Sunday, November 6, 2011

Penawar Hati : Sejarah Aidiladha & Tarikh-tarikh Penting Dalam Mengerjakan Haji


2 gambar di atas menunjukkan Kaabah yang terletak di Masjidil Haram, Mekah (pics courtesy of Googles)

Info berguna buat saudara-saudara muslimin dan muslimat!

Berikut merupakan petikan dari email Ketua Pengarah Eksekutif LHDNM (malas la aku nak reveal sapa dia) yang aku ambil dari PC ofis aku dan diharap ianya menjadi info yang bermanfaat buat kalian semua:

Persejarahan Hari Raya Aidiladha

Hari raya Aidiladha adalah perayaan terbesar yang disambut oleh umat Islam di seluruh dunia selain daripada perayaan Hari Raya Aidilfitri. Hari Raya Aidiladha disambut pada 10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah setiap tahun dan merupakan satu perayaan yang sangat istimewa dan bermakna buat umat Islam. Ini kerana, perayaan ini mengingatkan kembali umat Islam tentang kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s dan kesabaran anaknya dalam menunaikan perintah Allah s.w.t.

Terdapat satu keistimewaan dalam perayaan Aidiladha yang tidak terdapat dalam perayaan yang lain, iaitu ibadat korban yang dilakukan dalam tempoh empat hari bermula selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehinggalah sebelum terbenam matahari pada hari ke 13 bulan Zulhijjah.

10 Zulhijjah juga adalah merupakan tarikh di mana Nabi Adam a.s. dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum bertemu di pada Arafah.

Solat sunat Aidiladha juga biasanya diawalkan sedikit berbanding solat sunat Aidilfitri bagi memudahkan lebih banyak masa untuk penyembelihan korban.

Selain daripada itu, hari raya Aidiladha juga turut dikenali dengan hari raya Haji bersempena dengan selesainya ibadat haji yang ditunaikan oleh ribuan jemaah dari seluruh dunia pada setiap tahun. Secara ringkasnya, perjalanan ibadat haji adalah seperti berikut :-

§ Sebelum 8 Zulhijjah
Umat Islam dari seluruh dunia mula ke Masjid Al Haram, Mekah untuk melaksanakan tawaf haji.

§
8 Zulhijjah
Jemaah haji bermalam di Mina. Pada pagi tersebut, jemaah haji akan memakai ihram iaitu dua lembar kain tanpa jahitan sebagai pakaian haji, berniat haji dan membaca talbiyah kemudian berangkat ke Mina untuk bermalam di sana.
§ 9 Zulhijjah
Pada waktu pagi semua jemaah haji akan mula berangkat ke Arafah, melaksanakan ibadat wukuf sehingga ke waktu maghrib. Setelah itu, jemaah haji akan berangkat dan bermalam pula di Mudzalifah.

§ 10 Zulhijjah
Setelah berada di Mudzalifah, jemaah haji akan bergerak semula ke Mina untuk melaksanakan Jumrah Aqabah iaitu melempar batu sebanyak tujuh kali. Setelah melaksanakan ibadat cukur rambut, kebiasaannya jemaah haji akan menunaikan tawaf menyelesaikan haji atau bermalam di Mina untuk melaksanakan Jumrah Ula dan Wustha (Jumrah sambungan sehingga 12 Zulhijjah)

Kepada mereka yang belum berkesempatan atau masih menunggu seruan Illahi untuk ke Tanah Suci, banyak2an berdoa agar dimurahkan rezeki, diberikan kesihatan yang secukupnya dan dipanjang umur kita agar dapat mengunjungi rumah Allah (Masjidil Haram) suatu masa nanti. Amin Ya Rabbal Alamin.

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA

Di bawah merupakan video secara ringkas tentang pengertian ibadah Haji.




No comments:

Post a Comment

silakan memberi sebarang komen...whether it's good or bad

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...