Tuesday, February 26, 2013

An Oral | Visual History By The Red Hot Chili Peppers With Brendan Mullen (26 Amazing Pictures)


Buku "An Oral | Visual History By The Red Hot Chili Peppers With Brendan Mullen"

Amaran: Entri blog ini mengandungi beberapa gambar yang boleh menyinggung beberapa pihak. Ianya sesuai untuk tontonan individu yang berusia 18 tahun ke atas sahaja.

Ok mungkin dah lama sangat aku letak entri ni dalam bentuk draft. Buku yang aku beli dari Ijau ini sebenarnya merupakan satu bentuk chronicle yang diambil secara terperinci (mungkin terlalu terperinci sebab banyak sangat pics separuh bogel di dalamnya) dalam bentuk visual, untuk oral nya punya lebih kepada beberapa quotes dari bandmates band ini. Nama The Red Hot Chili Peppers sebenarnya bukan nama asing dalam industri muzik antarabangsa. Band yang telah mencapai status the living legend ini sudah berada di dalam persada seni muzik antarabangsa selama hampir 30 tahun. Genre yang mereka bawakan merupakan sesuatu yang unik (funk / punk / rock / alternative). Aku rasa aku macam tak layak nak ulas secara lanjut pasal band ni, otai wooo....these are just my humble opinions. Apa2pun mari kita lihat beberapa pics menarik dari buku ini.


Ok tidak dapat dinafikan, bagi aku Flea ialah di antara idola aku dalam dunia gitar bass, selepas Steve Harris, Cliff Burton, Kris Novoselic, Jaco Pastorius, Nate Mandel, Jason Newsted dan banyak lagi (and the list goes on). Flea pernah berada di ranking yang ke-2 dalam majalah Rolling Stone untuk senarai "Reader's Pick The Top Ten Bassist Of All Time" dan yeah, I really have to agree on that (no doubt about it!). Teknik Slap Bass yang agresif serta bermelodi itu memang cukup mengasyikkan dan sentiasa buat aku teruja. Abaikan showmanship beliau yang agak "terbuka" itu (sila rujuk pic di atas), apa2pun bagi aku Flea is one of the best bassist of all time!

Beberapa kata pendahuluan dari Flea pada permulaan buku ini. 

Buku ini kebanyakannya gambarnya yang diambil oleh mendiang Brendan Mullen iaitu seorang pengasas kelab malam di Los Angeles yang bernama The Masque (lebih kurang macam CBGB jugak la) dan di antara orang yang terawal menaikkan nama Red Hot Chili Peppers di dalam scene punk di sana. Pic di atas merujuk kepada kata2 penghargaan dari Flea kepada mendiang di atas jasa beliau. Disertakan sekali 4 buah tandatangan dari anggota RHCP.

Kalau bercerita pasal sejarah RHCP memang tidak sah kalau tak diungkit mengenai kehebatan Hillel Slovak selaku gitaris pertama serta co-founder band ini. Diberi nickname "Israeli Kid" di kalangan kawan-kawan beliau, Flea merupakan sahabat karib beliau dan mula berkenalan dengannya semasa menjadi bassist sementara di dalam band punk yang juga diasaskan oleh Hillel iaitu Anthym.

 The Legendary Naked Picture of RHCP

 Obituary tentang kematian Hillel Slovak di dalam surat khabar

Chad Smith : The Crazy-Ass Drummer 

Quote menarik dari John Frusciante tentang bagaimana RHCP menemui Chad Smith di dalam satu ujibakat

Dave Navarro (guitarist Jane's Addiction) pernah menjadi gitaris RHCP circa 1993 - 1998

Oh Yeah! The Slapping Technic by the grandmaster of Funk himself, Flea!

RHCP makan cili! Perghh memang gila haha...

RHCP membuat gaya parodi untuk cover album The Beatles' Sgt. Pepper's Lonely Hearts Club Band

Entah kenapa, banyak juga pics dalam buku ini yang aku tengok Anthony Kiedis pakai baju band Butthole Surfers ni, mungkin disebabkan dia juga big fan untuk band tersebut kot. Flea dalam pic ini pakai topi Nirvana pula. Nice.

RHCP era album One Hot Minute

John Frusciante di era album Californication, setelah beliau bebas dari belenggu dadah.

