Friday, March 28, 2014

Akhirnya Blog Ini Sudah Mempunyai Pageview Sebanyak 100K!

Pageview semasa hari sabtu lepas (22/03/2014)

Semenjak aku mula berkecimpung di dalam penulisan blog peribadi ini pada Oktober 2011 dahulu (entri pertama klik di SINI), pelbagai cerita dan info telahpun aku hasilkan. Ditambah pula aku mulai mempunyai rakan-rakan blogger setia seperti bro Berteromber, Deaf Angel, Rafi Xyrus Zone, Ijau, PC Kokak, Doc Ben Krenmaut, Faizal Skudal, Ezaidi Metal Brain Asylum, Wan Beruas, Korawk Geng Kereta Sapu, Barangkali Marus dan banyak lagi. Aku berasa beruntung kerana mengenali kalian semua walaupun tidak pernah bersua muka. Secara tidak langsung melalui medium seperti blogging ini menambahkan lagu keakraban di kalangan blogger yang berpaksikan muzik ROCK terutamanya!

Blog aku yang kerdil dan tak seberapa ini telahpun mencapai pageview melebihi 100,000 sekarang. Walaupun sedemikian, hakikatnya masih banyak lagi yang perlu aku pelajari tentang blogging serta ilmu yang pelbagai seperti muzik, kerohanian (mendekatkan diri kepada Allah), info kesihatan dan sebagainya.

Tapi buat masa sekarang, aku rasa nak berhiatus buat seketika. Kadang2 otak aku pun boleh kena sindrom Writer's Block jugak dalam berblogging ni. Nak korek lagi banyak info tentang dunia skateboarding (yang aku ceburi kembali mulai awal tahun ini), muzik dan sebagainya. Kumpul knowledge dulu, prepare baik2 dan selepas itu baru boleh rilis dalam bentuk entri blog. Harap pada masa akan datang blog ini akan menyajikan lebih banyak entri yang berinformatif, rock & roll serta tidak salah kalau diselitkan unsur humor hehehe....

Until then, ciao...

Sarah Mclachlan - I Will Remember You

22 comments:

  1. wow, hebat.. tapi nak hiatus?! boleh percaya ka? tuan punya blog dikenal sebagai seorang yang rajin menulis dan berkongsi cerita.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cerita merapu banyak bro haha btw tahniah kerana kembali berblogging...

      Delete
  2. tahniah... teruskan.. jangan jadi macam saya dan korawk... blogger tengah kering idea...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ala ada masa tu bro, cuma kena pandai bahagikan masa saja...boleh tu,..bro, apsal tiap kali aku nak komen kat blog lu, memanjang ada keluar spam? Agak menyukarkan utk aku letak komen...huhu

      Delete
    2. Sebab aku selalu letak komen guna samsung tab saja...jarang guna laptop ataupun pc....tiap kali bukak blog lu guna tab, mesti ada keluar spam....ermmm sedih™

      Delete
  3. You allow 6 posts on your main page, you could easily have reduced it to increase the number of pages, but you don't, theoretically (cehhhhh...) , you should have hit 600,000.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Erkkk.... I try my best to fix that, sir heheh...

      Delete
  4. Beribu ribu tania.....semoga terus menulis....kering idea...hilang mood...tu perkara biasa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks bro kerana memahami....hehehe

      Delete
  5. Beribu2 lemon tahniah adi..heheh takyah la hiatus,ada idea je baru update..bkn ada deadline pun bloging ni..heheh
    Btw,singgah selalu memang bedepan dengan danga bay tak jauh pun

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha betul la restoran tu....lama dah aku x pergi JB....dulu masa study memang sebulan sekali la pergi sana.

      Delete
  6. walaupun blog aku start 2008 tapi baru dapat 40k jek..sedih...pasni aku nak up kisah politik, gosip artis, konspirasi, maria ozawa, etc baru jejak 100k hehe

    tahniah beb

    ReplyDelete
    Replies
    1. jangan lupa cerita pasal Babyrina jugak yer.....hehehehe

      Delete
  7. tahniah, dah boleh bubuh logo 100k club

    ReplyDelete
  8. SYABAS! Tahniah! congratulations! Bravo! Good job! Well done!!! teruskan usaha! saya sentiasa membaca walaupun kekadang sik ninggal komen (esp part music CD yg aku langsung sik kenal... hehe)

    ReplyDelete
  9. taniah bro,,,, aku kena tunggu 5tahun lagi lah baru dapat angka tu..hehehe

    ReplyDelete
  10. 100000. kalau cas sorang RM1.00, untung woooo

    ReplyDelete
  11. ..Writers block aka Mental Block!! Hummm aku ingatkan aku sorang je yg kena...Hehehehe...

    ReplyDelete

silakan memberi sebarang komen...whether it's good or bad

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...