Blog catatan merapu yang aku buat tentang kehidupan aku sebagai seorang pemuzik amatur (tahap bohemian), seorang ayah and loving husband, seorang penjawat awam, movie addict, pengkritik makanan, seorang muslim dan semestinya sebagai seorang pemerhati kepada sesuatu yg berlaku di persekitaranku.
Semenjak aku mula berkecimpung di dalam penulisan blog peribadi ini pada Oktober 2011 dahulu (entri pertama klik di SINI), pelbagai cerita dan info telahpun aku hasilkan. Ditambah pula aku mulai mempunyai rakan-rakan blogger setia seperti bro Berteromber, Deaf Angel, Rafi Xyrus Zone, Ijau, PC Kokak, Doc Ben Krenmaut, Faizal Skudal, Ezaidi Metal Brain Asylum, Wan Beruas, Korawk Geng Kereta Sapu, Barangkali Marus dan banyak lagi. Aku berasa beruntung kerana mengenali kalian semua walaupun tidak pernah bersua muka. Secara tidak langsung melalui medium seperti blogging ini menambahkan lagu keakraban di kalangan blogger yang berpaksikan muzik ROCK terutamanya!
Blog aku yang kerdil dan tak seberapa ini telahpun mencapai pageview melebihi 100,000 sekarang. Walaupun sedemikian, hakikatnya masih banyak lagi yang perlu aku pelajari tentang blogging serta ilmu yang pelbagai seperti muzik, kerohanian (mendekatkan diri kepada Allah), info kesihatan dan sebagainya.
Tapi buat masa sekarang, aku rasa nak berhiatus buat seketika. Kadang2 otak aku pun boleh kena sindrom Writer's Block jugak dalam berblogging ni. Nak korek lagi banyak info tentang dunia skateboarding (yang aku ceburi kembali mulai awal tahun ini), muzik dan sebagainya. Kumpul knowledge dulu, prepare baik2 dan selepas itu baru boleh rilis dalam bentuk entri blog. Harap pada masa akan datang blog ini akan menyajikan lebih banyak entri yang berinformatif, rock & roll serta tidak salah kalau diselitkan unsur humor hehehe....
Dari Kiri: Mikey Welsh (bass), Rivers Cuomo (vocalist, guitar), Brian Bell (lead guitar), Patrick Wilson (drums)
CD ini aku perolehi melalui jualan mega-sale yang dikelolakan oleh blog Doc Ben iaitu Krenmaut beberapa minggu yang lepas. Ada banyak lagi cd yang aku beli dari beliau, tapi nantilah aku buat review. Buat satu-satu yer, jangan gelojoh haha. Apa yang menarik dalam senarai CD yang ada dalam jualan mega-sale tersebut ialah banyak title untuk muzik era 90'an (yes!).
Terdapat 10 lagu semuanya
Sebenarnya kalau diikutkan, aku sudah ada album ini cuma dalam bentuk kaset. Alhamdulillah kaset itu masih ada dalam simpanan, tidak dalam kategori pinjam-tak-bagi-balik-oleh-member. Bagi mereka yang zaman remajanya di dekad 90'an dan meminati muzik alternative rock, Weezer bukanlah nama yang asing. Malahan band ini mempunyai reputasi nya yang tersendiri di dalam komuniti genre tersebut. Band yang dipimpin oleh Rivers Cuomo ini pernah menghasilkan 2 buah album sebelum ini iaitu Self Titled (a.k.a. Blue Album) rilisan tahun 1994 dan Pinkerton pada tahun 1996.
Inlay dan CD (kedua2nya warna hijau)
Sebenarnya selepas kejayaan album Pinkerton pada dekad 90'an banyak peminat mereka tertanya-tanya bilakah akan keluarnya album terbaru Weezer. Sebelum album ketiga ini diriliskan, aku pernah juga terfikir bahawa Weezer cuma sekadar one-hit-wonder band disebabkan tiada langsung sebarang album selama 5 tahun. Ada khabar mengatakan yang Rivers Cuomo sedang melanjutkan pelajarannya di Harvard pada ketika tempoh hiatus tersebut.
