Tuesday, March 20, 2012

Pics Study Room Aku (Or Should I Say...The Rock Room!)

The Rocking Room!

My little family sudah hampir 4 tahun menetap di Flat Kuarters Kerajaan di sebuah universiti tempatan di sini. Since that my wifey menjawat pekerjaan sebagai seorang pembantu perpustakaan di IPTA tersebut, so amat mudahlah untuk kami sekeluarga menetap di flat berkenaan. Walaupun hakikatnya elaun perumahan dipotong daripada gaji haha.

Rumah kami tidaklah sebesar mana pun, cuma ada 2 buah bilik tidur, ruang tamu dan dapur serta toilet yang cukup kami yang berkeluarga kecil sahaja. Kalau ada anak sampai 10 orang alamatnya sesak jugak la rumah ni dibuatnya haha.

Anyway, fokus kita bukanlah pada rumah aku ni, akan tetapi pada bilik belakang yang asalnya menjadi guest room jika ada tetamu yang datang untuk ziarah semalam dua. Akan tetapi bilik ini jugalah menjadi studio jamming mini aku disebabkan ianya juga berfungsi menjadi storage space untuk aku menyimpan alatan muzik yang dah lama aku simpan dan kumpul untuk aku jadikan aset semasa hari tua kelak haha. List2 music instrument aku boleh refer dengan entri blog aku yang terdahulu iaitu Another Year Gone By (2011). Ops! ada penambahan terbaru iaitu Ibanez GAX30 aku haha.

Beberapa koleksi alatan muzik, meja laptop serta koleksi DVD/CD aku


Bilik ini multi-purpose sebenarnya, boleh jadi tempat jemuran pakaian di kala hari mendung di luar rumah, boleh jadi studio jamming mini or guest room (just like i said) dan semestinya ianya juga tempat untuk aku mencari idea dalam menulis blog2 aku ni (Molotov Cocktailz ataupun Metuk Ulau Underground Voices). Selain daripada itu ianya juga berfungsi menjadi studio untuk aku buat rakaman video muzik tahap amatur aku (video performance secara akustik bawak lagu cover artis2 tertentu, sila rujuk youtube channel aku) hahah hobi buang masa di malam hujung minggu.

Terdapat pada meja laptop aku juga beberapa koleksi CD yang sekian lama aku simpan, meliputi wide range of genre, dari alternative ke metal, grindcore ke rapcore, lagu klasik (Ramli Sarip & M Nasir) hinggalah ke band2 indie yang old school / evergreen seperti Nice Stupid Playground, OAG, The Times, The Cranberries, Oasis dan sebagainya. Koleksi DVD pula merangkumi konsert Iron Maiden, Sil khannaz Bootleg Live, HIM Video Collection, Ozzfest 10th Anniversary dan beberapa lagi yang malas aku nak taip title nya. Bukannya aku nak jual pun haha. Koleksi DVD/CD aku ni terdiri dari bermacam2 jenis, dari original hinggalah ke versi Cetak Rompak (well nak buat macam maner...aku pun macam korang jugak, bersubahat dalam merosakkan industri muzik kita secara tidak sengaja huhu sedih!)

Meja Laptop yang banyak berjasa dengan aku. Atas meja tu ada Majalah Karisma yang secara eksklusifnya mempunyai signature Syaithan dari Impiety dan jam dinding As Sahar


Kadang2 aku suka melukis kartun / karikatur di bilik study ni, sambil layan melukis bersama anak aku si Ainul (my sweet Ainul cuma melukis pada kertas biasa & guna krayon sahaja while aku pula dengan Drawing Paper & mechanical pencils serta beberapa alatan lukisan lain). Tapi sekarang ni amat jarang untuk jari jemari aku berkecimpung dalam arena melukis kartun lagi, disebabkan aku asyik fokus dalam dunia muzik sahaja ermmm ntah la...sebaik2nya aku fokus on the family la...hobi bermuzik ni pun sepatutnya aku perlahankan sikit momentumnya disebabkan aku sekarang sudah berkeluarga. Anyway apa2pun bilik ini tetap memberi beribu macam inspirasi dalam berkarya untuk aku, any given time!

This video is dedicated to my study room haha (bangang punya tribute! Apa kaitan garage dengan bilik?):

Weezer - In The Garage (Live Performance)

Saturday, March 17, 2012

Secret Weapon : Ibanez GAX30 (Harta Pusaka Untuk Turun Temurun)

Are You Ready To Rock?

