Thursday, July 19, 2012

Pics Sesi Jamming Band "Dead Head" : Suatu Ketika Dahulu Di Era 90'an!

Suatu ketika dahulu, semasa kita masih muda remaja...

Pics ini diambil kalau tak silap aku di antara tahun 1995 - 1996. Masa tu tengah hangat dengan era muzik alternative rock. Budak2 yang sebaya dengan aku pada ketika itu memang tergila2kan dengan muzik sebegini. Kalau time jamming tu, tak sah kalau tak bawak lagu2 dari band2 seperti Radiohead, The Offspring, Greenday, Ash, Everclear, Weezer, kalau band2 tempatan macam Subculture, Saturnine, Carburetor Dung, The Pilgrims, OAG (confirm bawak lagu 60's TV haha) dan semestinya kitorang akan bawak lagu2 dari band grunge legenda iaitu Nirvana. Merujuk kepada pics di bawah, pada masa itu kami jamming di studio Delima Entertainment. Pada masa itu di Bintulu, Sarawak, hanya itulah sahaja studio jamming yang ada di tempat aku ni. Sekarang studio jamming dah tumbuh macam cendawan. Tapi yang sedihnya, Studio Delima Entertainment tidak lagi beroperasi. Ceased operation. Anyway, those were the good days of our teenage lives... 

Top pic: Marc selaku pemain bass, Bottom pic from left: Marvin (vocals), Me (2nd guitar) Lester (Lead guitar)

Me and my friend Lester

Tiba2 pulak aku main gitar dalam keadaan duduk pulak, geng2 lain sedap headbanging haha

Ini kawan gua, nama Luqman. Masa sesi jamming ni dia jadi cameraman. Dia ni juga seorang artis (pandai melukis)

When we were young...

Di posisi drum pula, my friend Neil Martin a.k.a. Neil Grohl
P/S: Sampai ke hari ini, aku masih lost kenapa geng kami pada masa itu menamakan band kami sebagai "Dead Head"...geng zombie kampung Pisang kot hehehe

8 comments:

  1. hahaha... aku zaman2 ni pun pnh jugak join geng2 jamming, tp jd pak pacak atau groupies sajalah atau skali-skala jd vokalis

    ReplyDelete
    Replies
    1. dulu lu jadi groupie...skrg lu dah jadi frontman MUP dgn Hepi;) hehehe

      Delete
  2. iskh...kenapa la zaman aku berjamming dulu2 tak pernah terpikir nak ambik gambo...rugi betul la...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha xper bro, zaman kita dah berusia ni pun kalo ada peluang jamming lagi, ambik la gambor sekali haha

      Delete
  3. best..banyak kenangan kat studio delima ya....aku dah bnyk becampur dgn org2 yg kunjungi ke studio ya sik kira dari latarbelakang muzik apa sekali pun.yg pasti kepala mesti ada ringan2

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha ya zaman jahiliyah bro, mun palak ringan2 ya haha...apa2pun studio Delima memang bertaraf legend kinek tok...syg dah x beroperasi lagik...

      Delete
  4. drumset studio delima ni sempat dimiliki oleh bob kandar beberapa tahun... sebelum dijual dan diganti dengan medeli DD506

    ReplyDelete

silakan memberi sebarang komen...whether it's good or bad

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...