Monday, August 21, 2017

Ulasan Santai Untuk Buku "Din, Manap dan Alien Dari Langit"

Buku "Din, Manap dan Alien Dari Langit" terbitan Kolektif Kidal

Catatan ini ditaip pada pukul 12.30 malam pada 18 Julai 2017 yang lepas

Malam ni tidur aku terganggu dek kerana nafsu yang membuak-buak untuk menghabiskan bacaan novel sulong karya editor zine HVTAM ni iaitu saudara Encik Jep. Buku yang mempunyai 100 mukasurat serta 40 bab ini sememangnya kena dengan jiwa seorang pria yang rebel (rebel celah mana pun aku tak tahu, berangan saja lebih) seperti aku ni. Gila kau, syok betul baca novel ni walaupun jalan ceritanya ringkas sahaja akan tetapi mesej yang ingin diutarakan adalah amat positif dan sesuai buat semua lapisan masyarakat. Impak yang diberikan juga kena dengan situasi semasa.

Buku ini mengisahkan tentang perjalanan hidup seharian 2 orang rakan karib iaitu Din Solo dan Manap (kemudiannya disertai oleh seorang lagi rakan mereka iaitu Bong) dalam perspektif anak punk yang melawan terhadap pelbagai sistem berorientasikan ketidakadilan. Dalam buku ini juga ada menyebut tentang misi mereka untuk membentuk satu 'revolusi' tetapi tidak dinyatakan secara terperinci dan dibiarkan tergantung. Mungkin taktik si penulis memang begitu. Suka buat plot yang ringkas jadi senggama minda. Haha.

Penggunaan bahasa pasar serta loghat Perak di dalam buku ini juga kena dengan tempatnya. Layan jugak aku baca dialog-dialog yang penuh dengan loghat sebegini. Sekurang-kurangnya bagi budak borneo macam aku, ini adalah benda baru yang seronok untuk dipelajari.

Sebagaimana aku enjoy membaca setiap isu zine HVTAM yang diriliskan secara mandiri oleh Encik Jep, begitulah juga semangat keterujaan yang timbul semasa aku menelaah buku ini. Diharap di masa hadapan, akan ada lagi novel fiksi sehebat begini dihasilkan oleh tuan empunya badan. 

P/S : Kalau Mamat Khalid baca buku ni, nescaya dia pasti akan adaptasikan ke dalam bentuk filem. Paling tidak pun jadi telemovie dan masuk ke dalam Astro First. Fuhh, kapitalis sungguh.


7 comments:

  1. Nice review.mana bole dpt buku ni bro

    ReplyDelete
    Replies
    1. dekat gambar bawah tu ada detail pasal siapa yang jual buku ni bro

      Delete
    2. dekat gambar bawah tu ada detail pasal siapa yang jual buku ni bro

      Delete
  2. "Malam ni tidur aku terganggu dek kerana nafsu yang membuak-buak untuk..."

    saspen! saspen!

    ReplyDelete
  3. penat weii masuk satu satu blog korang baca 2 months worth posting, Ijau dan berteromber nye la... punye banyak posting. haha.

    ok aku suka yang parents sugul tu, touching, dan aku suka KLIA ruang tu, sayu je kan.
    wish ko good luck with Grab
    dan simpati kena tipu masa jual beli cd.
    (siot kan? terang2 ni jual beli cd ni is music lovers) kenapa nak tipu music lovers pun aku tak paham...

    ReplyDelete
  4. ooo dan aku suka post Michael Jackson... Thriller kan, sampai sekarang aku masuk youtube tengok show motown yang first dia joget Billie Jean tu. Ribut!!

    ReplyDelete

silakan memberi sebarang komen...whether it's good or bad

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...