Wednesday, January 4, 2012

Dekad 80'an : PREDATOR Movies And How It Effected My Life!

The First Movie Will Always Be The Best!

Kepada mereka yang sebaya dengan aku, anda mungkin masih teringat situasi ini masa kecil2 dahulu semasa asyik menonton movies di TV dahulu. Kalau kita imbas kembali, TV2 (iaitu RTM Siaran 2) pernah mempersembahkan beberapa slot movies untuk genre aksi setiap hari khamis malam jumaat (kadang2 ianya disponsor oleh syarikat rokok haha). Seringkali juga disiarkan filem2 hebat masa dahulu seperti First Blood, Rambo 2 & Rambo 3 (lakonan Sylvester Stallone) serta Commander, Terminator 1, dan semestinya Predator (lakonan Arnold Susah-nak-eja ops salah Arnold Schwarzenegger). Ya! Mungkin ramai yang akan berkata, Predator 2, Alien Vs Predator, AVP Requiem dan Predators lagi best tapi, harus diingat, franchise pertama (Predator 1) inilah yang memulakan sensasi kepada persepsi masyarakat tentang makhluk asing yang ganas bernama PREDATOR ini!

Poster Rasmi Untuk Filem "Predator" Lakonan Arnold Schwarzenegger

PREDATOR (diriliskan pada tahun 1987)
Rasa2nya aku pertama kali menonton filem ini kalau tak silap aku dalam tahun 1989 (masa tu aku masih darjah 2) lepas balik dari kelas karate waktu malam (haha agak cliche untuk kanak2 zaman aku). Apa yang membuat aku terpesona dan hampir tidak terkebil2 mata menonton filem ini ialah storyline nya. Skrip filem ini dibuat oleh dua orang adik beradik berbakat dalam penulisan skrip kreatif iaitu Jim dan John Thomas. Pada era 80'an dahulu, cerita sebegini yang mencampurkan elemen aksi, adventurous dan horror cukup popular ketika itu.

Siapa boleh lupa dengan watak yang dibawakan Arnold dalam filem ini iaitu Mejar Dutch yang selaku menjadi ketua kepada geng2 komando untuk misi menyelamatkan seorang menteri dari tahanan sebuah pasukan gerila di Val Verde, Guatemala. Lepas itu, part yang paling suspense ialah apabila sorang demi sorang daripada geng2 komando tersebut mati dalam keadaan mengerikan setelah selesai menyelesaikan misi berkenaan. Part paling climax dalam filem ini ialah di penghujungnya apabila Mejar Dutch bertarung dengan makhluk Predator tersebut di dalam kawasan paya pada waktu malam, lepas tu, kompem la Predator tu kalah (takkan hero plak mati!) part paling canggih ialah apabila Predator tersebut show-off alat timing bomb nya sambil ketawa dalam keadaan mengerikan!

Ramai yang tidak mengetahui bahawa makhluk Predator ini direka oleh Stan Winston Studio yang juga bertanggungjawab mereka beberapa creatures dan special make-up effect untuk beberapa filem ternama seperti Alien, Aliens, Terminator, Edward Scissorhands, Jurassic Park, End of Days dan bermacam2 lagi filem yang melibatkan penggunaan animatronik serta kesan khas yang lain. Apa yang menjadi trademark kepada rekabentuk pada muka Predator ialah belahan 4 penjuru pada mulutnya dan rambut dreadlock! (inspirasi mungkin diambil dari wajah Bob Marley kot haha)

Rekaan asal untuk makhluk Predator (pic cilok dari Todd Mcfarlane Website)

Beberapa fakta menarik tentang filem tersebut:
1. Tajuk asal untuk filem ini sebenarnya ialah "The Hunter"
2. Watak Predator dalam filem ini sebenarnya dilakonkan oleh Jean-Claude Van Damme, akan tetapi beliau menolak tawaran tersebut di saat akhir atas alasan kustom tersebut "terlalu panas dan lembik" (dasar ego seorang action superstar!)
3. Semasa sesi pengambaran dilakukan di kawasan hutan Mexico, kebanyakan krew serta pelakon ekstra mengalami penyakit Diarrhea (cirit-birit) yang teruk akibat daripada bekalan air yang tidak bersih
4. Wajah Predator sepatutnya menyerupai itik!
5. Pengarahnya, John McTiernan pernah menjadi orang yang dikehendaki oleh FBI!
6. Sampai ke hari ini, kita masih tidak tahu apa nama yang spesifik untuk makhluk asing yang hanya digelar "Predator" ini (asal dari planet mana, spesis apa)