Gambar Weezer secara live di dalam inlay
Sangkaan aku silap sebenarnya apabila Weezer keluar dengan album ini, masa album ini telah diriliskan, aku sudah pun menyambungkan pelajaran di peringkat diploma di semenanjung sana. Masa kolej dulu, lagu2 Weezer dalam album ini seperti Hash Pipe, Island In The Sun dan Photograph merupakan beberapa lagu wajib yang sering dibawa semasa waktu jamming bersama rakan2 (dulu aku dan rakan2 suka jamming di sebuah studio berhadapan dengan Metro Kajang, tak jauh dari kolej aku jugak ni). Oh ya masa di sekolah menengah sebelum itu pun aku sering jugak jamming bersama rakan2 bawak lagu Weezer dari 2 album terdahulu seperti Say It Ain't So, The Good Life, Undone - The Sweater Song dan Butterfly.
Jika anda seorang peminat setia Weezer, anda pasti akan perasaan tentang perbezaan dari segi sound untuk album ketiga ini. Berbeza dengan 2 album terdahulu yang soundnya agak raw, bunyian distortion yang berkecamuk, punk-oriented dan mempunyai elemen garage rock, album ketiga ini lebih ke arah yang agak commercial, pop song dan easy-listening. Tiada lagi pengaruh grunge dalam muzik mereka. Mungkin mereka juga semakin matang dalam mengubah lagu2 mereka. Tidak seperti album Pinkerton, album ini mudah diterima oleh pengkritik muzik dan banyak mendapat review yang positif. Tapi bagi aku, sekadar pendapat sahaja lah, aku rindu dengan attitude Seattle Punk dalam muzik mereka di dalam 2 album sebelum itu.
Walaupun aku membeli cd ini melalui Doc Ben, ironinya beliau ada menyatakan (rujuk entri beliau di SINI) bahawa agak sukar beliau menghadam muzik bawaan Weezer ini. Haha aku faham perasaan beliau, sama jugalah situasinya pada aku yang sampai ke hari ini masih tak dapat terima muzik Dream Theater dan Megadeth. mungkin itu selera masing2. Tak dapat nak salahkan sesiapa. Maafkan saya kalau saya tak dapat masuk muzik Abang Mus huhuhu...
Bob Marley di Zurich, Switzerland (Imej dari Wikipedia)
Redemption Song (Bob Marley)
Old pirates, yes, they rob I;
Sold I to the merchant ships,
Minutes after they took I
From the bottomless pit.
But my hand was made strong
By the 'and of the Almighty.
We forward in this generation
Triumphantly.
Won't you help to sing
These songs of freedom? -
'Cause all I ever have:
Redemption songs;
Redemption songs.
Emancipate yourselves from mental slavery;
None but ourselves can free our minds.
Have no fear for atomic energy,
'Cause none of them can stop the time.
How long shall they kill our prophets,
While we stand aside and look? Ooh!
Some say it's just a part of it:
We've got to fulfil de book.
Won't you help to sing
These songs of freedom? -
'Cause all I ever have:
Redemption songs;
Redemption songs;
Redemption songs.
[Guitar break]
Emancipate yourselves from mental slavery;
None but ourselves can free our mind.
Wo! Have no fear for atomic energy,
'Cause none of them-a can-a stop-a the time.
How long shall they kill our prophets,
While we stand aside and look?
Yes, some say it's just a part of it:
We've got to fulfill the book.
Won't you help to sing
These songs of freedom? -
'Cause all I ever had:
Redemption songs -
All I ever had:
Redemption songs:
These songs of freedom,
Songs of freedom.
Bob Marley - Redemption Song (acoustic version)
My opinion about the song:
Dahulu kala kita dijajah dalam bentuk fizikal dan mental di mana tanah hak milik anak cucu dan keturunan kita diambil oleh pendatang dan sekaligus dijadikan sebagai salah sebuah kawasan dibawah naungan empayar yang besar. Sudah beratus tahun kita dijajah oleh kuasa2 besar seperti England, Portugis dan Belanda. Sudah cukup sudah...tidak perlu diulang lagi peristiwa silam yang sungguh memilukan itu.
