Tuesday, October 2, 2012

Movie Review : Safe House (Rilisan 2012)

Official Movie Poster (Sumber dari Google)
You're a good man, Matty. You Know Who You Are. I Know What You're Not. 

Ok pertama sekali aku nak cakap, aku bukanlah peminat besar (huge fan haha) untuk filem bergenre espionage dan bertemakan spy. Kebanyakan watak utamanya sentiasa berlagak macho dan seringkali filem begini agak complicated sedikit jalan ceritanya. Sebab itulah aku kurang menggemari movie series seperti Bourne Movie Series, James Bond, Mr & Mrs Smith and the list goes on. Tapi untuk filem Safe House ini pula ada kelainannya yang tersendiri. Mungkin jika anda seorang peminat tegar filem spy, tema berpaling-tadah-dari-agensi adalah menjadi satu kebiasaan. Tapi ada sedikit kelainan untuk filem ini kerana watak2 yang dilakonkan oleh 2 orang A-list Hollywood actors ini iaitu Denzel Washington (siapa boleh lupa dengan lakonan beliau dalam filem seperti Training Day, Malcom X, Pelican Brief dan my all time favorite American Gangster) dan Ryan Reynolds (oh man, aku paling suka masa dia berlakon sitcom Two Guys and a Girl masa 90'an dahulu,oh jangan lupa pulak yang dia ni ialah The Green Lantern) sememangnya superb dan flawless, and i really mean it! 

Watak Denzel sebagai Tobin Frost, ex-CIA agent yang berpaling tadah dan menjadi penjenayah antarabangsa, sungguh menyakinkan dan dia benar2 menggarapi watak itu; he walk, move, talk and think like a real CIA agent! Manakala watak Ryan sebagai Matt Weston, sebagai "housekeeper" untuk kawasan atau cawangan interrogation CIA yang berpengkalan di Cape Town, Afrika Selatan, pada mulanya watak beliau agak lurus bendul sehinggalah pada pertengahan cerita di mana dia mengetahui rahsia yang dipegang oleh watak Tobin Frost tadi. Plot cerita yang menarik membuatkan aku tak senangn duduk jugak lah. Two thumbs up for both of them! Cuma untuk Denzel, bagi aku acting performance beliau yang betul2 berkesan ialah dalam Training Day, ianya di luar norma kebiasan watak yang beliau pegang sebelum ini. Untuk filem ini, aku bagi 4 out of 5 stars.

Berikut merupakan sinopsis ringkas yang aku perolehi dari IMDb:
A young CIA agent is tasked with looking after a fugitive in a safe house. But when the safe house is attacked, he finds himself on the run with his charge. 

P/S: Blog Krenmaut ada membuat review untuk filem yang sama sedikit masa dahulu.

Official Trailer for "Safe House"

8 comments:

  1. dah sedut...tapi masih tak sempat lagi nak menontonnya...So many movies...so little time...arghhh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha sabar tuan...pelan2 tgk...one movie at a time

      Delete
  2. Replies
    1. Always been like that,bro...denzel punya talent x sama dgn aktor African American yang lain...

      Delete
  3. ada lagi satu cerita yang sama lebih kurang macam ni jugak,the cold light of day lakonan bruce willis dan henry cavill (movie immortal)tapi safe house memang 2 thumbs up!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oic,saya tahu movie tu tp blm tgk lagi.bruce willis jadi spy yg dah nak retire tp anak dia si henry cavill tu x tau mak n bapak dia spy.perghh nanti sedut movie ni haha

      Delete
  4. citer ni best. tp total recall lagi best

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aiya saya belum tgk lagi total recall haha tp dgr cerita,berdasarkan review ygbsaya dgr,versi baru lakonan Colin Farrell lebih bagus drpd versi Arnold Schwarzenegger...insyaAllah saya akan buat review psl movie tu nanti haha

      Delete

silakan memberi sebarang komen...whether it's good or bad

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...