LP WU-TANG CLAN "ENTER THE WU-TANG (36 CHAMBERS)" (1993)
Monday, May 30, 2022
LP WU-TANG CLAN "ENTER THE WU-TANG (36 CHAMBERS)" (1993)
Video Tik Tok aku kembali lagi. Kali ini mengetengahkan LP Wu-Tang Clan dari album pertama mereka yang berjudul "Enter The Wu-Tang (35 Chambers)" yang diriliskan pada tahun 1993. Album yang dibawah naungan label Loud Records ini merupakan salah satu karya hip hop yang sering diperkatakan di dalam komuniti genre tersebut dan sering dikenang sebagai salah sebuah masterpiece untuk elemen gangster rap. Mungkin ianya tidaklah seganas ataupun notorious seperti N.W.A. mahupun 2pac, namun Wu-Tang Clan mempunyai gaya yang tersendiri dan unik.
Aku agak lambat mengenali Wu-Tang Clan. Kalau tidak kerana lagu "Shame" (salah sebuah lagu dari album 36 Chambers ini) yang dicover oleh System Of A Down suatu ketika dahulu, rasanya sampai sekarang aku tak akan tahu siapa mereka ini. Apa yang pasti, Wu-Tang Clan bergerak secara satu unit dan dianggotai oleh RZA, GZA, Ol' Dirty Bastard, U-God, Inspecktah Deck, Ghostface Killah, Raekwon dan Method Man. Kalau kalian layan TV series "Wu-Tang The American Saga", tentu korang akan tahu serba sedikit tentang sejarah unit hip hop tersohor ini.
P/S : Ini merupakan LP hip hop pertama aku. Damn, haha.
Thursday, May 26, 2022
ULASAN RINGKAS SIRI NETFLIX : ALL OF US ARE DEAD (2022)
ULASAN RINGKAS SIRI NETFLIX : ALL OF US ARE DEAD (2022)
Kalau kita tengok sekarang di beberapa media sosial, siri Netflix ini sudah pun trending dan banyak mendapat perhatian para netizen. Jika dahulu aku sangat skeptical dengan apa-apa rilisan siri TV dari Korea Selatan, sekarang mentaliti aku sudah berubah dan dapat menerimanya terutama sekali apabila melibatkan elemen zombie.
Sejak kejayaan filem "Train To Busan" serta siri Netflix "Kingdom", tema zombie apocalypse kini sudah pun mendapat tempat di hati para peminat genre horror dan aksi. Pendek kata, kalau ada shooting untuk filem atau siri yang berkaitan dengan zombie, mereka akan cuba buat sehabis baik samada dari segi pengambilan rakaman video, make up, prop dan sebagainya.
Siri Netflix "All Of Us Are Dead" ini berasal daripada webtoon ataupun "manhwa" yang sudah pun diriliskan pada tahun 2009 dan berakhir pada 2011. Kiranya manhwa ni macam manga versi Korea cuma ianya dinikmati melalui pembacaan menggunakan telefon pintar.
Siri Netflix ini mempunyai elemen dark comedy yang agak explicit dan ianya juga mengandungi pengakhiran yang sukar diduga. Beberapa watak utamanya juga pada awalnya nampak seperti mudah diramal peranannya. Apabila sudah sampai ke episod terakhir, banyak watak utama beralih pula peranannya dan ini adalah satu keunikan untuk siri "All Of Us Are Dead". Seperti yang sudah dijangka dari awal, ianya sukar diramal.
Ada satu lagi keunikan yang ada pada siri ini (spoiler alert). Kebiasaan untuk filem-filem zombie yang lain, kita tidak didedahkan tentang asal usul virus yang menular. Akan tetapi lain pula dengan siri ini, di beberapa episod awal sudah diketahui puncanya dan ianya membuatkan jalan ceritanya lebih menarik.
Tidak sabar pula rasanya untuk menonton musim kedua siri ini. Kalau cerita pasal bab suspen, siri "All Of Us Are Dead" memang layak jadi juara untuk kategori ini.
Monday, May 23, 2022
ULASAN RINGKAS SIRI ANIME : THE ORBITAL CHILDREN (2022)
ULASAN RINGKAS SIRI ANIME : THE ORBITAL CHILDREN (2022)
Siri anime yang disiarkan melalui aplikasi Netflix ini merupakan sebuah karya dari salah seorang pengarah animator terkenal di Jepun iaitu Mitsuo Iso. Mungkin nama beliau tidaklah sehebat Hayao Miyazaki ataupun Makoto Shinkai, namun beliau sudah pun terlibat dalam pembikinan anime lebih daripada 30 tahun.
