Saturday, November 2, 2013

CD Review : Necrotic Chaos Debut Album "Regime Grotesque" (2003)

CD Necrotic Chaos - Regime Grotesque

Album Artwork by Desmond Sia

A Sadistic Agony Of The Never Ends

Ini merupakan CD album pertama Necrotic Chaos yang berpengkalan di Ipoh, Perak. Kalau anda seorang pengikut scene metal tempatan, tentunya nama band ini agak sinonim dengan scene Ipoh Metal Militant. Aku mengenali band ini melalui kaset kompilasi Ipoh Metal Militant Supremacist (1998) dan juga pernah menyaksikan band ini perform di gig The Voice Of The Unspoken di Bintulu pada tahun 2004 dahulu (aku rasa ianya the one and only death/black metal gig yang pernah diadakan di tempat aku ni). Ternyata band ini bukan calang-calang kerana ianya dianggotai oleh personnel2 dari pelbagai background di dalam scene metal tempatan seperti Jadam selaku gitaris utama (pernah menganggotai Gorb dan Vormit buat seketika), Jo'o selaku gitaris kedua (orang kuat dalam band shadow metal tempatan iaitu Hayagriva) Adik selaku vokalis dan bassist serta Wira sebagai drummer (taukeh reggae bar di Langkawi ni haha). Oh by the way, lupa nak habaq, Dark E (gitaris Sil Khannaz & Vociferation Eternity) juga merupakan gitaris untuk band ini, dibantu juga oleh Azlanthor (vokalis Langsuyr) pada posisi vokalis - ini semua berlaku selepas ketiadaan Adik (beliau hiatus buat seketika) semasa pembikinan EP Black As The Insect.

Album ini mempunyai 8 buah tracks kesemuanya. Riff yang menyengat dan berat akan tetapi masih melodik - merupakan intipati utama muzik mereka. Cover artwork dibuat oleh Desmond Sia yang juga pernah membuat artwork untuk Impiety sebelum ini. Album keluaran Ultra Hingax Production ini ternyata telah mencapai status cult sekarang, walaupun band ini pernah menghasilkan EP berjudul "Black As The Insect" rilisan tahun 2005, namun ianya tidak dapat mengulangi sukses yang mereka perolehi daripada album "Regime Grotesque". Lagu favorite yang sering dibawakan semasa sesi jamming bersama band lama aku, Busseg, sudah semestinya lagu "The Blackflames of Hatred". Hail Necrotic Chaos!

Necrotic Chaos Live at Planet Hollywood (2006)

2 comments:

silakan memberi sebarang komen...whether it's good or bad

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...