RHCP di Abbey Road, London. Masa ni masih dengan line-up lama, ada Hillel Slovak dengan Jack Irons. Ermmm....payah nak komen pasal pic ni. Aku ingatkan stokin hanya untuk bungkus kaki saja, rupa2nya boleh bungkus anu sekali hehe...

Anthony Kiedis jadi drag queen, dipapah oleh Kris Novoselic dan Dave Grohl dari Nirvana.

Beberapa quotes dari beberapa individu semasa era album Mother's Milk. Paling menarik ialah dari Kim White, salah seorang promoter dari EMI.

Ini merupaka satu fakta menarik tentang RHCP. Semasa mereka buat konsert jelajah di seluruh Amerika mahupun luar negara, band2 yang menjadi opening acts pada setiap show mereka akan menjadi the next big thing dalam scene alternative rock dan grunge di era 90'an, di antara band2 yang aku maksudkan ialah The Smashing Pumpkins, Pearl Jam, Alice In Chains, Soundgarden dan semestinya Nirvana.

Kenyataan dari Chad Smith tentang chemistry di antara band dengan Dave Navarro yang tidak berapa serasi.

Aku suka pic ni, RHCP dengan gaya rambut mohawk kecuali Chad Smith seorang saja yang botak habis haha...

The one and only picture depicting the seriousness and deep-thinking Anthony Kiedis

Diskografi yang hampir lengkap RHCP (tak ada letak album paling terkini mereka iaitu I'm With You rilisan tahun 2011, well buku ni diterbitkan pada tahun 2010)

Ini merupakan cara RHCP menyambut Tahun Baru Cina!

Timeline yang hampir lengkap tentang sejarah RHCP

Quote terakhir dari buku ini:

The Red Hot Chili Peppers have emerged from Hollywood's underground club scene to become one of the biggest rock bands of all time. This is their story, as told by Anthony Kiedis, John Frusciante, Flea and Chad Smith. This is the band's first book.




Saturday, February 23, 2013

CD Review : Korn - Life Is Peachy (Rilisan Tahun 1996)

Korn - Life Is Peachy

 CD Korn "Life Is Peachy"

Songlist From The Album & The CD

Apabila album Life is Peachy dari Korn ini diriliskan pada tahun 1996, tidak semua orang mengetahui siapa sebenarnya band ini serta apa konsep yang ingin dibawakan oleh mereka. Aku pernah membeli kaset album ini pada tahun yang sama dan ianya memberi impak yang agak luar biasa pada scene metal dunia ketika itu. Maklumlah tahun tu, istilah Nu-Metal masih belum lagi digunapakai secara meluas. Apa yang pasti, Korn merupakan perintis kepada genre ini pada ketika itu.

Nu-Metal bawaan Korn ini agak berlainan daripada band2 lain pada ketika itu (probably band nu-metal yang ada pada ketika itu cuma ada Korn sahaja di awal dekad 90'an, tak termasuk band2 seperti Faith No More, Red Hot Chili Pepper dan Biohazard yang rasanya lebih kepada muzik cross-over antara rock dan rap), melalui album Life Is Peachy ini sound riff pada gitar dari 2 gitaris mereka iaitu James "Munky" Shaffer dan Brian "Head" Welch merupakan satu kombinasi yang sesuai dalam menghasilkan bunyian yang berat dan pelik.

Apa yang menarik tentang sound guitar pada kedua2 gitaris ini ialah tuning guitar mereka. Aku rasa tak ramai band metal yang guna tuning A, D, G, C, F, A, D (low to high) pada ketika itu dan "senjata" yang digunakan oleh mereka berdua ialah Ibanez K7 iaitu gitar 7 tali yang rasanya sekarang dah jadi over-rated kepenggunaannya di kalangan pemuzik genre nu-metal, kalau genre ini masih wujud di dalam scene. Teknik permainan gitar mereka berdua pun agak unik, seolah2 anda mendengar muzik dari band hip-hop Cypress Hill cuma bunyiannya bukanlah dari turntable DJ Muggs akan tetapi dari Ibanez K7.

Kalau era 90'an terkenal dengan tema "teenage angst" yang dibawakan oleh beberapa band grunge yang popular pada ketika itu, Korn pula menghidangkan satu tema yang agak kontroversi dan agak taboo untuk diperkatakan pada ketika itu, iaitu child molestation, ketagihan bahan pornografi dan sifat balas dendam. Semuanya ini anda dapat lihat melalui lirik2 yang ada pada lagu2 seperti Chi, Lost, Swallow, Porno Creep, Good God, Mr. Rogers, No Place To Hide dan semestinya the only song with music video dalam album ini iaitu A.D.I.D.A.S. (All Day I Dream About Sex). Jonathan Davis selaku frontman, vocalist serta lyricist band ini agak beremosi dalam album ini, semuanya berdasarkan pengalaman sebenar yang diperolehi oleh beliau.

