Sekadar Luahan Pendapat...
Sepanjang ceramah tersebut berjalan, ramai jemaah khusyuk mendengar para panel penceramah bercerita tentang pengalaman ngeri mereka apabila diserang oleh pihak Rejim Zionist di atas kapal tersebut. Di antara penceramah yang datang ketika itu ialah beberapa ustaz dan doktor yang berkhidmat dengan sebuah NGO yang bernama
Aqsa Syarif, wartawan dari channel mana entah (kalau tak silap aku
Astro Awani) yang juga berada di tempat kejadian dan beberapa wakil dari NGO lain yang aku lupa namanya. Tapi kebanyakan, yang aku perasan, banyak personnel yang terlibat dalam misi tersebut adalah dari NGO
Aqsa Syarif. Rupa2nya NGO ini telah lama berkhidmat menghantar bantuan ke Palestine sebelum insiden tersebut berlaku. Sila klik ke link
INI untuk mengetahui dengan lebih lanjut
Aqsa Syarif.
Antara kisah yang menyayat hati yang diceritakan oleh mereka ialah perihal kanak-kanak Palestine yang tiada mempunyai sebarang motif hidup selain untuk mati syahid dan berjuang menentang Rejim Israel. Kisah yang sering diperkatakan ialah seorang kanak-kanak yang bernama
Faris Audah yang mati terkena bedilan bom dari kereta kebal tentera Israel. Akan tetapi kisah yang paling menyayat hati (sambil ditayangkan beberapa gambar melalui
Overhead Projector di masjid berkenaan) ialah kisah seorang bapa yang mati terkena tembakan bertalu2 semasa memegang anak lelakinya yang akhirnya mati juga di dalam pelukan bapanya. Seriously air mata aku tidak dapat tertahan untuk keluar menitis ke pipi. Naluri seorang ayah rasanya.
Setelah selesai bercerita tentang pengalaman dan kesengsaraan yang mereka hadapi sepanjang bergiat aktif dalam menjalankan misi keamanan tersebut, tiba2 salah seorang daripada panel penceramah (rasanya seorang yang berpangkat ustaz dan memegang jawatan tinggi dalam sebuah jabatan kerajaan, ingat2 lupa pulak) membuat satu ucapan ringkas tentang tajuk lain yang masih mempunyai kaitan dengan misi tersebut iaitu
kempen boikot barangan yang berpaksikan dana dari Israel. Sambil dibantu dengan beberapa slideshow dari
Overhead Projector, beliau memberitahu kepada sekalian jemaah di masjid berkenaan tentang beberapa produk2 yang berkait rapat dengan pembiayaan kewangan terhadap penjajahan Israel di bumi Palestine. Terlampau banyak produk2 yang dinyatakan, anda boleh lihat beberapa gambar di bawah:
Pics diambil dari Google. Mampukah kita memboikot barangan2 ini?
Tapi di antara produk2 yang dinyatakan oleh beliau, ada 4 buah
multinational corporations yang paling dominant dalam pembentukan kewangan dan pembangunan negara Israel iaitu
Coca-Cola, Nestle, L'oreal dan
McDonald's. Beliau (ustaz berkenaan) berkata 4 buah syarikat gergasi ini adalah penyumbang besar kepada pembiayaan segala macam barangan ketenteraan Rejim Zionist di Israel. Pada ketika isu ini disuarakan oleh beliau, rata2 jemaah yang hadir (terutamanya dari golongan2 veteran) mula berkerut dahi. Ada yang berkata "
aduh apa ni? aku memang dah lama minum Nescafe. Tak sah kalau tak pekena Nescafe setiap awal pagi", ada juga beberapa remaja yang berkata "
Alamak, setiap kali kalau pergi Miri, mesti singgah makan kat McD (maaf Bintulu belum ada McD, insyaAllah tahun hadapan ada) nak pekena Big Mac". Tiba2 ustaz berkenaan mencelah yang lebih kurang berbunyi, "
jangan risau tuan2 dan puan2, saya tahu ada yang merasakan agak sukar untuk memboikot barangan2 yang saya sebut tadi, begini sajalah, paling tidak pun, kalau boleh kita KURANGKAN penggunaan produk2 berkenaan di rumah atau pada mana2 aktiviti seharian kita. Sekurang2nya inisiatif begini dapat juga memupuk kesedaran kepada kita tentang apa yang berlaku di Palestine". Aku rasa ustaz berkenaan seolah2 tahu apa yang bermain di fikiran para jemaah di masjid pada ketika itu. Mana mungkin benda yang sudah sebati dengan diri kita (yang hampir seluruh hidup kita sentiasa menggunakannya) tiba2 mahu disingkirkan secara total.
