Monday, January 2, 2012

NEW YEAR'S BUSKING DAY OUT! Bersama Bintulu Buskers & Rakan-Rakan!

It's Busking Day Out For The New Year of 2012!!

Beberapa hari sebelum masa kejadian (Busking Day Out), saudara Marus Kamaruddin a.k.a. Barangkali Marus @ Ruska Marus, telah menyiarkan sebuah poster mini yang menyatakan info tentang gathering para-para buskers yang ada di Bintulu pada tarikh keramat iaitu 1 Januari 2012 (Hari pertama dalam tahun 2012). Tempat yang dicadangkan ialah Bintulu Waterfront Promenade dan akan bermula pada pukul 4:30 petang (janji Melayu). Saudara Marus yang juga merupakan antara ahli-ahli terawal dalam komuniti buskers ini juga (melalui poster tersebut) mempelawa sesiapa sahaja yang berminat untuk menyertai aktiviti sihat sebegini agar datang pada tempat dan masa yang ditetapkan melalui laman web Facebook (group Bintulu Buskers)

Sepertimana yang pernah aku terangkan dalam entri yang lepas (rujuk entri Another Year Gone By 2011, Here Comes 2012!), Bintulu Buskers merupakan sebuah komuniti yang tidak perlu diperkenalkan lagi di Bintulu. Berteraskan muzik akustik dan lagu2 rakyat, komuniti ini telah mengumpul ramai pengikut yang terdiri daripada remaja-remaja yang berminat ke arah muzik berbentuk busking. Selain menjayakan acara2 seperti jamuan makan malam, resepsi perkahwinan, persembahan di event2 kerajaan/swasta, mereka juga sering mengadakan sesi busking di Bintulu Waterfront Promenade (tempat yang akan diadakan New Year's Busking Day Out itu).

Aku datang agak awal pada petang itu (1 Januari 2012) kira2 dalam pukul 4:15 begitu, bersama anakku Ainul Maisarah dan 2 orang lagi anak buahku. Tidak lama kemudian, disusuli pula dengan beberapa rakan buskers yang lain. Di bawah merupakan beberapa aksi yang sempat diambil melalui kamera digitalku.

My dear Ainul Maisarah (kiri) bersama anak buahku Aida Syamimi (kanan)

Sebelum ketibaan para buskers, aku sempat bermain dengan Ainul dan Aida, siap bawak basikal pink Ainul lagi tu, ronda2 dalam kawasan waterfront tu ajer

Tepat pukul 4:45 petang (sepatutnya start pukul 4:30 pm haha) kami para2 buskers memulakan sesi busking


Antara lagu2 yang didendangkan pada petang tersebut ialah:
  1. Anak Kampung (dari Jimmy Palikat)
  2. Gadis Sarawak (dari Hasnol - famous semasa awal dekad 90'an dulu)
  3. Munajat Cinta (dari The Rock - projek band Ahmad Dhani dari Dewa 19)
  4. No Woman No Cry (dari Bob Marley)
  5. Ikhlas Tapi Jauh (dari Zainal Abidin)
  6. Sungai Lui (dari Aizat - lagu ni setengah jalan saja sebab ramai yg tak hafal lirik haha)
  7. Bidadari (dari Cozy Republic - sebuah band reggae dari Indonesia)
dan banyak lagi lagu yang aku dah tak ingat tajuknya...

Aku (paling kiri) bersama Ukulele Samick (Greg Bennett Model UK 50) ditemani dengan rakan2 buskers yang lain (dari kanan: Hazzika, Chas dan Rezal)

Saudara Hazzika (paling kiri), Es Oasis (tengah) dan Naqie (paling kanan) sedang asyik mendendangkan lagu "No Woman No Cry" - wajah brader Nasuki terlindung oleh kepala gitar (paling kanan sekali)

Wajah buskers yang santai dan girang menghiburkan pelawat2 yang datang ke Waterfron pada petang tersebut, paling kanan sekali ialah Ustaz Norudin a.k.a. Ustaz Cahaya yang juga rakan blogger (tak sangka ustaz pun sudi join aktiviti begini, ini maknanya busking is not a crime...haha)

Kelihatan bro Iskandar (dua dari kanan) sedang asyik memukul Djembe kepunyaan saudara Marus Kamaruddin. Juga boleh dilihat dari belakang, pelawat2 sedang asyik memerhati kami haha

Pandangan hadapan: Di sinilah (bulatan kompas @ Bintulu Waterfront Promenade) kami para-para buskers berkumpul hampir setiap minggu jika ada masa terluang, untuk menghiburkan para pengunjung yang datang sambil mencungkil bakat masing2 dalam seni persembahan muzik akustik (pic diambil atas izin oleh saudara Es Oasis)

Tabir senja sudah tiba, jam menunjukkan pukul 6 petang. Aku terpaksa membawa anak dan nieces aku balik ke rumah. Tanggungjawab seorang ayah la katakan haha...anyway sesi busking tamat sebelum maghrib (seperti biasa), thanks for the experience, guys!


P/S: Jutaan terima kasih aku tujukan kepada rakan buskers yang sudi mempelawa aku untuk join sesi busking ini (saudara Hazzika, Marus, Chas, Es, Nasuki, Naqie, Acim, Rezal, Iskandar, Ustaz Norudin dan yang lain yang mungkin aku lupa nama mereka...i'm sorry). Kepada rakan blogger yang lain, inilah kami yang sebenar. Walaupun sudah meningkat usia, perjuangan dalam bidang seni masih belum selesai. Masih banyak lagi yang perlu dipelajari. Sila beri tunjuk ajar jika kami melakukan kesalahan dan sebagainya. Bro Kaboi Tanduk, hope you like this one!

8 comments:

  1. uih kalau ada 12-string ni... main lagu "the bard song"

    ReplyDelete
  2. bro ijau: haha 12-strings Ashton yang kau ada dulu tu memang sesuai untuk aktiviti busking bro...huhu kisah lama janganlah dikenang hahah

    ReplyDelete
  3. respek la bro, siap ada komuniti lagi. plus, ustaz pun ada. kan bagus kalau menteri kita nampak aktiviti sihat camnih..

    ReplyDelete
  4. bro kaboi: sebab itu juga kami kadang2 ikut function dari pihak Rakan Muda (KBS) supaya dapat memperkenalkan n mempromosikan lagi komuniti ini kepada umum, disamping untuk mencari bakat2 baru. Next time aku cuba buat sesi interview dgn pengasas pergerakan ini, how it all started n apa misi / visi komuniti ini.

    ReplyDelete
  5. yb talib zulphilip pernah la bagi isyarat tangan thumbs up masa nya jogging petang2 ari kat waterfront cya time ya aku tengah seronok membuskingkan diri.....apa pun terimakasih atas bahan cerita tok....ingin aku shared juak kat fb...kalau di ikiutkan ada gik yg sik pat datang...apapun terimakasih adi herman...

    ReplyDelete
  6. bro Marus: no prob bro, tanggungjawab kita bersama untuk mengangkat scene music independent di Bintulu tok!

    ReplyDelete
  7. Sesi busking paling best masa tok. Full busker turun... Hehe

    ReplyDelete
  8. wee.. ari 2 aku ad ke bntulu.. kazen aku kwin... kowg pfom.. mmg baek la... =)

    ReplyDelete

silakan memberi sebarang komen...whether it's good or bad

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...