Album pertama mereka Korn (Self-titled) tidak berapa memberangsangkan dari segi promosi dan penerimaan peminat, akan tetapi melalui album Life is Peachy mereka berjaya membuat fanbase secara worldwide sehingga genre nu-metal itu sendiri menjadi lemau dan trend yang membosankan pada awal dekad 2000 - 2010. By the way, CD ini aku beli secara on-line dari penjual CD terpakai melalui Facebook, ianya original dan aku rasanya cara ini agak user-friendly berbanding menggunakan eBay hehe.

Korn - A.D.I.D.A.S. (Official Music Video)

Korn - Chi (Live Version)

Korn - Good God (Live at Woodstock 1999)

Korn - No Place To Hide

Wednesday, February 20, 2013

TRESNO : Blame It On Me (Live Jamming at 36 Studio)

TRESNO : Now and Forever



TRESNO - Blame It On Me (Live Jamming at 36 Studio)

Song: Blame It On Me (Taken from Sonnet 18 Demo CD)
Written & Composed by Adi Herman
www.soundcloud.com/tresno
www.reverbnation.com/tresnoband

Video recorded at 36 Studio, Parkcity Commerce Square, Bintulu, Sarawak.

The Line-up:
Arep - Drums
Lias - Bass
Adi Herman - Vocals, Guitars

Maaf jika kualiti audio tidak berada dalam kondisi yang bagus. Sesi jamming ini adalah bagi persediaan untuk event Bintulu Music Fest 2013 yang akan datang. InsyaAllah, kami akan turut serta dalam event tersebut.

Sunday, February 17, 2013

TRESNO (Band Alternative Rock Dari Bintulu, Sarawak) : Semalam, Hari Ini & Selamanya...

TRESNO (Tahun 2005) Dari Kiri: Lias (Bass), Adi (Vocals, Guitars, Keyboards), Arep (Drums)

TRESNO (Tahun 2013) Masih Dengan Line-Up Yang Sama Cuma Bentuk Fizikal Sahaja Berubah

Sedikit Biografi Tentang Kami

Kalau diikutkan aku dah tubuhkan band TRESNO ni agak lama dah, sejak aku dari zaman kolej lagi, sekitar tahun 2000 macam tu di Semenanjung Malaysia. Masa tu line-up cuma 2 orang sahaja iaitu aku dan sahabat baik aku Izzat Syazni selaku drummer asal band ini. Izzat Syazni ni adik kepada bassist kumpulan HUJAN sekarang ni iaitu Izzat (nama hampir sama kan?) Setelah selesai pengajian aku di sana pada tahun 2003, aku kembali ke Bintulu, tanah tumpahnya darahku, well lebih kurang begitulah.

Bersama Izzat Syazni selaku drummer, kami telah menghasilkan 2 buah CD Demo yang bertajuk Sonnet 18 (2003) dan Dearly Departed (2005). Pada masa tu rakaman demo dilakukan di tempat yang berbeza iaitu Excess Studio di Ampang (bagi pembikinan demo Sonnet 18) dan Greenhouse Studio (semasa rakaman demo Dearly Departed).

Sekembalinya aku ke Bintulu, aku mula mencari line-up baru untuk kumpulan TRESNO ni. Masa itu jugak aku pun mula mencari pekerjaan berbekalkan diploma yang aku ada (CGPA tak seberapa, memang struggle la cari kerja masa tu). Pada ketika itu juga aku berjumpa kembali dengan sahabat baik aku Arep (drummer) yang juga merupakan raka sekelas aku masa di sekolah menengah dahulu. Yang peliknya masa sekolah dahulu, Arep ni tak menunjukkan sebarang bakat bermain drums pada ketika itu, mungkin disebabkan konsentrasi untuk belajar kot (ermm tekun la sangat belajar tu haha).