Namun sekarang di zaman serba canggih dan celik IT ini, rakyat kita "dijajah" dalam bentuk yang lebih halus, melalui dunia tanpa sempadan yang digelar internet. Ayat dari lagu ini yang menyebut "emancipate yourself from mental slavery, none but ourselves can free our mind" betul2 memberi kesan tentang apa yang aku katakan tadi. Tidak salah jika kita seiring dengan teknologi yang ada sekarang ini, cuba seharusnya kita perlu bijak menilai dengan apa saja maklumat yang kita lihat, dengar dan rasa...baik samada melalui laman sosial, website berita mutakhir, laman blog dan sebagainya. Kesahihan pada apa2pun maklumat adalah penting supaya mengelakkan kita menyebarkan fitnah sekaligus menyebabkan kita terjebak dalam "penjajahan minda", mindset kena atur beb...
Aku cakap ni pun macam bagus saja hahah...yang baik itu datang dari Allah, yang tak baik itu datangnya dari aku jugak.
Ini merupakan cover belakang komik ini, babak di mana watak Mat Som dan Yam tengah makan Sup Tulang di sebuah gerai makan. Artwork yang superb!
Aku terserempak dengan komik Mat Som ini semasa aku berkursus di Putrajaya beberapa tahun lepas. Aku beli komik ini di MPH Alamanda sana. Semasa aku nak angkat komik ni, salesgirl kat kedai tu cakap yang komik dah jarang dikeluarkan lagi. Agaknya betul lah kata salesgirl tu, aku belek di mukasurat pertama pun komik ini hanya dicetak sebanyak 4 kali sahaja semenjak ianya diterbitkan pada 1989 dahulu.
Komik Mat Som bagi aku boleh dikategorikan sebagai graphic novel rasanya. Jalan ceritanya selamba sahaja tetapi diselitkan dengan elemen nasihat secara berkias dan mudah difahami. Ianya mengisahkan seorang pemuda bernama Mat Som yang hidup serba kekurangan di tengah bandar Kuala Lumpur sebagai penulis sambilan untuk sebuah syarikat surat khabar. Gaya lukisan Datuk Lat dalam komik ini agak tipikal dengan komik-komik beliau sebelumnya seperti Kampung Boy, Town Boy, Lat Gets Lost dan sebagainya. Walaupun begitu kekuatan sebenar dalam komik ini ialah storyline yang bagus serta mempunyai maknanya tersendiri.
Sajak karya A Latiff Mohidin bertajuk "Songsang"
Part yang paling aku suka, Pyan Habib menyampaikan sajak bertajuk "Status Symbol" karya T Alias Taib kepada Mat Som
Walaupun nilai komedi agak kurang dalam komik ini, tapi kali ini Datuk Lat cuba menerapkan sedikit unsur kesasteraan dalam karya nya. Aku paling suka pada babak di mana Mat Som ditugaskan membuat liputan tentang acara deklamasi sajak oleh beberapa penyair terkenal seperti Tongkat Waran, Saleh Bin Joned dan A Ghafar Ibrahim untuk surat khabar yang tempat dia berkerja. Babak Pyan Habib (mana boleh lupa dengan watak Osman Tikus dia dulu hahaha) mendeklamasikan sajak berjudul "Status Symbol" karya asal T Alias Taib semasa berjalan menuruni bukit bersama watak Mat Som juga sungguh memberi maknanya tersendiri. Walaupun aku bukanlah seorang yang pakar dalam ilmu sastera melayu, namun sekurang2nya melalui komik ini aku adalah dapat ilmu sedikit tentang karya2 berunsur ilmiah sebegini.
