Monday, October 18, 2021

12" LP MY CHEMICAL ROMANCE - THREE CHEERS FOR SWEET REVENGE (2004)

12" LP MY CHEMICAL ROMANCE - THREE CHEERS FOR SWEET REVENGE (2004)

Baru menerima bungkusan berisi LP 12" dari distro Sonik Kicks yang beroperasi melalui Instagram dan diasaskan oleh boss Lim WT ini. Ianya berisi piring hitam dari band My Chemical Romance dari album kedua mereka yang berjudul "Three Cheers For Sweet Revenge". Ianya dijual dengan harga mampu milik dan perkhidmatan penghantaran pun cukul bagus.

Sebagai mana ramai sudah tahun, album ini mula diriliskan tatkala demam muzik emo sedang merebak bagai pandemik ketika itu. Pertama kali aku mengenali band ini ialah melalui channel MTV di mana aku tertonton (secara tidak sengaja) music video mereka yang berjudul "I'm Not Okay (I Promise)". Ianya juga merupakan single pertama dari album tersebut.

Tidak seperti band-band emo yang meletup ketika itu seperti Yellowcard, The Used, Dashboard Confessional dan macam-macam lagi, My Chemical Romance keluar dengan imej gothic dan misterius. Boleh saja lihat wajah vokalisnya iaitu Gerrard Ways di dalam music video "Helena" yang tidak ubah seperti vampire. Aku suka penyampaian band ini dengan imej tersebut. Agak kena dengan konsep album tersebut juga.

Jika dipandang pada aspek muzik pula, album ini sebenarnya lebih ke arah muzik good old fashioned punk rock. Dengar sahaja pada lagu pertama di dalam album ini iaitu "Helena", ianya straight up punk rock. Ada banyak lagu lain di dalam album ini juga sama, lebih punk rock dari apa yang digelar kebanyakan media pada ketika itu sebagai muzik emo (entah apa-apa punya label la).

Album ini ada sentimental value juga kepada aku. Ianya diriliskan pada tahun 2004, lebih kurang 17 tahun lepas. Ianya diriliskan pada tarikh 8 Jun di tahun tersebut, kira-kira sebulan sebelum aku berkhidmat sebagai penjawat awam. Boleh dikatakan album ini juga dijadikan sebagai penanda aras tempoh perkhidmatan aku kepada kerajaan. Tahun 2004 juga menyaksikan aku serta band aku terlalu aktif di beberapa siri gig di Bintulu ketika itu. Kalau masa jamming saja, mesti bawak lagu Helena ataupun I'm Not Okay. Haha. Good old times.




2 comments:

silakan memberi sebarang komen...whether it's good or bad

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...