Antara karya-karya anime yang beliau pernah melibatkan diri dalam pembikinan ialah Mobile Suit Gundam, The End Of Evangelion, Ruroni Kenshin, Ghost In The Shell dan banyak lagi. Kebanyakan anime yang beliau hasilkan lebih ke arah elemen futuristik dan mechanical. Siri Netflix ini juga tidak terkecuali.
The Orbital Children merupakan sebuah siri anime yang mempunyai episod yang sikit (sekadar 6 episod sahaja) akan tetapi memberikan impak yang sangat bagus dalam pelbagai sudut. Ianya mempunyai elemen seperti Artificial intelligence (AI), robotik, futuristik, sedikit mekanikal dan jalan cerita yang menarik. Walaupun dilihat mempunyai banyak babak perbualan yang melibatkan hal-hal teknikal yang berkaitan dengan dunia teknologi dan internet, siri ini juga menghidangkan satu jalan cerita yang asli dan lebih ringan dari karya Mitsuo Iso sebelum ini seperti The End Of Evangelion dan Ghost In The Shell.
Entah kenapa anime ini agak kurang diketahui oleh umum walaupun diriliskan melalui aplikasi Netflix. Aku rasakan anime ini boleh tahan bagus juga walaupun tidaklah sehebat anime-anime yang tengah laku di pasaran sekarang ini. Boleh dikatakan under rated jugalah anime walaupun jalan ceritanya sangat menarik.
Thursday, May 19, 2022
Monday, May 16, 2022
12" LP JAMES IHA - LET IT COME DOWN (JAPAN PRESS)
12" LP JAMES IHA - LET IT COME DOWN (JAPAN PRESS)
Buat mereka yang follow scene muzik alternative rock era 90'an, band seperti The Smashing Pumpkins semestinya satu nama yang gah dalam genre rock ketika itu. Dalam dekad itu sahaja, band ini telah menghasilkan beberapa album yang hit dan mendapat pujaan ramai seperti Gish, Siamese Dream, Mellon Collie & The Infinite Sadness, Pisces Iscariot (B Sides Collection) dan Adore.
Namun disebalik sukses tersebut, co founder band ini iaitu James Iha telah pun menghasilkan album solo pada tahun 1998. Dalam beberapa album Smashing Pumpkins pun, James Iha pernah menyumbang beberapa lagu beliau seperti "Blew Away" (personal favourite) dari album "Pisces Iscariot". Ternyata James Iha merupakan seorang songwriter yang
hebat
dalam kelasnya tersendiri.Salah satu sebab aku beli LP ini juga adalah sebagai satu effort untuk "membeli masa silam" kerana banyak memori indah zaman remaja yang berlegar semasa album ini diriliskan ketika itu (tahun 1998). Tahun itu juga aku struggle dengan SPM, ada crush dengan seseorang di sekolah aku (ended tragically), memori lepak dengan rakan-rakan dan sebagainya (aku pun dah lupa). Boleh dikatakan album ini ada nilai sentimentalnya yang tersendiri.
Thursday, May 12, 2022
ULASAN RINGKAS SIRI ANIME : ASOBI ASOBASE (2018)
ULASAN RINGKAS SIRI ANIME : ASOBI ASOBASE (2018)
Pernah dengar tak dengan ungkapan "don't judge a book by its cover" atau dalam bahasa Melayunya bermaksud "jangan menilai sesuatu dari luaran sahaja"? Kata-kata ini juga boleh diaplikasikan ke dalam dunia anime juga. Tidak semua anime sesuai untuk ditonton oleh kanak-kanak. Dari luaran ataupun melihat kepada imej watak utama, mungkin ada beberapa anime nampak seperti "children friendly" namun hakikatnya ianya mempunyai tema dewasa yang sangat tidak sesuai untuk tontonan kanak-kanak.
Sama juga dengan apa yang dipersembahkan oleh anime yang berjudul "Asobi Asobase" ini. Jika kita perhatikan 3 watak utama dari anime ini sekali imbas, mereka nampak sangat comel (kawaii) dan innocent. Tapi jika anda selesai menonton kesemua 12 episod nya, anda akan terdedah dengan koleksi lawak-lawak dewasa yang seringkali dikaitkan dengan golongan lelaki.
Harap jangan salah faham, anime ini bagi aku ianya sangat bagus sebenarnya. Ianya sangat kelakar sehinggakan boleh buat kau rasa mind-blown disebabkan kau tidak menyangka yang watak-watak utama ini "bodoh" nak mampus! Tiga gadis comel tetapi bangang iaitu Hanako (gadis periang yang datang dari keluarga kaya), Olivia (gadis berasal dari Amerika tetapi tidak pandai berbahasa English) dan Kasumi (gadis nerd yang ada masalah dalam subjek pelajaran English) mempunyai chemistry yang sangat bagus dalam membawakan beberapa skit lawak mereka.