Ibanez GAX 30 with black color (Chrome)

Pada beberapa hari lepas (kira2 pada hari Isnin begitu), entah kenapa hatiku tergerak untuk ke Zoso Music Shops untuk membeli sebuah gitar Ibanez GAX30. Sebelum itu aku dah usha awal2 gitar ni, apa yang menarik minat aku ialah ianya gitar jenis double-cut dan a copy design of Gibson SG model.

Semestinya Ibanez

Semasa proses pembelian, aku diberi harga diskaun untuk gitar ini (harga asal RM750 tapi dikurangkan ke RM720 sahaja haha) tapi aku rasanya harga itu sesuai untuk East Malaysia punya market, jika kita ambil kira dengan kos penghantaran serta mark-up untung dari pihak penjual. Apa2pun atleast aku diberi beberapa item percuma seperti cable serta guitar strings (strings Olympia EGS 500). Well aku setuju dengan pendapat bro Ijau tentang harga gitar ini, apa boleh buat, dah terbeli dah bro hahah...racun punya pasal!

Antara barangan yang come together dengan gitar ni (bag gitar jenama SX tu aku beli, bukan percuma)

Sebenarnya aku tak reti nak review barangan instrumen muzik ini, aku pun masih belajar dalam hal2 yang melibatkan teknikal ni. Tapi apa yang pasti, memang planning aku awal2 tahun ni lagi, nak beli gitar baru (setelah gitar elektrik lama aku dah dijual kepada pembeli dari Limbang tahun lepas), bukannya apa, aku jual gitar tu dulu pun disebabkan aku tak berapa puas hati dengan pick-up gitar tu. Sekaligus menyakinkan aku untuk beli gitar Ibanez yang original daripada guna Ibanez copy yang tidak berjenama (yup gitar lama aku tu hanya copy sahaja). Diharap bro Ijau dapat beri komen serba sedikit tentang gitar Ibanez GAX30 ni sebabkan beliau juga pernah memiliki gitar yang hampir sama seperti ini, lagipun hal2 review barangan muzik ini, beliau lebih expert.

Ini beberapa info ringkas yang aku dapat dari Google:
  1. Produced by most countries in Asia (not Japan but mostly by China)
  2. Have 22 Frets and Humbucker Pickups
  3. Finished in Solid Color
  4. The neck is quite thin
  5. The finish is of high quality
  6. Categorized as an entry-level category guitar (the tuner and the pick-up is a bit lower quality than the costly production guitars)
  7. Features a functioning tone control
Ini pula beberapa info dari Ibanez.com tentang gitar ini:
  1. Neck type : GAX Maple Neck
  2. Body : Agathis / Basswood (bukan Mahogany Body ok!)
  3. Frets : Medium Frets
  4. Bridge : Fixed Bridge
  5. Neck pu : STDH1 (H) neck pu
  6. Bridge pu : STDH1 (H) bridge pu
  7. Hardware color : Chrome
Ini pula manual untuk gitar Ibanez GAX30 dalam format pdf file:
Hanya perlu klik link ini Manual for Ibanez GAX30

Made In China

Ini pula review gitar dalam bentuk video (sumber Youtube.com):



Sunday, March 11, 2012

Resepi Rahsia : Cara-Cara Untuk Membuat Doh Roti Serta Sekaya Home-Made!

Roti yang belum diletakkan dan dimasak ke dalam oven, pelbagai saiz dan perisa

Minggu lepas, my sweet wifey bersama dengan beberapa ahli keluarga aku ada membuat sesi masak memasak di rumah parents aku. Apa yang menariknya tentang sesi ini ialah ianya berkaitan dengan ROTI, the basic methods of making that tasty little thing! Ianya lebih kepada cara2 membuat doh roti (perkara paling asas dalam penyediaan awal untuk membuat makanan seperti roti bantal atau berinti, pizza, roti canai, tossei dan sebagainya).

Aku cuba bertindak sebagai pemerhati dan tester makanan tersebut (obviously ini sahaja fungsi orang lelaki di dapur secara majoritinya hahah). Istimewanya tentang doh roti buatan dari rumah ini ialah kita sendiri dapat tentukan berapa sukatan ramuan yang kita sendiri kehendaki, berbanding yang ada terjual di kedai2 di luar sana. Kadang2 kita selalu komplen tentang makanan di luar, ermm kalau seringkali berhadapan dengan masalah sebegini, apa salahnya mencuba untuk membuat sendiri roti.

