Thursday, October 14, 2021

ULASAN RINGKAS FILEM : MALIGNANT (2021)

ULASAN RINGKAS FILEM : MALIGNANT (2021)

Apabila kau terdengar atau terbaca nama James Wan di mana-mana platform media, ianya pasti sinonim dengan filem-filem horror yang box office, tidak kisahlah samada ianya berjaya ataupun flop di pasaran. Anak kelahiran Sarawak dan membesar di Australia ini di antara pengarah asia yang berjaya di Hollywood sekarang. Bahkan beliau mengarah beberapa filem yang bukan horror seperti Aquaman serta Fast And Furious.

Malignant merupakan buah tangan horror yang terkini dijadikan hidangan buat peminat filem genre ini. Kali ini Annabelle Willis (popular dengan watak Grace Burgess di dalam siri Netflix iaitu Peaky Blinders) bergandingan dengan James Wan buat kali kedua. Kali pertama pelakon cantik dari England ini bekerjasama dengan James Wan ialah melalui filem Annabelle pada tahun 2014 yang menceritakan tentang asal usul patung berpuaka tersebut.

Filem ini mengisahkan seorang jururawat bernama Madison Mitchell yang pernah keguguran 3 kali sebelum ini dan mempunyai hubungan yang renggang dengan suaminya disebabkan masalah tersebut. Suatu hari, Madison serta suaminya telah bertengkar tentang isu tadi lalu mengakibatkan si suami mati secara misteri dan kejam di waktu malam. Kematian suaminya itu merupakan titik permulaan kepada beberapa babak angker di dalam filem ini.

Ada beberapa faktor penting yang membuatkan filem ini menarik sebenarnya. Faktor utama ialah dari gaya arahan filem ini dibuat, ianya seakan-akan ingin mengembalikan vibe filem seram dari dekad 80'an di mana ianya diiringi dengan muzik latar belakang yang digunakan dalam kadar berlebihan di mana hampir setiap scene masih mengekalkan muzik latar yang sama. Ianya hampir terikut-ikut dengan siri franchise Nightmare On Elm Street dari segi penggunaan muzik latar. Jalan ceritanya juga agak cliché dengan apa yang pernah kita saksikan dengan beberapa filem seram yang terkenal di era tersebut.

Apa yang menjadi kekurangan ataupun sisi negatif filem ini ialah kesudahannya yang mudah diramal dan dibiarkan tergantung pada penghujungnya agar mempunyai potensi untuk dibuat sequel di masa akan datang. Aku kurang gemar dengan formula ini, disebabkan ianya sudah digunapakai secara berlebihan oleh James Wan melalui filem The Conjuring, Annabelle dan Insidious. Para peminat sebenarnya inginkan satu idea yang segar dari pengarah versatile ini. Bukannya sebuah filem yang mempunyai gaya penceritaan hampir sama dengan karya-karya sebelum ini.

Salah satu penyelamat kepada filem ini ialah babak pergaduhan di dalam balai polis di antara pihak penguatkuasa dengan villain iaitu Gabriel. Siapakah Gabriel? Anda kena tonton filem ini untuk mengetahuinya.

Rating? 3/5



No comments:

Post a Comment

silakan memberi sebarang komen...whether it's good or bad

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...