Friday, November 25, 2011

Dekad 80'an - Filem Sci-Fi / Fantasi / Action yang menjadi kegilaan aku semasa kecil dahulu

Jika anda berusia dalam lingkungan 8 hingga 12 tahun dan hidup di dekad pertengahan 80'an (era kebangkitan filem sci-fi), anda sudah pastinya rasa familiar dengan movie2 yang akan aku buat ulasan di bawah. Kalau ada di antara kalian yang masih ingat, Channel RTM TV2 ada membuat satu slot movie bercirikan adventure & fantasi pada setiap malam Khamis bermula pada pukul 9 malam. Dulu mana ada HBO ataupun Cinemax, so mengharapkan slot movie macam ini disiarkan setiap khamis, itu pun sudah cukup puas menontonnya (dah takder pilihan lain lagi la katakan). Di antara filem2 yang menarik perhatian suatu ketika dahulu dan menjadi penyebab aku terjerumus ke arah seorang Movie-Addict hahaha:


Star Wars : A New Hope

Apa yang menarik pasal filem ini ialah ianya permulaan kepada movie2 Star Wars, kiranya menjadi permulaan kepada sebuah Saga. Filem arahan George Lucas ini sering dimainkan di kaca TV suatu ketika dahulu (Siaran TV2 la...mana lagi). Watak yang aku suka sekali ialah R2D2 dan C3Po haha robot2 yang sungguh kelakar! Di bawah merupakan trailer asal untuk movie ini.




Jaws
Filem arahan Steven Spielberg pertama yang menjadi blockbuster sedunia! Walaupun ketika ini beliau cuma mengambil tanggungjawab sebagai pengarah sahaja (belum lagi jadi penerbit eksekutif) akan tetapi movie ini tetap digemari dan masih digelar cult sehingga ke saat ini. Hanya berkisar tentang kisah serangan jerung di sebuah kawasan pekan yang berdekatan pantai, akan tetapi teknik animatronik (jerung robot) dalam filem ini merupakan satu kekuatan pada filem ini. Di bawah merupakan trailer asal filem ini:



E.T (Extra-Terrestrial)
Filem yang mengangkat nama Steven Spielberg sebagai mogul di Hollywood! Berkisar dengan watak seorang budak yang secara tidak sengaja terjumpa seekor makhluk asing dan mengambilnya menjadi seorang teman, ianya merupakan highlight terbesar dalam industri perfileman antarabangsa sehingga ke hari ini. Di bawah merupakan trailer untuk movie ini:




Close Encounter Of The Third Kind


Sebuah lagi filem Steven Spielberg (asyik2 mamat ni ajer yg buat movie - tapi itulah hakikatnya, pada dekad 80'an Mr Steven mula membina empayar movie-making nya). Filem ini mengisahkan pula tentang perjalanan beberapa individu yang ingin membuat contact dengan makhluk asing. Apa yang betul2 menarik tentang filem ini ialah reka bentuk Space-ship yang digunakan dalam filem ini yang lebih ke arah pembuatan model, masa itu mana ada CGI. Satu lagi yang best pasal movie ini ialah cara yang digunakan oleh sekumpulan Intelligence kerajaan USA yang berinteraksi dengan makhluk asing melalui bunyi-bunyian seolah2 seperti synthesizer. Agak kelakar jugak jika ditonton balik hahaha. Di bawah ialah trailer movie tersebut:



Alien

"In Space, No One Can Hear You Scream" itulah slogan penting yang ada pada filem ini. Ditayangkan secara premier pada tahun 1979, filem ini mengangkat genre sci-fi ke level yang lebih dark dan thriller. Filem ini juga menyaksikan perubahan pada pattern filem berbentuk aksi di mana karakter utama dipegang oleh Sigourney Weaver, pelakon wanita yang memegang watak Ripley. Filem ini kemudiannya mempunyai susulan part 2, yang diberi tajuk Aliens dan diarah oleh James Cameron. Secara peribadi, aku sebenarnya merupakan die-hard fan (kipas susah mati) franchise filem Alien ni, sehingga sekarang filem Aliens Vs Predators (AVP) pun aku collect DVD nya. Apa yang lebih ekstrim lagi ialah aku juga pengumpul action-figure Alien...huhu i'm such a hoarder. Di bawah merupakan trailer filem berkenaan:




The NeverEnding Story

Filem yang diadaptasikan dari sebuah novel karangan novelis German iaitu Michael Ende, filem ini merupakan sebuah cerita fantasi yang melangkaui batas pemikiran kanak-kanak pada dekad 80'an dahulu. Pernah menjadi filem termahal dari segi pembikinan pada era 80'an dahulu, filem ini juga merupakan permulaan kepada sequel kepada 2 lagi filem berkaitan dengan NeverEnding Story. Sinopsisnya agak ringkas di mana seorang budak lelaki yang suka membaca, sering dibuli di sekolah, menemuai sebuah buku misteri yang didapati di sebuah kedai buku. Pada suku pertama filem tersebut, budak lelaki tersebut kemudiannya secara tidak sengaja masuk ke alam fantasi yang terdapat di dalam buku misteri tersebut. Pada pendapat aku, filem ini merupakan pencetus kepada idea untuk pembikinan filem fantasi yang lain (aku nak namakan filem yang lain tu pun aku dah tak ingat haha aduyai). Anyway di bawah merupakan trailer movie tersebut:




Ada banyak lagi filem2 bercorak fantasi yang menjadi kegemaran aku ketika masih kanak-kanak dahulu, di atas cuma sebahagian sahaja yang mampu aku ingat namanya. Masing-masing di antara kita mempunyai pilihan2 movie yang kita suka, bagi aku pula, 6 filem di atas merupakan permulaan kepada ketagihan aku menyukai filem2 yang bergenre fantasi dan aksi. Damn, cepat sungguh masa berlalu, kini filem2 yang berbentuk sci-fi lebih ke arah penggunaan kaedah CGI secara total, walhal dahulunya di era 80'an, filem2 sci-fi pula menggunakan kaedah yang agak tradisional tetapi realistik contohnya seperti pembikinan model2 robot, animatronik (robot yang dikawal oleh remote control), lokasi dan set yang diubah mengikut idea "gila" pengarah dan yang penting sekali, plot cerita yang menarik dan out-of-this-world! Akhir kata aku, May The Force Be With You!

4 comments:

  1. klu ko perasan super computer dlm filem "alien" mmg terlalu "advance" hahaha!

    (aku rasa ko ptt disable word verification tu, leceh la)

    ReplyDelete
  2. hihihi sori bro ijau, aku x reti la nak disable word verification tu...tlg ajar aku huhuhu

    ReplyDelete
  3. super computer dalam cerita Alien tu bawak lampu LED hahaha....memang "advance" baik punya!

    ReplyDelete

silakan memberi sebarang komen...whether it's good or bad

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...