Trailer Rasmi Untuk Filem "Predator" (1987)

Predator in my day-to-day life!
Kira2 dua hari lepas, aku terserempak dengan sebuah kereta Mitsubishi Lancer yang mempunyai lukisan (teknik air-brush) Predator di atas bonnet depan nya. Dalam hatiku berkata, mesti orang yang empunya kereta ni memang die-hard fan untuk filem Predator haha. Tapi tak kesah la, janji aku dapat ambil pic yang eksklusif ni (lihat pic di bawah) untuk aku share di dalam blog. Boleh tahan juga la design Predator ni!

Kereta Mitsubishi Lancer yang aku cakap tadi!

Dalam tahun lepas juga, apabila orang lain tengah sibuk bershopping di shopping mall beberapa hari sebelum Hari Raya, aku pulak TERbeli t-shirt Predator (lihat pic di bawah) sebab design nya cantik dan awesome! Tag tee ni ialah Heavy Metal (tak pernah aku dengar pun, mungkin production dari Siam kot) dan bersize L. Aku beli t-shirt ni di kedai REMIX di Parkcity Mall (di Bintulu, Parkcity Mall ni ajer la Shopping Complex yang kami ada huhu sedihnya)

T-shirt Predator yang aku maksudkan tu! Awesome!

P/S: Azam tahun baru = nak kumpul action figure Predator? Ermmm....tengok la dulu. Kang tak pasal2 kena buang dalam tong sampah oleh orang rumah aku haha takut malaikat tak nak masuk rumah katanya.

7 comments:

  1. fakta no 5. (yg kedua, sbb ada 2 kali no. 5):

    nama spesis predators ialah yautja & hish
    (info menurut sumber wikipedia)

    ReplyDelete
  2. bro ijau: haha sori2 aku dah buat pembetulan, skrg ada no. 6. Aiya, sori bro rupa2nya ada nama saintifik utk Predator, tapi nama2 tersebut x pernah dinyatakan dlm filem2 nya. huhu sedih.

    ReplyDelete
  3. 1987…zaman sewa tape VHS…aku sekolah menengah dah…alam remaja…taste aku pasal wayang dah mula berubah...so aku dah kurang gemar cerita2 genre camgini…antara filem fav tahun tu yang aku ingat..."The Untouchable","Full Metal Jacket","Lethal Weapon","Good Morning Vietnam", "Empire Of The Sun"....

    tapi ntah kenapa aku tak suka Predator...tapi boleh jer aku layan Robocop...heheh...

    ReplyDelete
  4. bro berteromber: mungkin disebabkan rambut Predator kot yang bro tak berkenan haha gurau ajer bro. movie "Empire of the Sun" to merupakan filem arahan Steven Spielberg yang cerita psl peperangan Jepun menawan Hong Kong dan China tapi ironi nya, watak utama dalam filem tu ialah seorang budak berkulit putih lakonan Christian Beil (Batman Begins & Dark Knight), layan jugak movie tu bro..."Hambuger Hill" macam mana bro? masih ingat lagi x?

    ReplyDelete
  5. yer...lupak pulak Hamburger Hill...salah satu filem perang vietnam terbaik pada aku...tak payah pakai pelakon popular pun...aku ada vcdnya...beli zaman mula2 ujud vcd...dah patut upgrade ke dvd ni..

    ReplyDelete
  6. aku ada tengok DVD hard-casing untuk movie "hamburger hill" semalam kat kedai DVD...

    ReplyDelete
  7. FB Malaysian Predator Clan

    ReplyDelete

silakan memberi sebarang komen...whether it's good or bad

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...