Friday, November 8, 2013

Beberapa Gambar Menarik Sepanjang Perlawanan Pemilihan Pemain Baru Pasukan Sarawak : Sarawak First Eleven lwn Sarawak Trial

Pada hari jumaat minggu lepas bersamaan dengan 1 November 2013, aku berkesempatan untuk menyaksikan perlawanan pemilihan pemain baru untuk pasukan bolasepak Sarawak bertempat di Stadium Negeri, Kuching. Aku ke sana pun disebabkan ada urusan keluarga, sepupu aku bersanding pada keesokan harinya. Perlawanan tersebut bermula pada pukul 4 petang, walaupun cuaca tidak berapa mengizinkan, akibat hujan renyai-renyai (tidaklah terlalu lebat) akan tetapi ianya tetap juga diteruskan. Perlawanan ini pun aku tahu melalui adik aku yang terserempak dengan post dari facebook Sarawak FA Fans page awal pagi jumaat hari itu sebelum kami sekeluarga bertolak ke Kuching menggunakan pesawat Airasia, kira macam announcement jugak la.

Aku dan 2 orang adik aku sampai di Stadium Negeri kira2 pukul 4:15 petang begitu, perlawanan sudah pun bermula. Oh ya, untuk sesi pemilihan ini, tiada caj tiket dikenakan bagi mereka yang ingin menyaksikan perlawanan tersebut. Sesampainya kami di sana, sudah ramai peminat sukan bolasepak Sarawak mengerumuni kawasan grandstand stadium tersebut. Kalau ikut keadaan sebenar pada perlawanan tertentu yang diadakan di stadium ini, kawasan grandstand ini agak mahal sikit berbanding kawasan yang tidak berbumbung, oh well aku rasa stadim lain pun guna cara yang sama kot. Pada separuh masa pertama, pasukan Sarawak 1st Eleven mengenakan jersi away warna biru manakala pasukan yang mengikuti sesi trial menggunakan jersi home berwarna merah. Dari kejauhan aku dapat lihat kelincahan pemain2 Sarawak seperti Joseph Kalang Tie, Jr Eldstal, Muamer Salibasic dan yang lain2. Guy Bwele walaupun tidak akan beraksi lagi pada musim hadapan Liga Super ataupun Piala Malaysia kerana ingin menamatkan kontrak dan balik ke negara asal beliau iaitu Cameroon, namun beliau masih juga turun padang bermain bersama dengan rakan2 sepasukan yang lain buat kali terakhir.

Nampaknya pasukan Sarawak memang boleh tahan prestasinya apabila beraksi di atas padang. Bukan nak angkat bakul negeri sendiri (apa punya kiasan la!), namun kalau dibandingkan kali terakhir aku menonton perlawanan bolasepak Sarawak di stadium ini kira2 pada tahun 1999, prestasi pasukan Sarawak agak memberansangkan pada kali ini. Dulu asyik kalah di tempat sendiri, sekarang dah seringkali menang di stadium keramat ini. Motto "Our Home, Your Hell" memang betul2 mengena untuk situasi bolasepak Sarawak sekarang. Walaupun seringkali tewas di pusingan separuh akhir dan semi final pada Piala Malaysia, namun semangat Ngap Sayot dari zaman Awang Mahyan masih lagi ada dalam pasukan Sarawak, cuma kalinya ianya seperti "mati hidup kembali" setelah kemasukan beberapa player baru yang berpotensi seperti Bobby Gonzales (sayang betul, musim hadapan beliau tidak lagi bersama team Ngap Sayot), Ashri Chuchu, Zamri Morshidi, Azizan Baba, Shahrol Dedek dan yang lain-lain. 

Pada sesi perlawanan pemilihan pemain ini, ada juga pemain dari luar negara yang juga turut serta untuk trial iaitu Manuel Friedrich bekas pemain Bayern Leverkusen, wow! Mudahan pengurus serta coach pasukan Sarawak iaitu Robert Alberts akan mengambil beliau untuk menyertai pasukan Sarawak. Permainan beliau pada petang itu pun memang sungguh mengujakan. Jom layan gambar2 pulak!

 Kawasan pagar utama Stadium Negeri, Petra Jaya. Our Home, Your Hell!

Pada ketika kami sampai di stadium ini, perlawanan telahpun bermula. 



 Penonton semakin ramai memenuhi kawasan grandstand stadium ini

Team 1st Eleven guna jersi biru, manakala team trial guna jersi merah

 Pengurus serta coach pasukan Sarawak, Robert Alberts juga turun padang bermain bersama pasukan jersi biru (dia pulak menggunakan vest warna biru, ini semasa separuh masa kedua)

 Ini adik aku no. 2 yang juga fanboy Manchester United macam aku haha...

Ini pula adik aku no. 3, juga fanboy Red Devils dan Sarawak FA

Selepas perlawan tersebut, ada pula sesi bergambar bersama peminat. Ini pula Jr Eldstal berposing bersama peminat cilik. Keesokan harinya beliau terpaksa menjalani pembedahan minor di tulang belakangnya. Semoga cepat sembuh.


 My dear friend, Mr Alood (berbaju kelabu yang ada tulisan Quiksilver tu) sedang pegang tangan Jr Eldstal. Aih...mesra nampak haha...

My brother bersama Joseph Kalang Tie, kapten pasukan Sarawak

Both of my brothers bersama Joseph Kalang Tie 

 Aku (yang buat peace sign tu) tengah menyemak bergambar bersama pengurus pasukan Sarawak, Robert Alberts

Sekali lagi aku menyemak bergambar bersama Joseph Kalang Tie...entahapahapa

"Sarawak Satukan Hatimu" antara lagu chanting yang aku suka...

12 comments:

  1. Kalau dari segi pengulasan & penceritaan, you paling awesome brother dari kmk. Siyes, best. & I'm jelly la ktk dpt berganba dgn sidak JKT & JE.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jelly geli2 la bergambar dgn JKT dgn JE hahaha....

      Delete
  2. aku suka tengok foto2 peminat ngan pemain ambik2 gamba gitu, nak2 lepas cam training session gitu... kira dua2 peminat dan pemain true.

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. Di antara pengalaman menarik di stadium negeri tok bro hahaha....

      Delete
  4. Bola di Sarawak dan Johor makin meriah...friendly malah training pun orang datang tengok....baru best...macam tak sabar pulak nak tunggu musim depan.

    Good Luck Sarawak!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Good luck to JDT juga bro untuk musim depan....haha

      Delete
    2. JDT VS Sarawak? Pundit bagi prediction sikit.

      Delete
  5. Ini macam la baru true..heheh..pemain n peminat sporting habis..moment yang menarik bro..n skarang ni ramai awek2 tiap2 negeri ramai yang minat bola..satu perkembangan yang bagus..heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fenomena golongan awek minat dunia bolasepak agak baru agi aku bro hahaha...kat sini situasi sama jugak

      Delete

silakan memberi sebarang komen...whether it's good or bad

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...