Monday, July 22, 2013

Movie Review : Singles (1992)

Official Movie Poster

Pada dekad 90'an dahulu, demam muzik grunge berleluasa pada ketika itu. Hampir setiap remaja pada ketika itu sentiasa teruja untuk mendengar lagu2 terbaru daripada band2 dari pergerakan Seattle Sound. Ya, aku juga tidak terkecuali berkecimpung dalam arena tersebut. Setiap kaset Nirvana wajib dibeli dan dihafal pada setiap bait2 liriknya. Zaman benda2 lara la katakan, kita budak lagi masa tu, what do you expect.

Memang tidak dinafikan grunge sudah menjadi sesuatu yang trendy pada pertengahan dekad 90'an, terutama sekali selepas kematian Kurt Cobain pada tahun 1994. Namun sebelum hype ini benar2 menjadi satu pergerakan global, ada sebuah filem yang cuba merungkai pergerakan muzik bawah tanah dari Seattle pada awal dekad tersebut. Filem yang dimaksudkan ialah "Singles" arahan Cameron Crowe.

Di Hollywood, nama Cameron Crowe boleh dikatakan di antara pengarah dalam kelas "A list" suatu ketika dahulu apabila beliau mengarahkan beberapa filem hits seperti Almost Famous, Jerry Maguire, Vanilla Sky dan Elizabethtown. Beliau juga pernah mengarahkan sebuah rockumentary berjudul Pearl Jam 20 (nickname PJ20) sempena ulangtahun ke-20 band tersebut pada tahun 2011. InshaAllah, lain kali aku akan buat review pasal dokumentari tersebut. Sebenarnya ini bukan kali pertama Cameron bekerjasama dengan anggota2 band Pearl Jam, dalam filem Singles ini juga ada beberapa babak di mana Jeff Ament (bassist), Stone Gossard (gitaris) dan Eddie Vedder (vokalis) membuat cameo dan disusuli dengan watak Matt Dillon (nama wataknya Cliff Poncier) selaku frontman untuk bandnya, Citizen Dick. Oh lupa nak bagitau, masa ni Matt Dillon baru nak famous, belum lagi berlakon dalam filem "There's Something About Mary" lagi (lakonan bersama Ben Stiller).

Berbalik kepada filem Singles tadi, bagi aku filem ini biasa sahaja. Sebuah filem romantic comedy yang ringan sebenarnya, tapi lebih kepada penekanan terhadap topik hubungan daripada bercerita tentang hal jiwang2 yang tangkap lentok. Storyline pun agak bagus, tak terlalu berat dan memeningkan. Tapi antara beberapa scene highlights dalam filem ini sebenarnya ialah part persembahan gig yang dihadiri watak Steve dan Linda dimana band2 seperti Alice In Chains dan Soundgarden tengah beraksi di pentas. Chris Cornell juga ada membuat cameo dalam filem ini, well hanya untuk beberapa minit sahaja dan tiada skrip, membisu seribu bahasa! haha.

Kepada peminat2 muzik Seattle Sound (tak semestinya muzik grunge sahaja), filem ini harus anda tonton. Nama2 besar seperti Pearl Jam, Alice In Chains dan Soundgarden banyak mempengaruhi filem ini. Tambahan pula Cameron Crowe juga merupakan grunge enthusiast.

Singles : Official Movie Trailer

8 comments:

  1. aku terminat lagu "Would?" pasal filem ni...

    btw..Matt Dillon zaman 80an dah famous dah...kira boleh masuk kategori teenage idol...terutama lepas zaman dia berlakon The Outsiders (1983)...ni filem semua bintang masa depan berlakon...Tom Cruise, C. Thomas Howell, Rob Lowe, Emilio Estevez, Patrick Swayze dan Ralph Macchio...antara pelokon yang tercetusnya istilah "Brat Pack" masa tahun 80an..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye tak ye jugak la bro, sori if get my facts wrong haha...apa2pun lakonan Matt dalam filem ni agak sempoi dan x la heavy sangat. Hehe gua pun minat lagu Would? tu dan itu merupakan lagu Alice zin Chains gua first suka dari band tu, lepas tu baru beli kaset album Dirt diorang.

      Delete
  2. aku tahu cerita ni famous tapi aku tak pernah tengok

    ReplyDelete
    Replies
    1. Filem ni dulu selalu jugak ditayangkan di channel HBO ataupun cinemax bro...

      Delete
  3. Ai single oredi..hahah..pasal movie ni la aku start minat pearl jam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Suka tengok gelagat Eddie,Jeff dan Stone buat fictional band Citizen Dick dgn watak Cliff dalam filem ni haha...

      Delete

silakan memberi sebarang komen...whether it's good or bad

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...