Monday, May 28, 2018

Sebuah Mesej Buat Rakan-Rakan Di Media Sosial Selepas PRU14

Gambar sekadar cadangan untuk hiasan

Tolonglah kawan-kawan,

Aku rindu status facebook korang yang selalu mengeluh pasal pekerjaan, hidup rumah tangga, masalah dengki dengan office mates, iklan jual tupperware ataupun penapis air Coway.

Aku rindu photo selfie korang sambil letak caption yang tak ada kaitan langsung dengan gambar korang.

Aku rindu baca status korang yang ringkas tetapi penuh dengan hashtag mengarut dan ada yang memeningkan untuk dibaca.

Aku rindu baca resepi makanan yang korang share kat facebook atau instagram sambil buat video ringkas serta disudahi dengan kau menyebut ayat "job is done" disertakan intonasi yang amat gedik dan meluat.

Aku rindu tengok gambar-gambar memancing dikongsikan oleh kawan-kawan aku yang suka memancing walhal ikan yang ditangkap tu bukan dia tangkapkan.

Yang paling aku rindu ialah apabila ada beberapa kawan share video yang diluarannya nampak menarik tetapi setelah dibuka serta tekan butang "play", tiba-tiba keluar suara perempuan mengerang kesedapan akibat disenggama. Jahanam betul ni.

Aku merayu sangat-sangat. Sudah-sudahlah jadi penganalisa politik yang tak bertauliah. Serabut aku baca. Aku tegur ni sebagai kawan dan sebab aku sayang engkau.

Tolonglah.

P/S : Status ini aku tulis di Facebook pada 11 Mei 2018, 2 hari selepas Pilihanraya Umum 2018


8 comments:

  1. HA. HA. HA. Politik ni adalah sarkas untuk masyarakat yg buta di abad 21. Tak kisahlah PH atau BN - semuanya oligarki. Democracy is bullshit. Selagi ada "state system" di situlah kezaliman akan bernaung.

    ReplyDelete
  2. Politicians will die, they will become SENILE!!!, they will become useless, they will lose their memories, their richness and power one day WILL NOT SAVE THEM!!
    Tapi Rock Never Die!!!!

    ReplyDelete
  3. "Yang paling aku rindu ialah apabila ada beberapa kawan share video yang diluarannya nampak menarik tetapi setelah dibuka serta tekan butang "play", tiba-tiba keluar suara perempuan mengerang kesedapan akibat disenggama. Jahanam betul ni." - hahaha..yg ni memang paling haram jadah.aku penah terkena masa dlm lrt.betapa malu nya aku masa tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku pulak entah berapa kali kena situasi mcm ni di tempat yg berbeza

      Delete
  4. apakan daya, dakwat di jari belum tertanggal lagi

    ReplyDelete

silakan memberi sebarang komen...whether it's good or bad

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...