Thursday, January 10, 2013

My Favourite Top 10 Skrillex Songs! (Welcome To The World Of Dubstep)

Sonny John Moore a.k.a Skrillex

Official Logo For Skrillex

Ok mungkin ada di antara kalian yang akan mula berkata "apa kejadah ni? apasal mamat Molotov Cocktailz ni tetiba layan muzik Techno jinjang dengan Feng Tau ni?" but whattahell, bagi aku muzik ni bersifat Universal dan aku tak seharusnya mejadi seorang yang pemilih apabila berbincang mengenainya. Tak ada sifat perkauman dalam dunia muzik. 

Lagipun aku dah mula meminati muzik seperti ini (electronica, grime, house, trance, big beat) sejak dari dekad 90'an lagi, cuma masa tu aku agak selektif jugak la, hanya mendengar muzik2 dari artis seperti The Prodigy, Faithless, Massive Attack, Fatboy Slim, Aphex Twin, The Chemical Brothers dan apa jua yang mengeluarkan muzik elektronik yang di luar norma elemen Techno itu sendiri, sebab artis2 yang aku sebut tadi agak berlainan feel muzik mereka dari artis seperti Tiesto mahupun David Guetta. End of story.

Berbalik kepada topik utama tadi. Skrillex atau nama sebenarnya Sonny John Moore merupakan seorang artis muzik Dubstep (atau dalam terma yang lebih spesifik Brostep yang mewakili muzik dubstep adunan elemen muzik kontemporari Amerika seperti rock dan hip hop). Sonny sebenarnya pernah menjadi vokalis utama (dan juga frontman) untuk band post-hardcore iaitu From First To Last akan tetapi band tersebut terpaksa disbanded atas sebab tertentu. Semenjak itu Sonny mula menukar arah muziknya lalu mejadi artis dubstep seterusnya menjadikan nama Skrillex sebagai stage name beliau apabila membuat persembahan. Di bawah merupakan beberapa koleksi video Skrillex favourite aku, antara lagu2 yang sering dijadikan MP3 playlist di dalam kereta aku:

10. Ruffneck - Skrillex (Official Music Video)
Cerita pasal Santa Claus yang really depressed dan overdosed pill. Sedih.

9. Narcissistic Cannibals - Korn Featuring Skrillex (Official Music Video)
Di antara beberapa lagu Skrillex berkolaborasi dengan Korn untuk album The Path Totality

8. Still Getting It - Foreign Beggars Featuring Skrillex (Official Music Video)
Skrillex berkolaborasi dengan band hip hop dari UK Foreign Beggars

7. Breakn' A Sweat - Skrillex & The Doors (Official Music Video)
Ini bukanlah boleh dikatakan remake, cuma versi remix yang dibuat oleh Skrillex sahaja.

6. Kyoto - Skrillex feat Sirah
Antara lagu2 yang Skrillex berkolaborasi dengan Sirah untuk debut album beliau berjudul Bangarang

5. Get Up - Korn Featruing Skrillex (Official Music Video)
Sebuah lagi lagu kolaborasi antara Korn dan Skrillex untuk album The Path Of Totality

4. Make It Bun Dem - Skrillex Featuring (Official Music Video)
Antara lagu kegemaran aku! Kolaborasi Skrillex dengan Damian "Junior Gong" Marley 

3. First Of The Year (Equinox) - Skrillex (Official Music video)
Diambil dari EP "More Monsters and Sprites". Music Video berbentuk amaran kepada golongan Pedophilia 

2. Rock N Roll (Will Take You To The Mountain) - Skrillex (Official Music Video)
Diambil dari EP ketiga beliau yang berjudul "Scary Monsters and Nice Sprites"

1. Scary Monsters and Nice Sprites - Skrillex
Boleh dikatakan lagu inilah yang mengangkat nama Skrillex menjadi "household name" di setiap dance clubs. Antara lagu yang berjaya menembusi scene music mainstream pada sekitar tahun 2010.



14 comments:

  1. Ya Allah sukanya ktk dgr lagu tok oh? hehehhehe..kmk suka lagu Dil to pagal hey...hahaha....saja guro ptg ari BRO....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha saja jak polah entri kedak tok sis....just mok share dgn member2 blogger

      Delete
  2. muzik Techno jinjang dengan Feng Tau ni?

    aku ingat leher jinjang... hahahha

    apapun ok lah layan pelbagai muzik ni... aku sekarang cuba nak try layan stoner rock.. tengok boleh masuk ke tak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bro,stoner rock feel dia beza bro...dia x terlalu slow mcm doom....terpulang pada pembawaan artis tu sendiri....my all time favourite stoner rock band will always be Kyuss! Band lama Josh Homme (QoTSA) tu....memang legend la..sambil tu boleh layan gak High On Fire, Kalas, Eye Hate God, Baroness dgn Mastodon...tapi yg tu agak sludge dan pregressive la haha...B

      Delete
    2. cuba layan Asteroid, Devil ( norway ),Dozer,Orange Goblin dan Electric Wizard dalam youtube.... layan siot...

      Delete
    3. Dubstep jugak ker ataupun Electronica? Apa2pun kalau muzik diorang best, tetap layan jugak haha...nanti gua check it out.

      Delete
  3. Yang kolanrasi ngan korn tu dlm album terbaru korn ke bro?

    ReplyDelete
  4. Yup, dari album terbaru Korn yg berjudul The Path Of Totality, ada jugak artis dubstep lain yg berkolaborasi dgn diorang seperti Kill The Noise dan byk lagi la,aku dah lupa nama2 haha...

    ReplyDelete
  5. menarik.. bunyi dia nak macam transformers pun ada.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha itulah yang membezakan bunyian Skrillex daripada artis dubstep yang lain... Deadmau5 pun lebih kurang sound nya bro.

      Delete
  6. Aduh... sadis nama title lagu, mok nangis ku nanga. haha. :p Pa khabar tek Adi Herman? lak gi Bintulu bolehlah dengar kitak jamming oo. Bulan 12 ya tek ada gi sia tapi lupak pulak madah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yah x bunyi2 turun ke bintulu...haha xpa sis...this coming march me and my friends will organize a musical event called Bintulu Music Fest...maybe on the 2nd of march...marilah ke bintulu haha...siya kitak akan nangga the talented youths of Bintulu gathered around and make some good music!

      Delete
  7. ..skrillex anak2 aku suka sangat...ada satu lagu dorang bluetooth kasi kat aku...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasalah budak2 skrg boss...haha tapi best gak ada bapak sporting mcm u boss,boleh layan muzik anak2 hehe...

      Delete

silakan memberi sebarang komen...whether it's good or bad

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...