Kemudian aku diperkenalkan dengan sahabat Arep iaitu Lias, yang kini menjadi pemain bass tetap untuk TRESNO. Arep dan Lias ni rumah mereka bersebelahan sahaja. Pada masa itu juga band kami ada mempunyai second guitarist iaitu Fadel cuma kami jarang berjumpa dan ini mengakibatkan kebanyakan show kami buat secara 3 piece sahaja. Untuk pengetahuan, Arep dan Lias, mereka tinggal di kawasan perumahan yang sama. Jadi kalau nak panggil untuk berkumpul tu agak tidak sukarlah rasanya. Kami mula jamming bersama sambil membawa lagu2 cover dari band seperti Blink 182, All American Rejects, The Strokes, The Vines dan Muse sekitar tahun 2004 begitu. Pada masa itu kami menggunakan nama band sementara iaitu "The Fairland Gish".

Gig pertama kami membuat persembahan bersama ialah pada tahun 2005 di Live Jammed Gig bertempat di Dewan Suarah Bintulu. Pada ketika itu kami cuma memainkan lagu2 cover dari band MUSE.  Selang beberapa bulan selepas itu, kami juga mengikuti pertandingan ala battle-of-the band iaitu Lord Of The Bands bertempat di Stadium Muhibah Kidurong, Bintulu. Pada tahun yang sama kami juga mengikuti sebuah gig kebajikan iaitu Charity Showcase yang bertempat di Esplaned Bintulu, dan pada ketika ini aku sebagai frontman kumpulan membuat keputusan untuk menggunakan nama TRESNO kembali sebagai nama rasmi band ini. Semenjak itu, untuk beberapa show serta gig yang akan datang, nama TRESNO akan dikekalkan.

Nama TRESNO merujuk kepada perkataan bahawa Jawa yang bermaksud "Sayang", diambil dari pepatah "Witin Tresno Jalaran Soko Kulino" yang memberi makna "Tak Kenal Maka Tak Cinta". Well, nama tersebut kedengaran agak radio friendly sekaligus amat sesuai dengan konsep kami. Kebanyakan lagu dalam band ini adalah ciptaan aku sendiri. Pengaruh dalam pembikinan lagu2 TRESNO adalah lebih terjerumus ke arah sound alternative rock serta indie dari dekad 90'an kerana aku membesar mendengar irama band2 sebegitu pada ketika itu. Antara band yang aku maksudkan ialah The Lemonheads, The Smashing Pumpkins, Gin Blossoms, Oasis, Stone Roses, Radiohead, Ocean Colour Scene, The Bluetones, Ash dan bermacam2 lagi.

Sekarang setelah lebih kurang 6 tahun tidak jamming bersama, hiatus kerana masing2 sudah mendirikan keluarga serta terikat dengan komitmen lain, kini TRESNO bersatu semula. InsyaAllah pada 2hb Mac 2013 nanti kami akan menyertai Bintulu Music Festival yang akan diadakan nanti. Walaupun sudah bergelar bapak orang, tapi kami dari TRESNO tetap bersemangat untuk memberikan persembahan yang terbaik pada hari berkenaan nanti. Mudah-mudahan dengan kesihatan yang ada serta idea baru, kami mampu mengeluarkan material yang terkini pada masa akan datang. Amin.

P/S: Saudara Fareez dari Bintulu Buskers bakal menjadi pemain gitar kedua pada band kami ini di masa akan datang, insyaAllah.

Sunday, February 10, 2013

CD Review : The Smashing Pumpkins - Adore (Released in 1998)

CD The Smahing Pumpkins - Adore (Artwork and Photograph by Yelena Yemchuk)

Selepas kejayaan album ketiga mereka yang berjudul Mellon Collie and the Infinite Sadness (1995), The Smashing Pumpkins kembali ke persada seni muzik antarabangsa dengan Adore (1998). Semasa pembikinan album ini, terlalu banyak halangan yang ditempuhi oleh Billy Corgan selaku frontman band ini. Antaranya ialah menghadapi beberapa masalah dalaman di kalangan ahli band, di mana James Iha (guitarist) dan D'Arcy Wretzky (bassist) sering bertekak tentang hal2 berkaitan peribadi dan tidak lupa juga ketiadaan pemain drum di mana Jimmy Chamberlin (drummer) diberhentikan khidmatnya kerana masalah ketagihan dadah. In fact, dalam beberapa hal, Billy Corgan menyifatkan album ini "a band falling apart" dan sudah dapat mengagak bahawa ianya tidak akan laku di pasaran.