Alhamdulillah my wifey seorang yang cekap dan passionate kalau bab masak memasak ni. Seperti entri yang lepas tentang my wife's passion of cooking (iaitu Antara Secret Recipe & My Wife's Passion), dulu cerita pasal kepakarannya memasak cupcakes, kali ini pula lebih kepada pembikinan roti serta inti atau cecahnya nya:

Di bawah merupakan resipi yang aku maksudkan tadi:

ROTI PAUN BAKAR / ROTI BANTAL / DOH PIZZA

1. TEPUNG GANDUM 1 KG

2. IBU ROTI 1 ½ BUNGKUS

3. PLANTA 1 SUDU BESAR

4. SHORTENING 1 SUDU BESAR

5. ½ SUDU GARAM

6. BREAD IMPROVER ½ SUDU (PELEMBUT ROTI)

7. GULA SETENGAH GELAS

8. AIR GELAS

CARA MEMBUATNYA:

GAULKAN SEMUA BAHAN DALAM MESIN ATAU GAUL DALAM MANGKUK BESAR. BOLEH MENGGUNAKAN MIXER JUGA. SEMENTARA MIXER MENGGAULKAN SEMUA BAHAN, MASUKKAN AIR SEDIKIT DEMI SEDIKIT KE DALAM ADUNAN. SETELAH ADUNAN SUDAH SEBATI, BIARKAN DOH DIREHATKAN SEBENTAR. JIKA ANDA SUDAH MAHIR MEMBUAT DOH INI, MAKA ANDA BOLEG MEMBUAT IMPROVISI DALAM MAKANAN CONTOHNYA ANDA BOLEH MEMBUAT PIZZA ATAU ROTI CANAI DAN SEBAGAINYA YANG BERASASKAN ROTI.

Manakala untuk cecah atau intinya pula:

SEKAYA (RESIPI TURUN TERMURUN DARI FAMILY MAK AKU haha)

  1. TELUR (3 HINGGA 4 BIJI)
  2. TEPUNG SEMANGKUK
  3. SANTAN 5 MANGKUK
  4. DAUN PANDAN (IKUT RASA)
  5. GULA (IKUT RASA)
  6. PEWARNA KUNING
CARA-CARA MEMBUATNYA:
CAMPURKAN SEMUA BAHAN (DIADUNKAN SEKALI) DAN MASAK DI ATAS DAPUR API SEHINGGA PEKAT. LETAKKAN PEWARNA KUNING SEMASA DIMASAK DAN GAUL SEHINGGA PEKAT.

So there you are, resepi2 yang boleh dikongsikan bersama. Walaupun aku ni tak reti dalam bab masak memasak ni, tapi at least inilah sumbangan aku dalam industri kulinari di Malaysia haha (apekebenda tu?).

Sunday, March 4, 2012

Akhirnya, selesai sudah entri untuk review gig OPENING SEASON GIG 2012!

Opening Season Gig 2012 bertempat di Telaga Kumang Karaoke & Lounge

Di antara band-band yang terlibat di dalam gig tersebut ialah:
  1. Curse Of God (Black Metal)
  2. Metuk Ulau Projekt (Iron Maiden Tribute Band)
  3. A Day We Remains (Deathcore / Post-Hardcore)
  4. D Blade (Old School Heavy Metal)
  5. Ana & The Scene (Alternative / Indie)
  6. Burning In Motherland (Groove Metal / Metalcore)
  7. The Once (Alternative / Reggae)
  8. Sub.Urban (Nu-Metal)
  9. Regiment Of Kid-Do-Wrong (Alternative / Modern Rock)
  10. Ex Post Facto (Nu-Metal / Rapcore)
  11. Jammdeskool (Nu-Metal from Kanowit! Thanks for the support guys!)
  12. Erectus (Black / Death Metal)
  13. Brightest Light (Deathcore / Post Hardcore)
  14. The Pinokio (Punk / Oi!)
  15. Crushing Machine (OAG Tribute Band)
  16. Band misteri! (tetiba bawak sebuah lagu sahaja yang bertajuk "Chemistry Between Us" from Butterfingers)
Letihnya menaip, perghh dah la seminggu ni aku tersangat la sibuk di pejabat. Tak sempat nak buat entri tentang Opening Season Gig yang dianjurkan oleh aku dan rakan2 pada 25hb Februari 2012 yang lepas. Walabagaimanapun aku tetap menggagahkan diriku untuk buat review tentang gig ni, kalau bukan kita, siapa lagi yang akan memartabatkan muzik tempatan kita? Betul tak? Apa2pun harap kalian enjoy reading the review, hanya perlu klik link di bawah:

Review Gig : Opening Season Gig 2012 (Pada 25hb Februari 2012 bertempat di Telaga Kumang Karaoke & Lounge, Tg. Batu, Bintulu, Sarawak)

P/S: Lepas kejadian gig ni, hampir seminggu aku sakit tulang belakang dari leher sampai ke pinggang disebabkan terlalu banyak mengikuti aktiviti moshing, headbanging dan Wall Of Death! Warghhhhh menyesal tak sudah!

Saturday, March 3, 2012

LAMB OF GOD : RESOLUTION (At last, the new album is out!)


NOW YOU GOT SOMETHING...NEW TO LISTEN TO!

Akhirnya setelah 2 tahun sibuk dengan tour seluruh dunia dan sepi tanpa sebarang material baru, kini Lamb Of God kembali dengan santapan terkini mereka yang bertajuk RESOLUTION! Raksasa metal ini kembali dengan beberapa koleksi lagu2 mereka (sebanyak 14 tracks kesemuanya), single terbaru daripada album ini bertajuk "Ghost Walking" (single pertama mereka yang release pada 5 Disember 2011 yang lepas). Manakala album ke-tujuh Lamb Of God ini pula tersenarai buat pertama kalinya pada Billboard Chart Top 200 pada bulan Februari lepas dan debut pada kedudukan 3 dalam Rock Chart.

Tracklist untuk album Resolution ini adalah:
1. "Straight for the Sun" 2:28
2. "Desolation" 3:54
3. "Ghost Walking" 4:30
4. "Guilty" 3:24
5. "The Undertow" 4:46
6. "The Number Six" 5:21
7. "Barbarosa" 1:35
8. "Invictus" 4:12
9. "Cheated" 2:35
10. "Insurrection" 4:51
11. "Terminally Unique" 4:21
12. "To the End" 3:49
13. "Visitation" 3:59
14. "King Me" 6:36

Review aku pula:

Pada pendapat aku, feel pada album ini sama sahaja seperti 2 album terdahulu iaitu "Sacrament" dan "Wrath", groove metal yang seakan di reproduce sahaja sound nya. Mungkin dah ketandusan idea, entah la. Mungkin disebabkan intro pada album ini yang berjudul "Straight From The Sun" agak kurang menyakinkan disebabkan feel yang ke arah Sludge dan hampir2 Doom. Akan tetapi mood kembali berubah apabila beralih ke track kedua iaitu "Desolation", seolah ingin mengembalikan era New Wave Of American Metal semasa awal kemunculan mereka dahulu (circa 2000 hingga 2006).

Mungkin sound mereka tidak lagi sehebat 3 album sebelumnya iaitu "New American Gospel", "As The Palaces Burn" dan "Ashes Of The Wake" akan tetapi mutu permainan gitar Mark Morton serta diiringi riff2 hebat dari Willie Adler tetap ada kick dan semakin bagus skill nya. Mark Morton mula menunjukkan skill solo nya pada album "Sacrament", sebelum itu mereka lebih ke arah riff-oriented metalcore band, akan tetapi solo beliau lebih ke arah Blues dan Old School Metal (boleh rujuk DVD mereka sebelum ini yang bertajuk Walk With We In Hell, di dalamnya ada sesi interview bersama beliau dan sedikit show-off pada teknik solo Blues beliau).

Akhir kata, bagi penutup entri ini, aku hidangkan kepada kalian semua sebuah video terbaru mereka yang berjudul "Ghost Walking" (single terbaru yang diambil dari album Resolution):



Lamb Of God : Official Video For "Ghost Walking"



Yang ini pula versi live untuk lagu yang sama, "Ghost Walking", agak kelakar jugak melihat Randy Blythe buat rambut Dreadlock hahaha

P/S: Teramatlah menyesal sebab melepas lagi peluang untuk menonton konsert mereka di Singapore bulan Februari lepas, diorang jadi opening act untuk Judas Priest. Ini merupakan kali kedua mereka ke Singapore, sebelum tu kalo tak silap aku pada tahun 2010 semasa promo album "Wrath".
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...