Monday, August 14, 2017

Ulasan Filem : Raw (2016)


2 Poster Rasmi Untuk Filem "Raw"

Filem berbahasa Perancis yang berjudul Raw ini sebenarnya bukan untuk tontonan umum. Ianya ditujukan buat khalayak tertentu sahaja. Ya, ianya merupakan sebuah filem tentang kanibalisme. Namun jika dipandang dari beberapa aspek, ianya masih jauh untuk diletakkan sama taraf ke dalam genre horror yang bertemakan kanibalisme seperti Cannibal Holocaust mahupun Green Inferno.

Filem pertama arahan Julia Ducourna ini merupakan satu percubaan yang bagus sebenarnya dalam meneroka filem sub-genre sebegini. Ianya tidaklah terlalu mengecewakan. Ada juga beberapa elemen lain yang menjadi daya tarikan iaitu gaya sinematografi, pemilihan lokasi dan semestinya lakonan watak utama Justine yang dibawa oleh pelakon muda Garance Marillier. Watak Justine diberikan tumpuan hampir seratus peratus sepanjang filem ini. Ini adalah kerana (berdasarkan pemahaman penulis dalam mengamati mesej yang ingin disampaikan oleh pengarah) watak Justine merupakan narratif utama dalam membawa penonton menyaksikan sendiri perubahan sikap serta fizikal seorang gadis normal menjadi luarbiasa dan buas.

Jalan penceritaan filem ini juga menarik kerana ianya dimulakan agak perlahan namun pengakhiran agak mengejutkan. Sebuah filem yang bagus ialah apabila ianya berakhir dengan satu babak klimaks yang di luar jangkaan. Klimaks yang dimaksudkan boleh jadi menimbulkan tanda tanya ataupun membuat penonton rasa tidak senang duduk. Filem ini berjaya dalam menyampaikan mesej tersebut dalam caranya yang tersendiri.

Lakonan watak antagonis Alexia, kakak kepada Justine bawaan aktres Ella Rump juga ternyata bagus sekali. Watak Alexia dan Justine mempunyai hubungan "love and hate" yang agak kompleks namun penghayatannya mudah untuk dihadam oleh penonton. 

Filem ini bukanlah "girl flick" yang biasa-biasa. Ianya punyai twist yang menuntut penontonnya untuk menonton sehingga habis dan ianya sangat menarik. Cuma bila dilihat dari segi gore dan horrornya, ianya masih tidak mencapai standard mana-mana filem cult dari Itali yang ternyata sungguh senggama minda. 

Rating? 3/5

Salah satu adegan di dalam filem ini di mana Justine dipaksa untuk makan buah pinggang arnab

Wednesday, August 9, 2017

Pengalaman Pahit Ditipu Scammer

SCAM GAYA BARU. KALI INI SI SELLER PULA JADI MANGSA, BUKAN PEMBELI.



Kejadian ini berlaku terhadap aku pada minggu lepas. Sedih siot.

Sudah hampir 10 tahun aku buat perniagaan jual beli CD secara atas talian menggunakan facebook dan blog. Namun ini adalah kali pertama aku selaku penjual kena scam oleh so-called pembeli. Aku malas nak cerita panjang, korang boleh baca laporan polis di bawah. Banyak yang aku belajar di sebalik musibah yang terkena kat aku ni. Di antaranya ialah:

1. Hati-hati apabila menggunakan sebarang portal jual beli secara atas talian, terutama sekali Mudah.my kerana dari aplikasi inilah aku kena tipu. Sekarang scammer dah bijak, dia tak fokus kepada buyer sebaliknya kepada seller.

2. Apabila melibat urusniaga menggunakan bank antarabangsa yang engkau langsung tak pernah dengar, baik kau reject awal2.

3. Sekarang scammer yang berlagak seperti pelanggan ni dah berani call seller pulak. Ianya adalah taktik utk mereka menanamkan sifat percaya ke atas seller.

5. Jangan sesekali buat deal dengan individu dari luar negara yang profilenya langsung tidak diketahui.

6. Ingat nama ni, GURDEV SINGH. Lelaki warganegara India ini sudah mempunyai 5 rekod jenayah dan satu darinya melibatkan senjata api. Kerja scammer ni salah satu daripada bidang kepakaran dia. 

7. Scammer macam ni cerdik jugak. Dia memang target nak scam kat seller sebab apa-apa yang berlaku kat seller, pihak Tribunal Pengguna dari KPDNKK susah nak ambil tindakan disebabkan atas alasan yang jadi mangsa adalah seller, bukan pengguna.

8. Mungkin salah aku juga sebab terlalu naif dalam berurusniaga. Lepas ni kena lebih berhati-hati dan perasaan "syak wasangka" tu perlu juga dalam beberapa keadaan. 

Ini sebenarnya juga sebagai satu peringatan buat semua, baik pelanggan mahupun penjual. Di harap ianya tidak akan berlaku lagi ke atas aku mahupun sesiapa pun. Letih siot. Takpalah, kita hanya perlu bersabar. Barangkali ini adalah salah satu ujian Allah buat aku. Dia nak test iman aku macam mana. Husnuzon. Bersangka baik terhadap Allah. Mungkin ada hikmah di sebalik musibah yang menimpa aku ni.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...