Pada album ini, Billy Corgan berkolaborasi buat kali kedua dengan penerbit Flood yang pernah menghasilkan beberapa album hebat untuk band2 seperti New Order, U2, Nine Inch Nails, Depeche Mode, Erasure, Nick Cave dan The Killers. Kali pertama Flood bergandingan dalam produksi muzik The Smashing Pumpkins ialah pada album Mellon Collie and the Infinite Sadness. Adalah tidak menjadi satu kelainan jika album Adore ini lebih ke arah electronica kerana Flood sering menghasilkan album2 yang berentak sedemikian. Hakikatnya, ini bukan kali pertama Billy Corgan berekperimentasi dengan muzik electronica. Sebelum tertubuhnya band The Smashing Pumpkins ini, kira-kira sekitar tahun 1988-1989, pada asalnya hanya dianggotai oleh Billy Corgan dan James Iha sahaja dan ditemani dengan drum machine jika membuat persembahan live. Ini semua berlaku sebelum album pertama mereka yang berjudul Gish (1991).

Sebuah lagi CD yang aku beli melalui eBay.com.my (still aku masih tak reti guna PayPal)

Secara peribadi, album ini tidaklah seteruk yang digambarkan. Walaupun jualan pada album ini tidak dapat menandingi album2 yang terdahulu, ternyata ianya mendapat kritikan positif oleh beberapa pihak media contohnya Greg Kot dari majalah Rolling Stone yang menyifatkan album ini "the most intimate album the Pumpkins have ever made and also the prettiest, a parade of swooning melodies and gentle, unfolding nocturnes".

Antara lagu2 yang menepati selera aku dalam album ini ialah seperti To Sheila, Ava Adore (gabungan alternative rock dan electronica yang ternyata satu eksperimen yang menjadi), Perfect (video klip lagu ini seolah-olah menjadi kesinambungan untuk video 1979 dari album Mellon Collie and the Infinite Sadness), Cresfallen dan my personal favourite, For Martha...sebuah lagu yang bersifat peribadi di mana Billy Corgan menganggap ianya sebagai tribute kepada ibunya yang meninggal akibat kanser semasa dalam pembikinan album Adore ini. Masa aku lepas SPM dulu, lagu For Martha inilah yang dijadikan sebagai lagu praktis untuk bermain keyboards di rumah. Melodinya yang cantik dan struktur lagu ini yang sering berubah (ada sedikit nilai progresif) membuatkan ianya unik dan easy-listening.

The Smashing Pumpkins - Ava Adore (Official Music Video)

The Smashing Pumpkins - Perfect (Official Music Video)

The Smashing Pumpkins - Crestfallen (Live at The VH1 Fashion Awards 1998)

The Smashing Pumpkins - For Martha (Live Version)

Sunday, February 3, 2013

Robert Johnson : I Sold My Soul To The Devil! Raja Blues Yang Bersekutu Dengan Syaitan?


Robert Johnson

Pernahkah anda terfikir, kenapa muzik Rock khususnya sering dikaitkan dengan Satanisme dan ritual2 yang berbentuk khurafat? Sejak bilakah interpretasi ini bermula? Dan siapakah yang memulakan benda2 mengarut ini sehinggakan ianya kini menjadi trend di mana Rock bersamaan dengan amalan syaitan?

Bila kita bercerita tentang muzik Rock, ianya pula sering dikaitkan dengan akar2 muzik terdahulu seperti Jazz, Bluegrass, Country dan semestinya Blues. Akan tetapi, pengaruh muzik Blues dalam dunia Rock & Roll amat besar berbanding genre2 muzik akar yang lain. Ini adalah kerana melalui progresi dan improvisi muzik oleh pemuzik Rock dalam mengadun semula teknik2 permainan Blues ke dalam stail mereka sendiri, ini juga menyumbang kepada pembentukan sub-genre muzik Rock yang lain seperti Metal, Punk, Progresif, Southern Rock, dan sebagainya.

Ok kita berbalik pula pada topik asal. Semestinya pengaruh Blues dalam muzik Rock memang tidak dapat dinafikan lagi. Akan tetapi pernahkah anda terfikir bagaimana bermulanya muzik Blues dilabel sebagai Devil Music (muzik syaitan) sehingga kini? Bagaimana tempias pada label tersebut terkena pada muzik Rock? Ianya bermula daripada seorang pemuzik Blues legenda yang bernama Robert Johnson, yang pada hayatnya pernah memeterai perjanjian dengan Syaitan untuk menjadi pemuzik Blues yang tersohor.

