Saturday, April 21, 2012

BUNOHAN : Movie Review By Me (One Hell of a Heavy Drama Produced in Malaysia!)

 
 Poster Rasmi Untuk Filem BUNOHAN

Salah satu adegan perlawanan Muay Thai dalam filem ini

"Bicaro Kito Ibarak Jejak Atah Tanah"

Sudah agak lamak aku tak membuat sebarang entri tentang review movie. Asyik buat entri pasal muzik saja, tentang dunia perfileman aku tinggalkan sebentar haha. Mana tidaknya, fokus aku buat blog ni pun bertujuan berkongsi pengalaman muzik (yang tak seberapa ni) kepada pembaca2 blog hampeh ni. Ok takper la, hentikan sekejap merapu aku tadi. 

Setelah selesai menonton filem Bunohan (Arahan Dain Said - juga pernah mengarah filem Dukun yang masih tak lepas dari tapisan Finas hingga sekarang), tiba2 aku terpanggil untuk membuat sedikit review tentang filem tersebut. Filem yang berkonsepkan heavy drama ini, bagi aku sudah tiba masanya industri perfileman Malaysia membuat cerita sebegini. Tapi sebelum aku ulas dengan lebih lanjut, berikut merupakan sinopsis ringkas tentang filem ini yang aku ambil dari page facebook rasminya:

"BUNOHAN adalah sebuah kisah tragik kasih sayang antara tiga beradik dan bapanya yang kian uzur. Kisah pergelutan mereka untuk merapatkan ikatan kekeluargaan dan restu, beransur ke arah keganasan, korupsi dan pembunuhan.

Filem ini bermula jauh di kampung pedalaman bahagian selatan Thailand, berdekatan sempadan Malaysia. ‘Bunga Lalang‘ atau Adil (ZAHIRIL ADZIM) mengambil bahagian dalam pertandingan tinju Tomoi yang melibatkan pertaruhan wang, maruah dan nyawa. Sahabat lama Adil sempat menyelamatkannya dari pinggir maut, mengubahkan mereka menjadi pelarian penganjur pertinjuan haram tersebut. Ilham (Anugerah Skrin 2003, Pelakon Sokongan Terbaik, Faizal Hussein), seorang pembunuh upahan dihantar untuk memburu mereka sesedang kedua-dua sahabat itu berada dalam perjalanan pulang ke Kampung Bunohan.

Kampung Bunohan juga merupakan kampung halaman Ilham yang sudah lama ditinggalkan. Ilham tidak pernah pulang walaupun ketika ibunya berada di anjung nyawa. Pada waktu yang sama, Bakar ( PEKIN IBRAHIM) abang sulung Adil juga pulang ke Kampung Bunohan kononnya untuk menjaga bapa mereka yang uzur. Perwatakan solehnya tersembunyi niat buruk seorang usahawan bercita-cita tinggi. Bakar seorang yaang berhati kejam yang sanggup melepaskan segalanya untuk mencapai kekayaan. Sekembali mereka bertiga ke kampung halaman di mana takdir mereka menunggu.

Dalam bayangan kegelapan diri masing-masing timbul, memori silam yang dipenuhi keinginan, penghukuman, dan perasaan kehilangan. Dalam BUNOHAN, di sinilah bermulanya segala keperitan"

Pendapat aku
Secara jujurnya, filem ini mengingatkan aku dengan beberapa filem lain lagi, berkongsi genre dan gaya yang sama iaitu Songlap dan Budak Kelantan. Apa persamaan yang ada pada 2 movie ini yang boleh dikaitkan dengan Bunohan? These movies displays the real and dark side of life in our beloved country called Malaysia...and that's the fact! Walaupun penggunaan bahasa yang digunakan adalah lebih ke arah loghat kelantan, namun ianya bukan penghalang yang besar dalam memahami intipati filem ini.

Pertelingkahan yang berlaku di antara watak adik beradik lakonan Faizal Hussein (Ilham) , Zahiril Adzim (Adil) dan Pekin Ibrahim (Bakar) seolah2 menjadi di antara tarikan utama pada filem ini, walaupun hakikatnya jalan ceritanya yang menjadi pertaruhan utama serta intipati penting filem ini (lain dari yang lain, seriously). Walaupun terdapat beberapa scene yang agak kurang sesuai ditonton oleh golongan bawah 18 tahun (time Ilham berurut dengan tukang urut di Siam dan juga adegan dia kerat tengkok mangsanya dengan menggunakan kerambit), namun ianya tidaklah mengganggu konsentrasi semasa menonton filem ini, malahan ianya juga dianggap adegan penting dalam filem ini.

Filem ini bagi aku tidaklah hebat sangat dan tidaklah teruk mana pun. Boleh dikatakan, ianya sebuah filem heavy drama yang masih relevan ditayangkan dalam masyarakat kita hari ini khususnya. Terdapat beberapa nilai artistik yang aku suka pada filem ini, iaitu ketika ayah 3 beradik tersebut iaitu Pok Eng (lakonan pelakon veteran Wan Hanafi Su) berdialog secara mistik dengan "semangat" bekas isterinya Mek Yah (Tengku Azura - one of Malaysian Topmodel) dengan menggunakan perantaran sesi wayang kulit di tepi pantai! 

Bagi aku, kalau nak diberikan rating untuk filem ini, aku boleh bagi 3 dari 5 bintang (well, aku rasa ini pun dah cukup bagus). Tidak keterlaluan kalau aku katakan, filem ini lebih hebat (untuk kategori heavy drama) dari Spinning Gasing dan Anak Halal, dan sama taraf dengan filem Songlap dan Anak Kelantan dan beberapa filem arahan Allahyarhamah Yasmin Ahmad. Pengarah filem ini iaitu Dain Said, mungkin namanya masih belum menjadi household name ketika ini, akan tetapi jika beliau terus mengeluar dan menghasilkan filem hebat2 sebegini, nescaya hasil karyanya boleh menambat perhatian penonton dari luar dan dalam Malaysia juga hendaknya.

Di bawah merupakan trailer rasmi untuk filem BUNOHAN:


P/S: Well, tak la heavy sangat pun...cuma aku rasa sesetengah orang kalo tengok movie mcm ni, kompem rasa nak tidoq! Dayyyuuummm.....

5 comments:

  1. For a malay film, the trailer is nice, but maybe suara latar tu kena ubah ton sikit, biar lagi macho. lol. 3 out of 5? kira ok la tu kot..

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Bagi saya filem ini hebat kerana tidak takut untuk memaparkan realiti yg berlaku dalam masyarakat.
    Tidak takut menunjukkan babak darah yang tertumpah.
    Tidak takut membuka pekung bangsa melayu di sebalik tanggapan umum 'bangsa lemah-lembut nan berhemah tinggi dan kuat pegangan agamanya'...

    Dan berani untuk lari dari acuan filem-filem komersil tempatan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kadang2 yang lemah lembut itu terselindung baik dan jahatnya...true story hehe

      Delete

silakan memberi sebarang komen...whether it's good or bad

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...