Mat Som menunggang motosikal BSA kepunyaan bapanya. Sungguh teliti lukisan ini
Sebenarnya filem ini pernah ditayangkan di beberapa stesen TV suatu ketika dahulu terutama RTM1 ataupun 2 (aku tak ingat, sori beb). Setahun selepas komik Lat ini dipasarkan untuk tatapan umum, filem Mat Som pula dihasilkan. Filem yang dilakonkan oleh Imuda (melakonkan watak Mat Som), Datin Seri Tiara Jacquelina dan Zami Ismail ini di sebenarnya di bawah produksi Straberry FTV Sdn Bhd dan arahan Prof Dr Hatta Azad Khan.
Rasa2nya filem Mat Som ini merupakan filem adaptasi dari komik yang pertama seadanya di Malaysia, kalau ada sebelum tu aku tak pasti la pulak. Aku dapat DVD ini pun melalui pertolongan seorang rakan blogger iaitu Ahmad Blitzenius yang juga, secara kebetulan, mengenali Imuda. DVD ini juga siap ada tandatangan Imuda lagi tu hahah (ketawa jahat!).
DVD filem Mat Som
Overall, aku boleh katakan filem ini 80% mengikuti jalan cerita asal pada komik karya Datuk Lat itu. 20% lagi ada penambahan scene yang tidak ada pada komik tetapi ditokok-tambahkan, tapi ianya masih tidak lari dari jalan penceritaan yang asal. Cuma ada beberapa scene penting yang tidak ada pada filem tapi ada dalam komik, contohnya semasa Mat Som sedang merokok di luar gerabak keretapi sambil melihat telatah budak2 remaja di tempat yang sama serta scene Papa Rock Ramli Sarip digantikan dengan konsert rock band entah hapa entah, aku pun tak tau...mungkin susah kot nak bawak Ramli Sarip buat cameo dalam filem ini ketika itu.
Babak di mana Mat Som menulis surat kepada ayahanda nya di kampung
Minggu lepas bro Rafi Xyrus Zone ada buat entri pasal Filem Seram Asia yang beliau minati. Setelah selesai membaca entri tersebut, aku perasaan ada disebut juga pasal filem Sundel Bolong lakonan mendiang Suzanna. Ya, semestinya aku bersetuju apabila dikatakan filem ini mempunyai X Factor nya tersendiri dalam menakutkan orang-orang yang menonton filem tersebut. Huraian serta review ringkas akan aku buat sekejap lagi.
Suzanna bukanlah nama asing dalam industri perfileman di nusantara kita ini. Beliau yang pernah berlakon dalam sebanyak lebih kurang 42 filem ini merupakan legenda di dalam dunia perfileman di Indonesia sehingga beliau digelar "The Queen Of Indonesian Horror Movies" kerana kebanyakan filem lakonannya sentiasa berkait rapat dengan dunia mistik, jin, syaitan dan pelbagai lagi bentuk momok yang ada di dalam budaya orang asia kita ini.
Dalam kehidupan sebenar pun beliau juga sering dikaitkan dengan amalan mistik di mana semasa Suzanna masih hidup, beliau seringkali dilihat oleh orang kebanyakan bermeditasi dan mandi di sebuah kuil hindu yang terletak di dalam sebuah gua (aku pun tak ingat lokasinya tapi masih dalam pulau Jawa juga) serta rumah yang beliau tinggal dahulu dikatakan penduduk setempat berpuaka dan "keras". Malahan, selepas beliau meninggal dunia, kuburnya masih dilawati oleh pengunjung yang datang dengan niat tertentu. (sumber dari SINI)
Suzanna meninggal dunia pada 15 Oktober 2008 ketika umurnya 66 tahun akibat penyakit kencing manis yang dialaminya 5 tahun sebelum itu. Filem terakhir lakonan beliau ialah Hantu Ambulance lakonan bersama Dimaz Andrean (secara peribadinya aku tak berapa suka filem2 horror Indonesia yang terkini, banyak sangat aksi semi / soft porn dan hilang nilai angker nya). Di bawah merupakan filem2 lakonan Suzanna yang aku minat:
5. Malam Jumat Kliwon (1986)
Format filem ini agak sama dengan mana-mana filem seram lakonan Suzanna yang lain iaitu mempunyai elemen pembalasan dan aksi seksaan yang di luar batas pemikiran manusia (hahaha!). Apa yang menarik dalam filem ini ialah storyline yang menarik di mana Suzanna memegang watak seorang penulis novel yang menghidap sejenias penyakit fobia dan siapa boleh lupa scene seorang ibu mengandung yang terkena santet lalu beranak melalui badan belakangnya! Perghhh...menggigil beb.
