Sunday, February 10, 2013

CD Review : The Smashing Pumpkins - Adore (Released in 1998)

CD The Smahing Pumpkins - Adore (Artwork and Photograph by Yelena Yemchuk)

Selepas kejayaan album ketiga mereka yang berjudul Mellon Collie and the Infinite Sadness (1995), The Smashing Pumpkins kembali ke persada seni muzik antarabangsa dengan Adore (1998). Semasa pembikinan album ini, terlalu banyak halangan yang ditempuhi oleh Billy Corgan selaku frontman band ini. Antaranya ialah menghadapi beberapa masalah dalaman di kalangan ahli band, di mana James Iha (guitarist) dan D'Arcy Wretzky (bassist) sering bertekak tentang hal2 berkaitan peribadi dan tidak lupa juga ketiadaan pemain drum di mana Jimmy Chamberlin (drummer) diberhentikan khidmatnya kerana masalah ketagihan dadah. In fact, dalam beberapa hal, Billy Corgan menyifatkan album ini "a band falling apart" dan sudah dapat mengagak bahawa ianya tidak akan laku di pasaran.

Pada album ini, Billy Corgan berkolaborasi buat kali kedua dengan penerbit Flood yang pernah menghasilkan beberapa album hebat untuk band2 seperti New Order, U2, Nine Inch Nails, Depeche Mode, Erasure, Nick Cave dan The Killers. Kali pertama Flood bergandingan dalam produksi muzik The Smashing Pumpkins ialah pada album Mellon Collie and the Infinite Sadness. Adalah tidak menjadi satu kelainan jika album Adore ini lebih ke arah electronica kerana Flood sering menghasilkan album2 yang berentak sedemikian. Hakikatnya, ini bukan kali pertama Billy Corgan berekperimentasi dengan muzik electronica. Sebelum tertubuhnya band The Smashing Pumpkins ini, kira-kira sekitar tahun 1988-1989, pada asalnya hanya dianggotai oleh Billy Corgan dan James Iha sahaja dan ditemani dengan drum machine jika membuat persembahan live. Ini semua berlaku sebelum album pertama mereka yang berjudul Gish (1991).

Sebuah lagi CD yang aku beli melalui eBay.com.my (still aku masih tak reti guna PayPal)

Secara peribadi, album ini tidaklah seteruk yang digambarkan. Walaupun jualan pada album ini tidak dapat menandingi album2 yang terdahulu, ternyata ianya mendapat kritikan positif oleh beberapa pihak media contohnya Greg Kot dari majalah Rolling Stone yang menyifatkan album ini "the most intimate album the Pumpkins have ever made and also the prettiest, a parade of swooning melodies and gentle, unfolding nocturnes".

Antara lagu2 yang menepati selera aku dalam album ini ialah seperti To Sheila, Ava Adore (gabungan alternative rock dan electronica yang ternyata satu eksperimen yang menjadi), Perfect (video klip lagu ini seolah-olah menjadi kesinambungan untuk video 1979 dari album Mellon Collie and the Infinite Sadness), Cresfallen dan my personal favourite, For Martha...sebuah lagu yang bersifat peribadi di mana Billy Corgan menganggap ianya sebagai tribute kepada ibunya yang meninggal akibat kanser semasa dalam pembikinan album Adore ini. Masa aku lepas SPM dulu, lagu For Martha inilah yang dijadikan sebagai lagu praktis untuk bermain keyboards di rumah. Melodinya yang cantik dan struktur lagu ini yang sering berubah (ada sedikit nilai progresif) membuatkan ianya unik dan easy-listening.

The Smashing Pumpkins - Ava Adore (Official Music Video)

The Smashing Pumpkins - Perfect (Official Music Video)

The Smashing Pumpkins - Crestfallen (Live at The VH1 Fashion Awards 1998)

The Smashing Pumpkins - For Martha (Live Version)

12 comments:

  1. biasa jak klip video cdak oh... tapi lagu boleh tahan. not bad la..best..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untuk video klip Ava adore ya memang artistik la, ada nilai gothic sedikit...one of the most influential alternative rock band in the 90's

      Delete
  2. Yang aku ingat lagu perfect tu memang meletup gak dulu.selalu dengar kat Hitz.fm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kenangan lama mengusik jiwa bro haha....dulu lagu Ava Adore pun selalu diputarkan di Hitz.fm masa aku study kat kl...

      Delete
  3. tak pernah ambik tahu pasal ni semua sampai la aku abiskan baca posting ko ni haha.
    ok so now I know a bit about Smashing Pumpkins ahaks

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha thank you for reading anyway bro...appreciate it!

      Delete
  4. smashing pumpkin..aku ada layan lagu diorang..ok la bagi telinga aku ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akan ada lagi review cd pumpkins pada masa akan dtg...insyaAllah...sori bro kalo taste muzik aku ada lain sikit hahaha

      Delete
  5. tak berapa ambik tau...so...tak reti nak komen...heheh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha nampak nya aku sorang saja yg layan band ni...sedih™....haha xpa bro gua faham

      Delete
  6. Zaman ni dh kurang skit lyn..aku pon tak dgr full lg album ni.. Masa memula kuar agak terkejut dgr ava adore..dh mcm band Garbage pon ade tp lebih dark kot psl vc dia tu agak gothik.. Nnt try la cari album ni.. Thanks for the review. By the way ni sblm machina kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup, album ni sebelum Machina part 1 & 2...masa album Machina barulah Pumpkins balik ke sound lama mereka yg lebih hard rock. Memang album ini agak gothic dan feel nya terlalu electronic, tapu kalo dah minat dgn band ni, tak boleh nak cakap apa dah hahaha

      Delete

silakan memberi sebarang komen...whether it's good or bad

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...