Aku mula tahu pasal legenda Robert Johnson ni pun semasa aku menonton rancangan Gene Simmon’s Family Jewel di channel Astro Bio no. 731 beberapa tahun lepas, di mana Gene (kalo korang tak kenal siapa Gene ni takperla, Gene Simmons merupakan ketua band KISS dan juga vokalis / bassist band terkemuka tersebut) membawa anak beliau jalan2 makan angin di Mississippi. Di sana beliau membawa anak Nick pergi melawat “The Crossroads” yang terletak di Clarksdale, Mississippi. “The Crossroads” merupakan sebuah kawasan jalan simpang empat yang dikatakan mempunyai legenda nya tersendiri. Legenda tersebut mempunyai kaitan yang kuat dengan pemain Blues legenda iaitu Robert Johnson, di mana menurut penduduk setempat kawasan tersebut, di simpang empat bernama “The Crossroads” inilah Robert Johnson membuat perjanjian dengan Syaitan.

Biodata Ringkas Tentang Robert Johnson
Pada 8 Mei 1911 (kira-kira 100 tahun yang lepas) lahirlah seorang bayi lelaki berkulit hitam yang tinggal dalam sebuah keluarga miskin dan daif di Hazelhurst, Mississippi. Robert dibesarkan oleh ibunya Julia Major Dodds dan ayah tirinya Charles Spencer.

Pada awal pembabitan beliau dalam muzik, instrumen seperti harmonika dan Jaw Harp merupakan antara alatan muzik pertama yang beliau perkasakan. Selepas meningkat usia remaja, barulah beliau berjinak2 dalam instrument muzik yang bernama gitar. Pada usia belasan tahun, Robert sudah menjadi pemuzik blues yang mempunyai skill dan teknik gitar yang membanggakan dan di usia ini juga beliau berkahwin dengan seorang gadis yang berusia 16 tahun, Virginia Travis pada Februari 1929. Jodoh mereka tidak berpanjangan apabila isterinya itu meninggal bersama bayi yang baru dilahirkannya.

Teknik permainan gitar blues beliau lebih terpengaruh dengan skil serta teknik gitaris terkemuka pada masa itu seperti Son House, Ike Zimmerman dan Willie Brown. Selepas kematian isterinya Virginia, beliau berpindah ke Martinsville, tempat kediaman Ike Zimmerman. Ike kemudiannya menjadi guru serta mentor kepada Robert.

Di antara tempoh 1932 sehingga tahun kematiannya iaitu 1938, Robert  menjadi pemuzik sepenuh masa, mencari nafkah melalui persembahan di setiap perjumpaan jalanan (lebih kurang macam busking la), di kelab malam dan tidak lupa juga di dewan masyarakat setempat. Beliau sering berpindah randah, mengikut rombongan2 pemuzik blues, merantau ke setiap bandar2 yang mereka lawati seperti Arkansas, Memphis, Chicago, Texas, New York dan yang paling jauh ialah Canada. Dalam tempoh ini juga beliau membuat beberapa rakaman piring hitam (lebih dikenali dengan nama Vinyl) dan di antara lagu2 yang menjadi hit pada masa itu di corong2 radio ialah Come On In My Kitchen, Kind-Hearted Women Blues, I Believe I’ll Dust My Broom, Terraplane Blues dan lagu yang menceritakan tentang peristiwa berjumpa dengan Syaitan iaitu Cross Roads Blues. Robert pada awalnya menafikan bahawa lagu tersebut berkait rapat dengan legenda perjanjian bersama Syaitan di Crossroads, Clarksdale. Akan tetapi ramai rakan2 beliau begitu pasti bahawa lagu tersebut menceritakan serba sedikit tentang peristiwa tersebut (walaupun tidak terlalu detail). Masakan tidak, dalam tempoh yang singkat, Robert telah menempa nama dalam golongan elit pemuzik blues sehinggakan diberi gelaran oleh para peminatnya sebagai Master of Mississippi Delta Blues.

