Sebanyak 100K!

Pageview semasa hari sabtu lepas (22/03/2014)

Semenjak aku mula berkecimpung di dalam penulisan blog peribadi ini pada Oktober 2011 dahulu (entri pertama klik di SINI), pelbagai cerita dan info telahpun aku hasilkan. Ditambah pula aku mulai mempunyai rakan-rakan blogger setia seperti bro Berteromber, Deaf Angel, Rafi Xyrus Zone, Ijau, PC Kokak, Doc Ben Krenmaut, Faizal Skudal, Ezaidi Metal Brain Asylum, Wan Beruas, Korawk Geng Kereta Sapu, Barangkali Marus dan banyak lagi. Aku berasa beruntung kerana mengenali kalian semua walaupun tidak pernah bersua muka. Secara tidak langsung melalui medium seperti blogging ini menambahkan lagu keakraban di kalangan blogger yang berpaksikan muzik ROCK terutamanya!

Blog aku yang kerdil dan tak seberapa ini telahpun mencapai pageview melebihi 100,000 sekarang. Walaupun sedemikian, hakikatnya masih banyak lagi yang perlu aku pelajari tentang blogging serta ilmu yang pelbagai seperti muzik, kerohanian (mendekatkan diri kepada Allah), info kesihatan dan sebagainya.

Tapi buat masa sekarang, aku rasa nak berhiatus buat seketika. Kadang2 otak aku pun boleh kena sindrom Writer's Block jugak dalam berblogging ni. Nak korek lagi banyak info tentang dunia skateboarding (yang aku ceburi kembali mulai awal tahun ini), muzik dan sebagainya. Kumpul knowledge dulu, prepare baik2 dan selepas itu baru boleh rilis dalam bentuk entri blog. Harap pada masa akan datang blog ini akan menyajikan lebih banyak entri yang berinformatif, rock & roll serta tidak salah kalau diselitkan unsur humor hehehe....

Until then, ciao...

Sarah Mclachlan - I Will Remember You

Monday, March 24, 2014

CD Review : Weezer - The Green Album (2001)

Weezer - The Green Album (2001)

Dari Kiri: Mikey Welsh (bass), Rivers Cuomo (vocalist, guitar), Brian Bell (lead guitar), Patrick Wilson (drums)

CD ini aku perolehi melalui jualan mega-sale yang dikelolakan oleh blog Doc Ben iaitu Krenmaut beberapa minggu yang lepas. Ada banyak lagi cd yang aku beli dari beliau, tapi nantilah aku buat review. Buat satu-satu yer, jangan gelojoh haha. Apa yang menarik dalam senarai CD yang ada dalam jualan mega-sale tersebut ialah banyak title untuk muzik era 90'an (yes!).

Terdapat 10 lagu semuanya

Sebenarnya kalau diikutkan, aku sudah ada album ini cuma dalam bentuk kaset. Alhamdulillah kaset itu masih ada dalam simpanan, tidak dalam kategori pinjam-tak-bagi-balik-oleh-member. Bagi mereka yang zaman remajanya di dekad 90'an dan meminati muzik alternative rock, Weezer bukanlah nama yang asing. Malahan band ini mempunyai reputasi nya yang tersendiri di dalam komuniti genre tersebut. Band yang dipimpin oleh Rivers Cuomo ini pernah menghasilkan 2 buah album sebelum ini iaitu Self Titled (a.k.a. Blue Album) rilisan tahun 1994 dan Pinkerton pada tahun 1996.

Inlay dan CD (kedua2nya warna hijau)

Sebenarnya selepas kejayaan album Pinkerton pada dekad 90'an banyak peminat mereka tertanya-tanya bilakah akan keluarnya album terbaru Weezer. Sebelum album ketiga ini diriliskan, aku pernah juga terfikir bahawa Weezer cuma sekadar one-hit-wonder band disebabkan tiada langsung sebarang album selama 5 tahun. Ada khabar mengatakan yang Rivers Cuomo sedang melanjutkan pelajarannya di Harvard pada ketika tempoh hiatus tersebut.

Gambar Weezer secara live di dalam inlay

Sangkaan aku silap sebenarnya apabila Weezer keluar dengan album ini, masa album ini telah diriliskan, aku sudah pun menyambungkan pelajaran di peringkat diploma di semenanjung sana. Masa kolej dulu, lagu2 Weezer dalam album ini seperti Hash Pipe, Island In The Sun dan Photograph merupakan beberapa lagu wajib yang sering dibawa semasa waktu jamming bersama rakan2 (dulu aku dan rakan2 suka jamming di sebuah studio berhadapan dengan Metro Kajang, tak jauh dari kolej aku jugak ni). Oh ya masa di sekolah menengah sebelum itu pun aku sering jugak jamming bersama rakan2 bawak lagu Weezer dari 2 album terdahulu seperti Say It Ain't So, The Good Life, Undone - The Sweater Song dan Butterfly.

Jika anda seorang peminat setia Weezer, anda pasti akan perasaan tentang perbezaan dari segi sound untuk album ketiga ini. Berbeza dengan 2 album terdahulu yang soundnya agak raw, bunyian distortion yang berkecamuk, punk-oriented dan mempunyai elemen garage rock, album ketiga ini lebih ke arah yang agak commercial, pop song dan easy-listening. Tiada lagi pengaruh grunge dalam muzik mereka. Mungkin mereka juga semakin matang dalam mengubah lagu2 mereka. Tidak seperti album Pinkerton, album ini mudah diterima oleh pengkritik muzik dan banyak mendapat review yang positif. Tapi bagi aku, sekadar pendapat sahaja lah, aku rindu dengan attitude Seattle Punk dalam muzik mereka di dalam 2 album sebelum itu.

Walaupun aku membeli cd ini melalui Doc Ben, ironinya beliau ada menyatakan (rujuk entri beliau di SINI) bahawa agak sukar beliau menghadam muzik bawaan Weezer ini. Haha aku faham perasaan beliau, sama jugalah situasinya pada aku yang sampai ke hari ini masih tak dapat terima muzik Dream Theater dan Megadeth. mungkin itu selera masing2. Tak dapat nak salahkan sesiapa. Maafkan saya kalau saya tak dapat masuk muzik Abang Mus huhuhu...

Weezer - Hash Pipe

Weezer - Island In The Sun

Weezer - Photograph
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...