Monday, April 16, 2018

Ulasan Ringkas : 12' LP The Bollocks - Revolution

12" LP The Bollocks - Revolution

Ini merupakan sebuah lagi rilisan dari label Glord Records dan ianya merupakan sebuah buah tangan buat semua peminat muzik punk rock di Malaysia dan seluruh alam jagat bagi meraikan ulangtahun ke 21 mini album ini. Ya, mungkin aku bukanlah peminat tegar irama hardcore mahupun punk namun apresiasi terhadap muzik begini haruslah ada pada setiap pencinta muzik underground.

Sebenarnya aku agak lambat mengenali mereka. Namun ianya tidak menghalang aku untuk cuba menggali akar umbi muzik punk rock bawaan The Bollocks ini.

The Bollocks merupakan sebuah nama yang tidak perlu diperkatakan lagi di kalangan peminat muzik hardcore dan punk. Mereka boleh dikatakan sebahagian daripada penggerak dalam scene punk rock di dalam negara kita. Namun secara peribadi, The Bollocks masih lagi diklasifikasikan sebagai "unsung heroes" di dalam pembabitan mereka untuk scene mereka, mungkin disebabkan ada nama lain yang lebih menyerlah pada awal kemunculan mereka di dekad 90'an dahulu.

Berbalik kepada LP Revolution ini, rasanya pihak Glord telah membuat satu usaha yang cukup membanggakan. Pakej LP 12" didatangkan khas dalam bentuk gatefold dan disertakan dengan sebuah booklet yang menggandungi kata-kata penghargaan daripada beberapa individu yang juga memperjuangkan irama punk rock seperti Ben Pangazou dari band Con-damn The Corruptor serta Jimbo dari band Hellexist / Parkinson dan ramai lagi.

 LP dalam bentuk gatefold disertai dengan lirik serta biografi ringkas

Tak lupa juga ianya diiringi dengan poster bersaiz A3, sticker dan juga CD audio album tersebut. Menariknya di sini, CD audio ini juga bersifat interaktif kerana mempunyai video persembahan live mereka semasa gig reunion The Bollocks pada tahun 2003. Tahniah buat Glord Records. Terasa berbaloi memiliki LP ini walaupun aku hanya beli versi pakej biasa sahaja tanpa ada metal pin.

 Booklet

Ruangan sesi temuramah The Bollocks bersama editor zine Shock & Awe

Dari segi bunyian di dalam LPnya pula, pihak The Bollocks telah membuat kerja-kerja remaster dan ianya cukup baik sekali. Bukan senang beb nak buat proses remaster yang bermula dari kaset dan terus ke format yang lain seperti CD dan vinyl dengan kualiti bunyi yang lebih baik. Oh ya, jangan terpedaya dengan format 12" LP ya, adalah dinasihatkan untuk menukar speed RPM kepada 45 instead of 33. Kalau tak, kau hanya akan dengar sound lembab sahaja nanti haha. 

CD audio yang disertai dengan klip video persembahan live mereka

Akhir kata dari aku, diharap band ini akan menghasilkan lebih banyak material baru di masa akan datang. Buat pihak Glord Records pula, kalian telah menghasilkan rilisan-rilisan yang terbaik sebelum ini dan pada masa sekarang. Amat mudah berurusan dengan mereka. 

Viva La Punk!

Viva La Punk - The Bollocks (Live in KL)

Malapetaka - The Bollocks

Viva La Punk - The Bollocks (2007 version)

1 comment:

  1. PLEASE .. VOTE FOR PAKATAN HARAPAN.. HIDUP TUN MAHATHIR

    ReplyDelete

silakan memberi sebarang komen...whether it's good or bad

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...