Sebagai contoh produk
Nestle yang sudah bertapak di bumi Malaysia sekian lama dan kini menyambut ulangtahun ke-
100 dalam memberikan produk terbaik mereka kepada semua rakyat di negara ini, Dari kecil sudah kita dididik, disuap, disumbat dan dibiasakan dengan produk Nestle seperti susu
Nespray, kopi
Nescafe dan minuman koko
Milo, mana mungkin kita dengan mudah menyingkirkan produk2 tersebut dan melenyapkannya dari bumi Malaysia ini. Aku bersetuju dengan pendapat bro
Ijau sebelum ini yang mengatakan
"mungkin ada yang boikot produk Nestle. Tapi walau apapun kempen dan alasan anda, hakikatnya di Malaysia ni hampir setiap hari kita menggunakan produk Nestle - Milo, Nescafe, Nestum, Nesvita, Nespray, Every Day, Coffee Mate, Susu Cap Junjung, Maggi, Cerelac, and the list goes on... Cuba periksa dapur anda dahulu." ...dah 100 tahun beb, itu adalah kenyataan!
Hakikatnya, di akhir perjuangan kita menentang segala macam anasir Israel, kita hanya mampu MENGURANGKAN sahaja penggunaan produk2 sebegini. Anda hendak boikot? Dipersilakan tapi aku rasa anda akan berhadapan dengan jalan buntu (atau mungkin sebaliknya, insyaAllah). Secara peribadi aku telah mengamalkan beberap tips seperti kurangkan membeli barangan berjenama Nestle, aku hanya beli beberapa item sahaja seperti perencah Secukup Rasa (orang rumah aku suka sangat guna benda yang ada MSG ni...ermm) dan Maggi perisa ayam (disebabkan kadar MSG yang ada pada Maggi agak kurang berbanding dengan jenama mi segera lain di pasaran - especially kebanyakan mi segera dari Indonesia, kandungan Acid Bromic dan Monosodium Glutamate memang kaw2 tinggi dan tak munasabah), kalau Milo pula aku gantikan dengan Vico, Ovaltine dan Oligo. Coca Cola? Maaf, perut aku tak berapa serasi dengan rasa Cola, mungkin faktor usia rasanya. Alhamdulillah aku sudah mengaplikasikan kaedah ini semenjak 2010 lagi (selepas ceramah tersebut). Untuk McDonald's pula, oh tidak...masa zaman kolej dulu, aku sangat menyukai segala macam fast-foods di dalam franchise ini - McFlurry, Samurai Burger, Prosperity Burger dan Big Mac. Wattahell! Aku siap buat research untuk assignment (bagi subjek Entrepreneurship) pasal bagaimana bisnes franchise McDonald's ni boleh berjaya dan berkembang ke seluruh dunia. Tapi Alhamdulillah keinginan sebegini hanya ada pada diriku untuk beberapa ketika sahaja. Tahun hadapan, McD akan buka cawangan di Bintulu. Banyak rakan2 aku sudah mula teruja dengan berita tersebut. Aku? Hanya mampu go with the flow sahaja. Tak nak bising, kalau ada rakan ajak ke sana nanti, aku ikut sahaja.
Bagi insan dari golongan Marhaen seperti aku, terus terang aku cakap lah, tidak banyak yang dapat aku buat bagi meringankan beban rakyat Palestine. Ya, aku tahu aku juga muslim seperti mereka, tak perlu nak elaborate atau exaggerate berkenaan dengan hal ini. Aku hanya mampu mendermakan sedikit wang yang terus di bank-in ke akaun Aqsa Syarif, itu pun kadang2 kalau aku ada duit lebih (masa dapat duit imbuhan tahunan lah terutamanya). Jangan risau, NGO ini didaftarkan secara sah dan legit. Siap ada pelepasan cukai lagi tu.
Hanya satu yang harus kita sama2 renungkan. Sudah 64 tahun negara Palestine dijajah oleh kaum yahudi (dan kemudiannya membentuk negara baru iaitu Israel) semenjak tarikh keramat iaitu 15 Mei 1948. Jika dari segi keagamaan agak sensitif untuk dibawa bicara, pandanglah dari segi kemanusiaan. Isu sebegini tidak harus dipandang remeh. Di sana (Palestine) juga ada anak2 kecil, besar kemungkinan sebaya dengan adik mahupun anak kita. Mereka juga punyai hak untuk hidup seperti kita.
Jika motto "Ignorance Is Bliss" masih lagi digunapakai, aku tak dapat nak cakap apa lagi dah. Sekurang2nya hulurkan bantuan dari segi kewangan dan kurangkan penggunaan produk tertentu, itu sahaja. Jika ada yang ingin menghulurkan bantuan, sila rujuk pic di bawah:
"Selamat Menyambut Tahun Baru 1434 Hijrah. Mulakan Tahun Baru Dengan Meringankan Beban Mereka Yang Memerlukan"