Diceritakan oleh orang2 terdahulu (berdasarkan info2 yang aku dapat website rasmi Robert Johnson) bahawa, selepas kematian isteri pertamanya iaitu Virginia Travis, Robert berazam ingin menjadi pemuzik blues terkenal dan mahu keluar dari kepompong kemiskinan yang melarat di daerah yang didiaminya itu. Terpengaruh dengan cerita2 tahyul dari rakan petani yang lain (sebelum menjadi pemuzik, Robert berkerja di ladang kapas) Robert nekad untuk berjumpa dengan Syaitan di Crossroads dan membuat perjanjian dengan makhluk laknatullah itu. Menurut sumber lain, Syaitan yang dimaksudkan bukanlah syaitan yang seperti kita tahu. Ianya merupakan makhluk jahat (boleh dikatakan macam demon la) yang bernama Legba, yang menurut kepercayaan golongan hamba abdi kulit hitam di Amerika dahulu, ianya adalah jin nakal yang sering memperdayakan dan menghasut manusia ke lembah hina.

Kawasan simpang empat yang bernama Crossroads di Clarksdale itu, dahulunya merupakan kawasan ladang kapas dan amat sunyi di waktu senja. Pada zaman sekarang, tempat itu cuma menjadi kawasan tarikan pelancong yang sering menceritakan tentang legenda tentang Robert Johnson tersebut. Robert Johnson sudah 73 tahun mati dan lenyap dari dunia ini, akan tetapi muzik beliau telah menjadi inspirasi dan ikutan oleh pemuzik2 rock zaman ini seperti Keith Richards (gitaris kepada band Rolling Stones), Eric Clapton dan beberapa gitaris2 rock yang aku dah tak ingat nama dah.

Kesimpulan
Perlukah untuk kita membuat perkara2 khurafat macam ni untuk jadi famous? Apa faedah yang kita dapat kalau buat benda tak senonoh macam tu? Kemahsyuran? Kekayaan? Mungkin juga kerana itulah yang Robert Johson perolehi semasa hayatnya selepas insiden perjanjian dengan Syaitan itu. Akan tetapi pengakhiran hidupnya amat sadis dan mengecewakan apabila beliau meninggal dunia setelah terminum minuman keras yang berisi racun, ianya dipercayai angkara kawan rapat yang cemburu dengan kejayaanya.  Ada pula sumber mengatakan ianya disebabkan oleh pertelingkahan tentang perebutan perempuan (Robert juga dikenali sebagai The Ladies Man).

Apa2pun alasan sekalipun, tanpa bantuan alam mistik sekalipun, jika muzik yang kita mainkan jujur dan ikhlas dari hati, ianya pasti akan member kepuasan pada kita dan juga kepada peminat2 genre muzik yang kita mainkan. Penerimaan pendengar mungkin bercampur baur tapi apa yang pasti, GOOD MUSIC ALWAYS MATTERS! Gunalah kurnian Illahi seperti bakat muzik untuk tujuan yang diredhaiNya dan bukan untuk tujuan duniawi semata2. Argh…pandai2 saja aku ceramah kat korang, aku pun 2 x 5 jugak haha…sorry guys! Aku hanya berniat untuk ingat mengingati sesame kita di kalangan rockers. Harap sama2 kita ambil teladan dari kisah Robert Johnson ini!

Robert Johnson - Cross Roads Blues (Official Video?) Ada diselitkan sedikit sejarah mengenai beliau

Robert Johnson - Me and The Devil Blues (Video)

Friday, February 1, 2013

Kebergantungan Terhadap Ubat Amlodipine (Anti-Hypertensive Pills) Dan Peristiwa 28 Januari 2013

Zynor Amlodipine 10mg (consist of 30 tablets)

Keterangan ringkas tentang ubat ini (sumber Wikipedia):

Amlodipine (Norvasc (Pfizer) and generics) (as besylatemesylate or maleate) is a long-acting calcium channel blockerdihydropyridine (DHP) class] used as an antihypertensive and in the treatment of angina pectoris. Like other calcium channel blockers, amlodipine acts by relaxing the smooth muscle in the arterial wall, decreasing total peripheral resistance and hence reducing blood pressure; in angina, it increases blood flow to the heart muscle (although DHP-class calcium channel blockers are more selective for arteries than myocardium, as the cardiac calcium channels are not of the dihydropyridine-type).

Ya...aku terpaksa akur dengan ketentuan Allah. Walaupun baru berusia 31 tahun tapi aku telah pun menghidap penyakit darah tinggi (Stage 4 - risky business ni). Ada banyak sebab juga bagaimana aku boleh mendapat penyakit ini. Salah satunya ialah my way of living, dari segi makanan yang tidak pandai berpantang. Kalau makanan berminyak atau masin, aku go-head saja. Antara faktor lain ialah dari segi genetik. Family dari kedua belah ibu dan bapa aku kesemuanya mempunyai sejarah dalam menghidap penyakit berkenaan. 

