Baru sahaja selesai menonton movie The Devil's Double, kisah mengenai Latif Yahia yg menjadi Body-Double kpd anak Saddam Hussein, Uday Hussein. Menjadi body-double ataupun "Fidai" (ada perkataan istimewa diberikan kepada pekerjaan sebegini di Iraq) bukanlah menjadi perkara baru. Saddam Hussein sendiri juga mempunyai body-double (bernama Faus Alamairi), dan ini menjadi ikutan anaknya si Uday Hussein.
Berdasarkan pengalaman sebenar, Latif Yahia merupakan seorang tentera yang pernah bertempur semasa peperangan saudara antara Iran & Iraq pada pertengahan dekad 80'an. Selepas perang tersebut, Latif dipaksa berjumpa dengan Uday Hussein, anak sulung Saddam Hussein yang kuat enjoy, mempunyai keinginan seks yang tinggi dan penghisap kokain yang tegar. Pada mulanya, Latif enggan mengambil jawatan sebagai Fidai kepada Uday, dan ini mengakibatkan Latif dikurung dalam penjara selama beberapa hari. Tanpa diberi pilihan, Latif terpaksa mengambil pekerjaan "gila" tersebut bagi kepentingan Uday sahaja. Latif juga dipaksa menjalani beberapa pembedahan ringkas seperti menghilangkan sebahagian kulit di mukanya dan aturan semula gigi. Kehidupan hedonistik Uday ini membuatkan Latif tidak tahan dengannya, dan ini diikuti dengan cubaan membunuh Uday pada penghujung movie tersebut. Akhirnya Latif beraya melarikan dirinya ke Eropah dan dikhabarkan dia telah menetap di Ireland serta mendirikan rumahtangga di sana.
My opinion about this movie, It's like watching a gangster movie, equal to The Goodfellas, Scarface & Casino, but with backgrounds of raging war & blood from the previous Gulf War. Ketepikan dahulu tentang adab serta budi pekerti orang Timur Tengah, filem ini terlalu banyak menceritakan tentang keburukan yang dilakukan oleh keluarga besar Saddam terutamanya si Uday Hussein. It's too explicit dan rasanya tidak sesuai ditonton oleh mereka yang berusia 18 ke bawah. Kepada mereka suka movie yang berkonsep gangsterism dan diadun sedikit dengan "perisa" peperangan dan jenayah, ini movie untuk anda. Wajib tonton kepada yg suka movie action/thriller/drama.rating: 3/5
Di bawah adalah trailer movie tersebut:

this is not your ordinary gangster movie...
ReplyDelete