Monday, March 30, 2015

Movie Review : Gone Girl (2014)

Gone Girl (2014).

Jika anda beranggapan bahawa filem ini boleh diklasifikasikan sebagai salah sebuah telefilem yang agak mudah diramal dari channel DIVA Astro, anda semestinya silap. Mungkin pada peringkat awal filem anda akan beranggapan sedemikian. Akan tetapi, tatkala jalan cerita mula melangkah ke level yang seterusnya, beberapa plot akan menjadi sedikit membingungkan dan mula bermain dengan minda anda. Terus terang saya katakan, ini yang saya mahukan dalam sebuah filem, ianya berupaya mengubah persepsi penonton dalam sekelip mata sahaja, dari segi yang positif. 

Mungkin agak keterlaluan jika saya katakan bahawa ini adalah antara filem terbaik bagi tahun 2014 yang lepas. Jika ianya diarahkan oleh David Fincher (the mad genius that brought you Alien 3, Fight Club, Social Network) dan skor muzik latarnya pula oleh Trent Reznor (frontman of Nine Inch Nail), semestinya anda sedang menonton filem yang berkualiti tinggi. Dari segi lakonan pula, tiada apa yang istimewa dengan persembahan Ben Affleck, dia cuma jadi diri nya yang sungguh cliche. Akan tetapi watak The Amazing Amy lakonan Rosamund Pike, wow! Ianya cukup berlainan sekali berbanding filem2 beliau sebelumnya. Sedikit sebanyak menghakis perlahan-lahan imej Bond Girl yang pernah beliau rangkul dahulu. Seharusnya dia layak memenangi award untuk kategori Best Actress di dalam Academy Award, bukan Julianne Moore. Rating? 4/5.


Official Movie Trailer

6 comments:

  1. cam nak kena fikir nye movie gitu...

    ReplyDelete
  2. ni best...dia punya twist pun best...

    ReplyDelete
  3. Aku tak tengok lagi.dari haritu nak tengok tak dapat2

    ReplyDelete
  4. belum tengok tapi nama David Fincher dgn Trent Reznor tu memang buat rasa nak tengok dengan segera..

    ReplyDelete
  5. Mind blowing punya movie...rasa geram masih bersisa di benak...

    ReplyDelete
  6. Mind blowing punya movie...rasa geram masih bersisa di benak...

    ReplyDelete

silakan memberi sebarang komen...whether it's good or bad

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...