Monday, September 24, 2012

Tib Ibrahim a.k.a Kieno : Artis Youtube Dari Brunei (Genre : Acoustic)

Tib Ibrahim in action! Pic taken from his facebook
Tahun lepas aku pernah satu entri tentang persembahan aku serta family mendendangkan lagu "Bengawan Solo" (artis asal ialah Gesang, the godfather of Indonesia's Keroncong) sambil diiringi alunan ukulele aku dan gitar akustik yang dimainkan oleh sepupu aku, Tib Ibrahim. My cousin, Tib Ibrahim is such a talented guy and I'm proud of him, aku sentiasa berpendapat yang dia mempunyai harapan yang cerah dalam bidang muzik. Dia ni sebenarnya orang Brunei dan merupakan 1st cousin aku. Walaupun dia jauh lebih muda dari aku, akan tetapi bakat yang ada padanya tidak seharusnya dipandang enteng.

Tib ni suka post video dia dalam youtube, mostly his solo performance (main gitar dalam bilik!) dan cover some popular songs yang hits di radio, well some of them. Kadang2 ada jugak dia mainkan lagu2 bergenre alternative rock seperti dari band Plain White T's, The Script, OAG dan Sheila On 7. Dari segi vokal pun dia ni not bad,not bad at all. Ada character tersendiri rasanya. Kebanyakan video yang dipost memang menarik dan menyerlah bakat yang ada pada beliau. Antara artis2 youtube yang menjadi sumber inspirasinya ialah AJ Rafael, David Choi, Kina Grannis dan Gabe Bondoc, just to name a few.

Tapi hakikatnya dia bukan sekadar artis dari dalam bilik tidur sahaja. Kadang2 ada juga aku terserempak video dia buat performance secara akustik di khalayak ramai (I'm not sure what kind of event) di dalam facebook. Dia juga pernah menjadi delegasi (mewakili Brunei) ke Perhimpunan Remaja Commonwealth Peringkat Asia di Australia tahun lepas. Di sana juga beliau sempat membuat persembahan muzikal di hadapan delegasi2 dari negara lain. I wish him good luck on building his name dalam industri muzik di Brunei.

By the way, my bro Tib Ibrahim ni seringkali menggunakan gitar akustik berjenama EKO, aku tak pasti dari model apa dan tahun bila ianya dibuat. Dia juga seorang blogger (sila klik http://simplicitykieno.blogspot.com/). Anyway di harap kalian terhibur dengan persembahannya di bawah. Berikut merupakan koleksi2 video beliau:

Tib Ibrahim - Be Yours (Official Music Video). Music composed by the man himself.

Tib Ibrahim - Akustatik (OAG cover)

Tib Ibrahim - 1234 (Plain White T's cover)

Tib Ibrahim - Wont Even Start (David Choi cover)

Tib Ibrahim - Did You Know (Original composition by the man himself)

6 comments:

  1. Hehe tq bro,sajer promo kazen sendiri...haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha skrg dia tgh sebok promo lagu dia n video di youtube.aku x reti benda2 mcm ni but im willing to learn haha

      Delete
  2. Ta Damia for the liking...looking forward for his next release too haha

    ReplyDelete

silakan memberi sebarang komen...whether it's good or bad

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...