Malam Jumat Kliwon (Full Movie)
4. Santet : Ilmu Pelebur Nyawa (1988)
Filem ini juga cliche konsepnya dengan mana-mana filem seram Suzanna yang lain, revenge movie is the best! Storyline tidak berapa menarik akan tetapi ada beberapa scene yang menunjukkan watak Katemi (lakonan Suzanna) sedang menurun ilmu hitamnya, memang menyeramkan. Watak orang jahat iaitu Bisman juga ada nilai horror nya tersendiri, aku rasa pelakon ini memang mukanya agak disfigured sedikit. Di pertengahan filem ini juga, penonton dengan tiba-tibanya didendangkan dengan irama dangdut hahaha...
Santet : Ilmu Pelebur Nyawa (Full Movie)
3. Ratu Ilmu Hitam (1981)
Filem ini diriliskan pada tahun yang sama dengan filemnya yang satu lagi iaitu Sundel Bolong. Filem ini merupakan titik awal kepada konsep revenge movie yang menggunakan ilmu hitam, disusuli dengan filem2 lain selepas itu. Watak Murni lakonan Suzanna dalam filem ini telah membawa tuah kepadanya apabila beliau memenangi anugerah aktres terbaik dalam Festival Filem Indonesia tahun 1982. Permulaan filem ini sudah cukup menakutkan apabila scene di mana di dalam upacara perkahwinan, pengantin perempuan telah diserang ilmu hitam dan menjadi histeria secara tiba-tiba. Walaupun zaman ini teknik CGI masih belum ada, akan tetapi dengan bantuan kesan khas yang ada, sudah cukup menambahkan lagi elemen angker dalam filem ini.
Ratu Ilmu Hitam (Full Movie)
2. Nyi Blorong (1982)
Suzanna sebagai Nyi Blorong
Di ambil dari legenda di Pulau Jawa, Nyi Blorong merupakan puteri kepada Nyi Roro Kidul, Ratu Laut Selatan (boleh dikatakan macam orang bunian jugak la cuma mereka ni tinggal di kawasan laut). Kiranya versi ini seperti ingin meneruskan penceritaan mitos tersebut lah. Kali ini watak Suzanna agak berbeza sekali, tidak ada sangkut paut dengan apa-apa jenis hantu yang hodoh, cuma menjadi puteri yang cantik jelita sahaja. Walaupun demikian nilai keseraman tetap ada seperti aksi pukau memukau dan gunaan santet untuk ditujukan kepada mangsa2. Oh ya, lupa nak bagitau, ini merupakan filem kedua lakonan Suzanna bersama Berry Prima (hero ni!). Filem pertama mereka digandingkan ialah Sundel Bolong.
Nyi Blorong (Full Movie)
1. Sundel Bolong (1981)
Diriliskan pada tahun aku dilahirkan iaitu 1981. Filem ini membuka mata dunia nusantara bahawa Suzanna merupakan aktres yang sesuai memegang watak heroin dalam filem bergenre seram. Walaupun plot filem ini agak ringkas dan mudah diramal namun lakonan watak2 di dalam nya sememangnya terbaik dan akan diingati oleh penggemar-penggemar filem horror di asia ini. Walaupun ada diterapkan elemen lucah yang tidak berapa ketara, namun penerimaan umum untuk filem ini amat memberansangkan pada ketika itu. Watak Sundel Bolong juga pernah diketengahkan semula dalam sebuah filem yang berjudul Lagenda Sundel Bolong (rilisan tahun 2007) dengan storyline yang lebih menarik serta mempunyai elemen kritikan masyarakat.
Diriwayatkan oleh imam al-tabrani dan selainnya r.a.h dengan sanad " hasan " telah menyusun qasidah tentang hari kelahiran nabi dan membacanya kpd nabi s.a.w.