Beberapa minggu lepas aku mengalami kekejangan urat di bahagian tengkuk belakang, aku berjumpa dengan salah seorang doktor panel. Apabila mendengar bad news dari doktor tersebut, aku serupa macam sukar untuk mempercayainya. Tapi apabila aku menilai diri aku sendiri semula, aku pasrah. Mungkin inilah salah satu Allah nak membersihkan dosa-dosa aku yang telah lalu. Alhamdulillah. 

But wait, itu bukan sahaja dugaan yang terpaksa aku hadapi. Pada 28hb Januari 2013 yang lepas, sekitar jam 3 pagi, aku terkena serangan (atau lebih tepat ialah kekejangan) pada hati dan belakang leher. Pada waktu yang getir itu, aku hanya berserah pada Allah sahaja. Isteri aku yang tidur disebelah mula bangkit dan bergegas menuju ke arah dapur untuk mendapatkan ubat, tapi aku berkata pada isteriku agar jangan memberikan aku sebarang ubat sebab dah janji dengan doktor untuk buat blood-test pada pukul 8.00 pagi nanti. 

Dengan keadaan yang sukar itu, aku hanya berubat dengan menggunakan air bacaan tahfiz dengan 30 juzuk surah Al Quran sahaja yang telah dibelikan oleh ibu mertuaku beberapa minggu sebelumnya. Setelah meneguk air tersebut, dengan memulakan bacaan Al Fatihah dan 7 kali selawat serta niat, badan aku yang tegang dengan kesakitan tadi mula mengendur, akan tetapi jantung masih berdegup kencang. Isteriku cuma mampu menangis di sisiku. Setelah masuk waktu Subuh, aku mula mengerjakan solat secara berjemaah dengan isteriku walaupun dalam kesakitan. 

Dalam doa aku meminta pada Allah agar dikurangkan kesakitan ini, tak terdaya rasanya aku melawan. Tepat pukul 8.00 pagi aku sudah pun berada di klinik panel yang dilantik oleh jabatan aku. Aku mula memberitahu segala kesakitan yang aku alami pada awal pagi tadi. Doktor tersebut mula menyuruh aku untuk menanggalkan baju bagi membuat ujian Electro Cardiogram (ECG) pada jantung aku. Keputusannya jantung aku masih dalam kondisi yang bagus, Alhamdulillah. 

Seterusnya doktor mula mengambil sampel darah dari lengan aku. Dia mengesyaki aku mungkin berhadapan dengan masalah kolesterol yang tinggi. Aku masih blur dengan reaksi doktor tersebut, maklumlah dah sakit, mana nak concentrate dengar cakap orang. Aku diberi 2 hari cuti sakit. Keputusan dari blood test itu mengambil masa sehari sahaja, esok harinya pada 29hb Januari 2013 (Selasa) aku dipanggil untuk datang ke klinik tadi.

Sangkaan doktor benar belaka. Bacaan kandungan kolesterol pada badan aku amat tinggi iaitu pada kadar 5.3 (paling maksimum ialah 5.5, kalau bacaan lebih dari itu maknanya anda terdedah dengan serangan jantung dan stroke yang boleh membawa maut). Tekanan darah aku naik adalah disebabkan kandungan kolesterol yang tinggi sebenarnya, ianya bersangkut paut. Aku beristighfar banyak2. Apa yang aku dah lakukan dengan badan aku selama ni? Aku kurang bersenam macam orang lain. Kalau makan ikut suka sahaja melantak. Nasib baik aku dah berhenti merokok lebih kurang 7 bulan yang lepas. Alhamdulillah.

Sejak dari hari tersebut, doktor memberikan aku pil kolesterol dan darah tinggi dan aku masih dalam pemerhatian beliau selama 3 bulan. Maknanya aku kena makan pil tersebut selama tempoh tersebut. Another lesson learned, mulai hari ini, aku kena jaga kesihatan. Aku nak hidup untuk tempoh yang lama. Kalau boleh aku nak hidup sampai aku dapat tengok cucu aku di masa hadapan. Ya Allah, perkenan doa hambaMu ini.


Astaghfirullah - Hafiz Hamidun (Zikir Terapi Diri)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...