Saturday, October 15, 2011

Dekad 80'an - Tahun aku dilahirkan, dibesarkan, diberi pendedahan pertama tentang muzik dan jadi budak nakal! Part 1

Perghhh belom ada apa2 lagi dah ada entri ke 2 ker? OMG hahaha

Technically aku dilahirkan pada tahun 1981 (sori aku malas nak bagi detail sgt tarikh nya haha) dan semestinya jika kita berada di zaman tu, kompem akan didedahkan dengan muzik disco, pop-dangdut dan breakdance haha.

Sebagai seorang budak kecik (pada ketika itu) yang membesar dan mendengar muzik2 begini semestinya aku memang teruja jugak la. Antara orang yang pertama bertanggungjawab memberikan aku pendedahan awal tentang muzik ialah ayahanda aku sendiri.My daddy dulu pernah join secara serius dengan live band masa dia muda2 dulu (this is back in the late 70's), aku masih ingat lagi nama band dia, The Glass Bubbles.

Genre yang diorang mainkan lebih kepada commercial songs pada ketika itu, macam lagu2 dari band ABBA, Bee Gees, Sony & Cher, Kool & The Gang dan mcm2 lagi la band 70's yang aku tak berapa ingat lagi namanya.

Lepas dia kawen dengan mak aku (tahun 1980) dia dah mula slow down, maklumlah dia dah tak larat nak bagi komitmen yang tinggi dalam band, so dia pun beralih kepada bidang deejay di kelab malam. Masa ni aku malas nak elaborate pasal life style dia time tu, kalo aku cerita balik pengalaman dia masa jadi deejay club dulu mesti dia rasa malu & nak mengelak jer. Dari raut wajah dia pun aku tau bapak aku banyak dah berubah, sekarang ni dia dah jaga sembahayang 5 waktu, jaga keluarga dia baik2 dan tak pernah abaikan tanggungjawab dia sebagai ketua keluarga. Kalo ikut zaman jadi deejay dulu, faham2 sajala, enjoy tahap alcoholica (sori pak tercabul pulak mulut aku sampai masuk blog ni pasal hal tu, oh well sapa yang nak baca kan?hehe) tapi nasib la bapak aku bukan tahap main pompuan. Alhamdulillah sekarang bapak aku pusat hiburan dan mencari ketenangannya bukan lagi di tempat seperti disko tapi di masjid2 dan tempat mencari ilmu rohani seperti pusat mengaji Quran.

Tapi berbalik kepada cerita muzik tadi, yang best pasal zaman deejay dia dulu, dia akan bawak balik ke rumah bermacam2 kaset dan vinyl. Perghh tak payah cerita la keadaan bilik stor dia masa tu, kaset dari bermacam2 artis ada, local dan antarabangsa, genre2 bermacam dari rock sampai la ke disko dan yang paling menarik minat aku pada masa tu ialah kaset Michael Jackson dia la hahaha.

Michael Jackson (cover album Thriller)
Antara album yang menjadi favorite aku sampai bila2
Pic cilok dari Google

Yang bertambah best lagi pasal zaman 80'an ni ialah lagu2 pop dari artis tempatan macam Ibnor Reza, Rahim Maarof, DJ Dave, Dato Shake, Rohana Jalil, Ramlah Ram, Zur Eda (aku suka lagu dia hihi) dan tak lupa juga band2 Rock time tu macam Search, Wings, Lefhanded, Junction, Belantara, May, Febians (sampai sekarang aku masih lagi menjadi die-hard fan band ni walaupun penyanyi nya dah bertukar menjadi Bandi Amuk) dan mcm2 lagi. Mak aku pada masa ni suka sangat suruh bapak aku belikan kaset2 untuk dia, mak aku pulak taste muzik dia mcm artis2 pompuan tadi (Rohana Jalil & Khadijah Ibrahim) manakala bapak aku, despite kerja dia sebagai part-time Deejay pada masa itu, dia pula cenderung ke arah band2 rock mcm yang aku bagitau tadi, tapi yang menjadi pujaan bapak aku dari dulu hingga sekarang ialah sebuah band bertaraf legenda iaitu BLUES GANG. Pernah jugak bapak aku bercerita kat aku tentang pengalaman dia jadi crew untuk konsert Blues Gang di Miri suatu ketika dahulu (kalo tak silap aku sekitar awal 80'an) dan dia juga pernah berborak2 dan turut menjadi rakan duet Ito (vokalis Blues Gang) semasa beliau menjadi guest singer di sebuah kelab malam di Miri. Aku mengiakan kan ajer cakap bapak aku, maklumla orang lama, kita dengar ajer la cerita dia kan, respect la kat dia. Tapi satu jer yang bapak aku menyesal sangat, dia tak sempat nak bergambar bersama Ito & the gang pada masa tu, ye la time tu mana ada h/p berkamera, h/p pun belom wujud lagi, nak beli kamera pulak mcm payah nak beli sebab mahal sangat. Walau apapun aku berbangga gak la dengan achievement yang bapak aku ada selama dia menjadi anak seni (tahap semi-pro). Entahla mungkin sebab tu kot darah seni muzik sentiasa mengalir dalam badan aku ni hehe (yukkk....apasal aku sebut pasal badan2 ni?)


Blues Gang
Antara band berstatus legenda di Malaysia
This is my dad's all time favorite band
Pic cilok dari Google jugak

Ok la kang aku sambung lagi pasal topik ni pada lain masa, until then aku attached video di bawah ni untuk korang tonton! Video ni aku buat masa aku tahap bosan gila waktu malam di hujung minggu, pastu boleh pulak terkenang lagu Zur Eda yang bertajuk "Pelitaku", aku suka sangat lagu ni masa kecik2 dulu hahah zaman innocent tahap cipan. The reason aku buat video ni adalah sebagai tribute to all local artists yang pernah famous pada zaman 80'an dulu. Hope u guys enjoy it as much as I do...Salute!



Details about this video:
Song Title : Pelitaku
Original Artist : Zur Eda

(excerpt for the ending chorus)
Song Title : Falling Slowly
Original Artist : Glen Hansard & Marketa Irglova

Satu penghargaan kepada muzik pop Malaysia era 80'an serta artis (Rahim Maarof, Rohana Jalil, Ramlah Ram, Zur Eda - of course, Khadijah Ibrahim, Dayangku Intan, Jay Jay, Kenny Remmy Martin, Ramli Sarip, Alleycats & many more)


2 comments:

  1. lagu kabut serangkai mawar (zaiton sameon) lagi layan...

    apa kata entri yg byk perenggan mcm ni ko letak bbrp gambar hiasan, xkisahla gambar sendiri atau gambar cilok dari mana2 (jgn lupa link asal) utk "merehatkan" mata pembaca yg xbiasa baca cerpen atau novel

    ReplyDelete
  2. ye tak ye jugak bro...hihihi komen membina ni....tq2....pics jugak amat penting bagi sesebuah entri supaya nampak menarik dan kurang stress ketika membacanya haha

    ReplyDelete

silakan memberi sebarang komen...whether it's good or bad

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...