Tuesday, November 15, 2011

MOVIE REVIEW : AL HIJAB (RELEASED 2011)

Poster Filem Al Hijab (Official)


Watak Rafael dengan momok yang secara licik masuk ke rumahnya


Assalamualaikum & selamat pagi,malam dan tengahari!

Sebelum aku memulakan review aku ni, baik aku ceritakan sedikit tentang movie ini. Sinopsis movie ini aku cilok juga dari blog ntah sapa ntah (namanya Atiq Salleh):

Al-Hijab mengisahkan Rafael merupakan seorang pelakon yang tidak mempercayai kewujudan hantu. Suatu hari dia ditawarkan watak utama untuk membintangi sebuah filem seram. Dia yang terkejut dengan tawaran tersebut sangat teruja dan berusaha untuk menjiwai peranannya sebaik mungkin. Malangnya Rafael tidak berjaya memperolehi perasaan takut yang dapat memuaskan hatinya.

Puas dia berkunjung ke tempat-tempat yang dikatakan berhantu tetapi tidak pernah melihat kelibat makhluk itu. Teman wanita Rafael, Qiss yang pelik dengan Rafael itu mengadu perkara tersebut kepada ibunya. Ibu Qiss kemudiannya memberitahu Rafael mengenai apa itu hijab. Rafael berpeluang untuk melihat makhlus halus jika hijabnya dibuka.

Namun, hanya orang tertentu saja mampu membuka hijab tersebut. Rafael yang semakin buntu mencari seseorang yang boleh membuka hijabnya akhirnya menerima mesej aneh yang mengarahkan dia untuk pergi ke suatu tempat. Hanya di tempat tersebut hijabnya akan dapat dibuka. Sejurus sampai di tempat yang dikatakan, Rafael disambut oleh seorang makcik tua bersama anak perempuannya. Rafael hairan bagaimana makcik tua itu mengetahui hajatnya untuk membuka hijabnya. Rafael dibawa ke suatu tempat di ceruk hutan. Di situ makcik tua tersebut mula membuka hijab Rafael. Dari pandangan yang kabur, perlahan demi perlahan akhirnya Rafael dapat melihat sesuatu yang menggerunkan.

Dia berasa cukup gembira berbaur takut. Rafael meminta masa sehari untuk dia menggunakan ‘kelebihan’ yang ada pada dirinya itu untuk tujuan menjiwai watak lakonannya. Pulang kembali ke rumahnya, Rafael tidak menyedari ada ‘sesuatu’ turut menumpangnya pulang. Mula berasa tidak selesa, Rafael cuba untuk tidur namun gagal. Ada saja benda yang seperti mengganggunya. Setelah hampir 24 jam hijabnya dibuka, Rafael kembali ke rumah makcik tua tersebut untuk menutup kembali hijabnya. Berjayakah hijab Rafael ditutup semula atau dia terpaksa meneruskan hidupnya dengan ‘anugerah’ itu
?


Pendapat aku pula


Plot ceritanya menarik, satu cubaan yang bagus oleh Pierre Andre. Rasanya tidak ramai pengarah filem hantu di Malaysia ini yang menyentuh tentang Hijab (Sempadan di antara pandangan mata kasar iaitu normal view dengan pandangan halus yang membolehkan kita melihat makhluk2 halus), mula2 aku rasa best juga apabila Pierre mengambil topik ini sebagai elemen utama movie ini.


Akan tetapi setelah selesai menonton movie, aku rasakan movie agak terlalu kecil untuk dijadikan sebuah filem. Mana tidaknya, setelah diamati filem ini sehingga ke penghujung, aku rasakan, alangkah eloknya filem ini hanya dijadikan telemovie untuk siaran di channel TV biasa. Pemilihan lead role dalam filem ini juga agak kurang sesuai, takkan takder aktor lain kot dalam Malaysia yang layak melakonkan watak Rafael ni? Nampak sangat si Pierre ni seorang control freak dalam pembuatan filemnya kali ini. Entahla, aku rasa produksi filem SERU (Pierre Andre jadi pengarah bersama dengan seorang pengarah Cina, aku dah tak ingat namanya) lebih ada kick dan meter seramnya hampir2 sampai tahap cuak sampai nak demam!


Pada permulaan movie ini, ada diselitkan sebuah cerita ringkas tentang kisah hantu yang dijadikan skrip untuk movie yang akan dilakonkan oleh Rafael (watak Pierre Andre dalam movie ni - kan dia melakonkan watak pelakon kan?). Walaupun movie selingan ini pada mulanya agak mengganggu, tapi aku rasa plot movie selingan ini lebih menarik dari jalan cerita asalnya. Kalaulah selingan ini dijadikan filem utama, aku rasa rating filem arahan Pierre Andre akan dapat review yang lebih bagus.


Rating aku pulak: 2/5

3 comments:

  1. "...alangkah eloknya filem ini hanya dijadikan telemovie untuk siaran di channel TV biasa"

    alaaa, klu masuk tv pun mesti diorg letak dlm channel astro warna, lps tu "paksa" org langgan channel tu, hampeh!

    ReplyDelete
  2. bagi aku ini movie langsung tak seram..dan satu lagi, watak Peirre andre aribba aribba terlalu cool bila berdepan dengan hantu...mana mungkin orang Malaysia/Asia x percaya hantu? damn.. satu lagi, takkan la susah sangat nak amik feel berlakon cerita seram...mengada je lebih watak rafael tersebut

    ReplyDelete
  3. ijau: hahah begitulah dunia skrg bro...semua corporate bast***s mau cari kantau lebih bro

    korawk: aku setuju dgn statement lu bro...tak
    logik la org asia (especially malaysian) x percaya dgn alam ghaib. aku mmg x puas hati dgn pemilihan lead actor dlm filem ni...pierre andre? apsal tak ambik Korawk Al Naseer jadi starring role? hahaha

    ReplyDelete

silakan memberi sebarang komen...whether it's good or bad

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...