Dinyatakan bahawasanya Saidina Abbas berkata kpd nabi s.a.w : " izinkan aku untuk memujimu ( berqaseedah ). " Rasulullah bersabda : "Katakanlah, semoga Allah menjaga mulutmu ( gigimu ) dari segala penyakit" lalu saidina Abbas bersyair : " sebelum ini,iaitu sebelum manusia di muka bumi ini, dikau senang di dalam kenikmatan syurga. Iaitu ruhmu bersenang di syurga bersama nabi Adam a.s. Dikau senang di syurga, berada dalam jagaan dengan tampalan daun-daun syurga. Iaitu setelah mana nabi Adam a.s bersalah pada tuhannya lalu menampal daun-daun syurga pada diri adam dan hawa kemudian diturunkan ke bumi, dikau belum lagi manusia, belum lagi menjadi janin dan belum lagi menjadi segumpal darah bahkan dikau adalah " nutfah " yg menaiki bahtera iaitu bahtera Nuh. Dan kaum Nuh menjadikan " nasr " sebagai sembahan dan ahli keluarganya turut tenggelam berpindah " nutfah " itu dari keturunan hingga ke satu rahim.. Apabila berlalunya alam ini peringkatnya sehingga dicapai kemuliaanmu setinggi-tinggi kedudukan dari puncak yg tinggi dan dikau ketika lahir bersinarlah bumi dan cakerawala dipenuhi dengan cahayamu dan kami selalu berada di tengah cahaya itu dan di jalan yg penuh petunjuk." Lalu Rasulullah bersabda : "Semoga Allah menjaga mulutmu ( gigimu ) dari segala penyakit. ". Dia ( saidina Abbas ) mula berumur dan giginya terus elok, tidak rosak satupun. Dendangan qaseedah hari kelahiran nabi didengar oleh telinga nabi s.a.w sendiri " dan kami selalu berada di tgh cahaya itu dan di jln yg penuh petunjuk ". Benarlah kamu wahai Abbas.
Dan kami ini selepas 1400 tahun berada dlm pancaran cahaya itu. Adakah kami akan tahu " la ilaha illa Allah" melainkan hanya dengan Nabi Muhammad s.a.w? Adakah kami ini kenal " al-Quran " melainkan hanya dgn nabi Muhammad s.a.w? Adakah kami kenal " Tuhan yg Maha Pemurah " melainkan hanya dgn nabi Muhammad s.a.w? Semoga Allah memberikan penghormatan pada baginda dgn sebaik-baik penghormatan yg telah diberikan pada nabi kepada umatnya juga kepada rasul serta kaumnya.. Semoga Allah mengumpulkan kita semua dlm golongan baginda Rasulullah s.a.w. AMIN YA ROBBAL ALAMIN.
Habib Ali Al Jufri; Pendakwah, Guru & Pewaris Nabi (Keturunan Rasulullah Dari Cucunya Imam Hussein)
Kita sebagai umat Nabi Muhammad SAW digalakkan supaya sentiasa berselawat ke atasnya supaya apabila kita dibangkitkan di Padang Mahsyar kelak, kita disatukan dengan idola yang sepatutnya iaitu Rasulullah SAW junjungan semua umat Islam khususnya. Perbanyakkan selawat supaya kita mendapat syafaat dari Rasulullah di hari pembalasan kelak, nasihat ini aku tujukan kepada sendiriku juga. Tidak semestinya Maulud Nabi ataupun selepas solat untuk kita berselawat, di masa kita bersenang-senang dengan keluarga juga kita boleh berqaseedah, memuji kebesaran Allah dan berselawat ke atas Rasulullah. Tanpa Rasulullah mana mungkin dunia ini akan ada sinar ketenangan dan rahmat Allah. Allahumma solli 'ala Muhammad.
Entri Mini : Sama-sama kita doakan agar dipermudahkan misi menyelamat/mencari pesawat MH370 yang terhempas baru-baru ini. Amin Ya Rabbal Alamin.