Monday, May 9, 2022
SIAPAKAH SEBENARNYA OSAMU DAZAI?
SIAPAKAH SEBENARNYA OSAMU DAZAI?
Jika anda peminat anime, anda mungkin terbiasa menonton satu siri berjudul "Bungo Stray Dogs" dan ianya juga dapat ditonton melalui Netflix. Di dalam siri tersebut ada seorang watak bernama Osamu Dazai. Nama watak ini diambil dari seorang penulis novel Jepun yang "notorious" dan terkenal pada awal abad ke-20. Di dalam anime tersebut juga, watak Osamu Dazai juga mempunyai perwatakan yang sama seperti penulis asalnya dan antara elemen yang berkait tersebut ialah "suicidal".
Anak aku sebenarnya meminati anime ini, aku pula belum mula lagi menelaahnya. Dia suka sangat watak Osamu Dazai sehinggakan dia sanggup buat research pasal penulis asal tu. Kalau di Jepun, Osamu Dazai ni sama level dengan Oscar Wilde (UK), Ernest Hemmingway (USA) dan Chairil Anwar (Indonesia). Persamaan yang ada pada penulis-penulis karya seni ini ialah cuma ada dua; hidup mereka sangat depresif dan sering dirundung kekecewaan namun berjaya menghasilkan karya yang bermutu tinggi.
Terkejut juga apabila anak aku suruh aku belikan buku ni di Shopee. Seller pula dari Indonesia. Novel yang bertajuk "No Longer Human" atau dalam bahasa Jepunnya "Ningen Shikkaku" pada asalnya diterbitkan di tahun 1948. Ianya mengisahkan tentang kehidupan Osamu Dazai sendiri, lebih kurang macam autobiografi lah. Cuma masalahnya, novel ini khusus untuk pembaca matang kerana ada pelbagai elemen yang mampu mengganggu emosi seperi perasaan bunuh diri, perlakuan zina dan ketagihan dadah jenis morfin.
Namun bahagian paling menyedihkan tentang novel ialah apabila Osamu Dazai disisihkan oleh keluarga dan masyarakat lantas menyebabkan beliau hidup dalam keadaan "Hikikomori" (menyisihkan diri dari komunikasi dengan sebarang manusia). Tidak lama selepas buku ini diterbitkan, Osamu Dazai membunuh diri dan ianya merupakan percubaan kali kelimanya. Sebelum itu beliau telah pun membuat percubaan bunuh diri akan tetapi berjaya diselamatkan oleh beberapa individu.
Yang peliknya pada ketika itu, Novel Osamu Dazai ini laku di pasaran sehinggakan ianya diterjemahkan ke bahasa English 10 tahun kemudiannya. Isu yang aku dapat ini merupakan cetakan yang entah ke berapa kali dah. Ianya berjaya menambat hari para peminat sastera luar negara kerana novel ini mempunyai narratif yang unik dan amat jarang dijumpai di dalam mana-mana karya sastera Jepun.
Thursday, May 5, 2022
KALAU MENCARI PASANGAN, BIARLAH YANG MEMAHAMI
KALAU MENCARI PASANGAN, BIARLAH YANG MEMAHAMI
Inilah akibatnya jika pasangan tidak memahami hobi serta minat masing-masing. Aku rasa mesti ada kisah disebaliknya yang kita tak tahu pasal pasangan ini. Boleh jadi si lelaki terlalu obses dengan hobinya sehingga lupa nak memuaskan hati serta kehendak si perempuan.
Aku bersyukur kerana mempunyai isteri yang memahami minat aku. In return, aku pun kena faham minat dia macam mana. Kena ada give and take. Barulah bahagia.
Monday, May 2, 2022
STAND BY ME / ODORIKO (OASIS & VAUNDY ACOUSTIC MASH UP)
STAND BY ME / ODORIKO (OASIS & VAUNDY ACOUSTIC MASH UP)
(Rakaman dibuat pada 19 Februari yang lepas)
Tiba-tiba rasa rajin hari ini nak buat video sambil main gitar. Kali ni buat mash up acoustic version untuk lagu Oasis bertajuk "Standby By Me" dan artis Jepun bernama Vaundy dengan lagu "Odoriko".
Enjoy! Maaf kalau vokal aku terkucil sedikit.
Subscribe to:
Posts (Atom)