Monday, November 11, 2013

Sarawak Grunge Fest Part 2 Bertempat Di Dewan Suarah Kuching : Seattle Sound Di Bumi Kenyalang


Pada 2 November yang lepas aku berkesempatan untuk menghadiri sebuah gig yang dinamakan Sarawak Grunge Fest #2 bertempat di Dewan Suarah Kuching. Gig yang dianjurkan sebahagian besarnya oleh komuniti Kuching Grunge Attack ini merupakan siri yang kedua diadakan di venue yang sama. Untuk bahagian pertama dibuat pada tahun lepas. Kalau diikutkan jadual gig ini telahpun bermula pada pukul 12 tengahari akan tetapi aku sampai di tempat kejadian kira-kira dalam pukul 4 petang begitu. Maklumlah tumpang orang.

Apa yang unik tentang venue ini (Dewan Suarah Kuching) ialah ianya sebenar sebuah menara (hampir sama bentuk seperti KL Tower) dan gig ini dibuat di tingkat 4 kalau tidak silap aku. Sambil kita layan gig, kita juga boleh melihat panorama indah kotaraya Kuching dari atas menara tersebut. Aku terfikir, berapalah agaknya sewa yang dikenakan oleh pihak pengurusan kepada geng2 organizer gig ni yer? Kalau dapat kaw tim harga itu sudah kira bagus sangat la hehe. 

 Semasa aku sampai di venue gig tersebut, band Nepotish dari Melaka sedang membuat persembahan. Boleh tahan, ada bawak lagu mereka sendiri dan beberapa cover songs dari Butterfingers.



Oh ya, aku juga tidak ketinggalan bergambar bersama frontman (Mr Josiah Hogan) band Maddame... sebuah band grunge tempatan yang sering mengikuti beberapa siri gig sekitar Malaysia, mereka juga antara nama baru yang tengah naik dalam underground music scene secara amnya. Kalau anda perasan, Josiah Hogan juga seorang pelakon dan sering dilihat dalam beberapa drama bersiri di kaca TV contohnya cerita Bicara Hati (one of my wife's favorite tv drama suatu ketika dahulu, dibintangi bersama Christina Suzanne) dan banyak lagi la, aku pun tak ingat. Dia ni Eurasian, mak ke ayah dia orang Texas, Amerika...aku pun tak berapa pasti haha.

 Ini pula band Green Love dari Johor Bahru. Ini merupakan kali kedua aku menyaksikan persembahan mereka. Kali pertama aku tengok diorang perform di Bintulu Music Fest bertempat di Stadium Muhibbah pada bulan Mac lalu. Lagu2 yang dimainkan kebanyakannya dari album pertama mereka. Mereka ini juga makin aktif menyertai mana2 gig yang bergenre grunge sekitar Malaysia, Singapura dan Indonesia.

 Persembahan Green Love memang sungguh bertenaga, dengan vokalisnya yang mempunyai suara hampir2 menyerupai Emmet Butterfingers haha...





Seterusnya band highlight pada hari itu iaitu Maddame membuat persembahan. Oh ya lupa nak bagitau, gig ini mempunyai dua buah stage yang berasingan akan tetapi diletak bertentangan di antara satu sama lain. Band Green Love tadi perform di stage 2, manakala Maddame perform di stage 1, tapi pada jadual waktu yang berasingan la.

 Mr Josiah "The Auty Student" Hogan, frontman of Maddame...

Seriously, aku sebenarnya agak kagum dengan persembahan dan kualiti muzik yang diketengahkan oleh Maddame. Ok, mungkin muzik grunge ala Nirvana agak tipikal kepada pendengar casual muzik rock, akan tetapi kelainan yang ada dalam muzik Maddame ialah ianya ada nilai progresif sedikit, seolah-olah anda mendengar muzik Black Sabbath, Rush dan Nirvana dalam masa yang sama. Susah aku nak terangkan sebenarnya haha. Akan tetapi band ini boleh pergi jauh. Bukan nak kata band lain tak berapa bagus, cuma ada sedikit kelainan dalam muzik Maddame pada pendapat aku lah. Mungkin ada sedikit pengaruh punk dari band Melvins.

Maddame performing "Mud Foot" (Taken from their debut album "Mother-Earthanium") live at Sarawak Grunge Fest #2 2013

Aku terpaksa balik ke rumah mak saudara selepas persembahan Maddame ketika itu, tapi sempat juga lepak sekejap bersama geng2 dari band Wildhorse, Sir Attext, The Cuppycakes dan Green Love. Sayang betul aku tak sempat nak tengok sebuah band grunge ala Pearl Jam iaitu Holiday Madness beraksi di pentas gig tersebut. Mereka perform lewat sangat, dalam pukul 9:30 malam begitu. Kesimpulannya gig ini memang antara yang syok dan terbaik pernah aku ikuti di bandar Kuching ini. Fenomena Seattle Sound telah mengalami sesi revival oleh kerana pembabitan bakat2 baru dalam scene muzik underground tempatan. Ini adalah satu peningkatan yang positif disamping kita dapat meluaskan pengetahuan muzik dalam pelbagai genre, tidak hanya termaktub dalam muzik grunge sahaja. 







8 comments:

  1. Nice report,nice show,nice pic and nice bands..thanks for sharing bro..
    Err..Adakah josiah tu anak hulk hogan wrestler tu?heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. barangkali jugak bro...entah2 ada kot...gua pun tak berapa pasti hahaha

      Delete
  2. suasana nampak meriah..
    as usual thumbs up for nice report

    ReplyDelete
    Replies
    1. adakah saya layak untuk kerja di bilik berita bro? hahaha just kidding...rasanya laporan merapu ada la haha

      Delete
  3. Lekit, comot, belengas, peluh haha nice report bro

    ReplyDelete
  4. Lets be honest, newpapers and magazines may write in beautiful langauge, hariqn metro dwn kosmo cerita bolasepak ngan perkataan canggih, tapi never can beat the passion the way a fan write.
    Ko tulis ngan passion, mungkin, aku cjma mungkin aje, penuls atau reporter tjlis pasal gig sama tanpa passion just so he gets paid. Jadi mana satu lagi best?

    ReplyDelete
    Replies
    1. The fans write the best bro....yeahhh!

      Delete

silakan memberi sebarang komen...whether it's good or bad

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...